Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Sunday, 19 August 2018

Beach Photography | merakam momen dengan alam

Ummul Azkee





 FOTOGRAFI | Merakam momen indah kehidupan


    Selain dari menghasilkan lukisan, bermain dengan garisan dan warna, fotografi merupakan salah satu cabang seni yang sangat UA minati. Selain dari penting bagi UA dalam proses menghasilkan lukisan, UA juga meminati fotografi kerana ia menjadi alat terpenting dalam merakam momen indah  dalam kehidupan kita.
  
 Lebih-lebih lagi bagi UA, seorang ibu yang sedang dalam fasa membesarkan anak-anak. Melihat kembali rakaman gambar yang diambil membuatkan sesiapa pun akan merasai bermacam-macam perasaan kerana dengan melihat gambar yang dirakam membuatkan kita teringat kembali momen tersebut. Betul kan? Kalau tak pasti cuba kita lihat kembali gambar lama, pasti terimbau kenangan waktu yang mungkin akan buat kita tersenyum atau sedih.




Manusia, alam dan fotografi

    Apabila bercerita tentang fotografi, rasanya kini hampir semua orang mampu merakam gambar dengan adanya Smartphone yang semakin berkembang dari hari ke hari. Dengan medium media sosial seperti instagram yang amat popular kini, makin ramai yang meminati fotografi dan berlumba-lumba untuk merakam gambar yang paling cantik. 

   Akan tetapi menjadikan sesuatu gambar itu mempunyai soul , tak semua orang mampu lakukannya.
Bagi UA, Alam dan manusia merupakan soul dalam sesuatu gambar. Suasana sekeliling dan juga ekspersi wajah menjadikan satu gambar itu indah dan menyentuh hati. Selain dari itu komposisi juga elemen terpenting dalam menghasilkan satu gambar.

   Bercerita tentang fotografi, subjek yang UA suka dan selalu menjadi perhatian UA adalah alam, tumbuhan, bunga-bungaan dan juga kanak-kanak. Alam dan tumbuhan terlalu indah bagi UA, dan UA terasa sangat rugi jika tak dirakam kan keindahannya. Selain itu kanak-kanak juga merupaka favourite subjek UA dalam fotografi. Ekpsresi wajah mereka pricesless, penuh kejujuran.




Rakaman momen bersama Afrinaadriana

   Buat pengetahuan semua UA tak ada basic knowlegde pun in photography tapi disebabkan minat UA belajar, cuba buat  pemerhatian sendiri. Terus cuba dan cuba merakam momen indah UA sebagai seorang ibu dan pencinta alam sehingga bepuluh gambar UA rakam sehingga kan penuh folder phone UA hanya dengan beribu gambar.

 Entri kali ini UA kongsikan gambar #afrinaadriaana bersama-sama dengan cousin mereka, di Pantai remis, Jeram. Walaupun ada upload di instagram tapi tak semua gambar ada. Ua decide untuk kongsi lebih banyak gambar momen itu di sini.

 Afrinaadriana terlalu sukakan pantai, Jadi demi menunaikan permintaan mereka UA dan umi sepakatlah bawalah mereka ke sini raya yang lalu dan terakam lah gambar- gambar itu tanpa diduga. 

   Antara banyak-banyak gambar yang UA rakam di tahun 2018 ini, gambar di pantai inilah yang paling UA suka.  Pantai sememangnya tak menghampakan untuk kita rakamkan momen bersama yang tersayang. Keindahannya, masyallah..terbayang lagi UA suasananya di mata. Terasa puas hati UA hari tu walaupun phone kehabisan bateri

  Mulai esok cuti sekolah dah bermula, UA ada merancang untuk ke pantai ni lagi dengan Afrinaadriana, insyallah kalau cuaca bagus bolehlah pergi lagi.yuhuu . Harap semua enjoy melihat gambar-gambar momen UA bersama #afrinaadriana yang di entri kali. 


































Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

9 comments:

  1. Cantiknya gambar.. Mummy pun suka beach.. hehe Dah lama tak pi menembak ni, nama UA post entry ni, terus pi cari kamera..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq mummy, amatur lg.. hehe..cuba n cuba je ni..hihi...silakan menembak nnti share ok..

      Delete
  2. Gambar tanpa Soul ... hat ni mummy setuju 100%.. Ramai boleh amik gambar, tapi yg boleh amik gambar dengan jiwa amat susah sekali kita nak jumpa..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, hehe nasib mommy fhm apa yg UA nak smpaikan..

      Delete
  3. Mestilah paham kita dua orang berseni-seni jiwanya..ahhahaa :D

    ReplyDelete
  4. kita pun suka gambar2 alam macam ni.. satu lagi, suka gambar yang tak terlalu banyak edit sampai nampak fake.. kan cantik kalau natural dan candid.. kan..?

    :)

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ain, ummul pun xsuka edit smpai berbeza warna. selalu edit size je.suka warna sama dgn yg asalnya

      Delete
  5. Setiap gambar ada cerita tersendirikan.. Gambar yg natural baru la best..

    ReplyDelete
  6. Setiap gambar ada cerita tersendirikan.. Gambar yg natural baru la best..

    https://www.tipsummi.com/tips/rahsia-atasi-kulit-muka-kusam-dengan-berkesan-dan-selamat/

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib