Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Saturday, 28 April 2018

Glory Beach Resort Port Dickson atau A'Famosa Resort, mana lagi best?

Ummul Azkee


Glory Beach Resort at Port Dickson atau A' Famosa Resort?









    Hai, semua. Lama UA tak bersiaran di blog ni kan, busy kalah menteri. Ni pun curi masa, terkocoh-kocoh menulis di blog yang dirindui selalu. huhu. Disebabkan terlalu sibuk dari awal tahun lagi, UA sebenarnya tengah rancang nak pergi bercuti dengan anak-anak dan suami sebelum puasa ini, tapi tengah dalam delima nak pilih destinasi, Melaka atau Negeri Sembilan? Ke Glory Beach Resort at Port Dickson atau pilih A'Famosa Resort di Melaka? Dua-dua tempat ni serius memang best, tu yang UA macam susah nak buat pilihan. Nak tahu apa yang menarik di dua tempat ni? ni yang UA nak sembang panjang, mana tahu ada yang boleh tolong pilihkan untuk UA, hehe..


 Apa yang menarik di A' Famosa Resort

     Selepas beberapa hari UA survey tempat menarik dan penginapan untuk dikunjungi, A'Famosa Resort termasuk dalam list penginapan paling menarik bagi UA. Disebabkan UA ni pencinta alam rasanya memang sesuai sangat UA pilih A' Famosa Resort. Pemandangan dan landskap di A'Famosa Resort tersangatlah cantik, dengan pandang golf yang menhijau dan juga tasik sememangnya UA boleh bayang lah berada di sana bila tengok gambar yang UA google beberapa hari ini.



  Apabila merancang untuk pergi bercuti, antara perkara utama yang UA fikirkan selain dari pemandangan, adalah keselesaan dan kemudahan penginapan. Di A' Famosa Resort ini bilik penginapan sangat selesa dengan interior yang menarik dan ekslusif. Di A'Famosa Resort terdapat banyak pilihan bilik yang sesuai untuk semua golongan, termasuk mereka yang berkeluarga macam UA ni. Terdapat banyak pilhan bilik seperti superior room, family studio dan juga Villa bagi yang bercadang bercuti bersama-sama keluarga mahupun dalam kumpulan yang kecil.




      Selain dari itu, kemudahan hiburan dan reakreasi di A' Famosa Resort ni tersangat banyak dan sangat menarik bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak kecil. Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini. Ada pelbagai jenis kemudahan suka disediakan di sini seperti Rock Climbing, Go Kart, Archery, Paintball, horse riding dan juga Golf terutamanya, siap ada Golf Academy lagi di sini tau!



     Akan tetapi tarikan utama di A' Famosa Resort adalah Water Theme Park yang terkenal sebagai Taman Tema Air terbesar di Malaysia. Di sini ada gelungsur yang panjang yang menjadi daya tarikan, dan juga kolam air sejuk. UA rasa kalau Afrina Adriana sampai di sini mereka berdua lah paling teruja! Mesti mandi sampai tak ingat dunia.



     Lagi satu tarikan yang ada berdekatan dengan A'Famosa Resort yang sesuai untuk keluarga seperti UA adalah Safari Wonderland. Menarik sangat tempat ini. Ada pelbagai jenis bintang terdapat di sana, sesuai sangat lah untuk afrina dan adriana yang sukakan haiwan. Terdapat juga Old West dan juga Freeport A'Famosa Outlet  berdekatan di A'Famosa Resort ni, memang pack lah jadual bercuti di sini, macam-macam aktiviti kita boleh lakukan.



 


Apa pula yang menarik di Glory Beach Port Dickson? 

   Beralih pula pada  survey UA yang kedua haha, Glory Beach Port  Dickson yang terletak di Tanjong Gemok di Seremban Negeri Sembilan. Sini pun best juga untuk bercuti dengan anak-anak ya, tu yang UA confuse hihi.. Kalau nak tahu kenapa Glory Beach Port Dickson ni jadi antara pilihan UA untuk percutian kali ini. Mari check it out!

  Yang menariknya tentang Glory Beach Resort ni pada UA adalah kerana lokasi nya yang berdekatan dengan pantai. Afrina dan Adriana memang sukakan pantai, dua beradik  ni suka main pasir,  Mesti seronok jugalah kalau dapat ke sini, boleh berkelah, barbeque dan anak-anak bolehlah main pasir puas-puaskan.


    
    Sepertimana Resort lain, Glory Beach Resort juga menyediakan kemudahan yang menepati setiap keperluan pelanggannya. Bilik penginapan yang selesa, kemudahan gimnasium, swimming pool, stemabath dan juga BBQ Area. Kemudahan sukan seperti beach volleyball dan juga beach soccer juga ada.









  Selain berdekatan dengan pantai, tarikan yang paling menarik perhatian UA di sini adalah terdapat Pusat penetasan Penyu (Turtle Hatchery) di sini. Sambil bercuti bolehlah Afrina dan Adriana belajar segalanya tentang penyu dan juga kepentingan menjaga kebersihan pantai.






   Berdekatan dengan Glory Beach Resort ni juga terdapat Alive 3D artgallery yang boleh dikunjungi. Nampak sangat menarik dan sesuailah untuk UA yang sukakan art ni, dan mesti Afrina dan Adriana pun tertarik lah kalau datang 3D artgallery ini.




   Jadi, setelah baca dan buat perbandingan antara dua Resort, rasa-rasanya mana yang UA akan pilih?
Nak  book ke  A' Famosa Resort ke atau kita book Glory Resort at Port Dickson untuk percutian kali ini. Cuba komen sikit di bawah, kalau kamu, kamu dan kamu di tempat UA, yang mana satu yang akan jadi pilihan?


Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib