Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Tuesday, 27 February 2018

5 Perkara Anda Wajib Tahu Sebelum Ubah Suai Rumah

Ummul Azkee










Sudah menjadi lumrah kita manusia seringkali menginginkan sesuatu yang indah, terutama sekali untuk kediaman kita. Maklumlah, bak kata pepatah, “rumahku, syurgaku”.

Jika anda seorang pemilik rumah, sama ada rumah yang baru siap dibina atau rumah yang sudah diduduki untuk sesuatu tempoh, akan tiba masanya yang buat anda terfikir untuk mengupah renovation contractor untuk melakukan kerja ubah suai di rumah anda. Antara faktor-faktor yang menyebabkan rumah perlu diubah suai biasanya adalah disebabkan pertambahan ahli keluarga, kerosakan yang tidak boleh dibaiki dan keinginan untuk menikmati suasana baru.

Walau apa pun faktor yang membuatkan anda berhasrat untuk mengubah suai rumah anda, ada lima perkara penting yang WAJIB anda faham tentang kerja mengubah suai rumah. Jom baca apakah lima perkara yang saya maksudkan itu.

1. Tetapkan bajet

Sebelum anda membuat komitmen dengan mana-mana kontraktor, tetapkan bajet untuk projek ubah suai tersebut. Jika ini adalah kali pertama anda hendak mengubah suai rumah, mungkin anda langsung tidak tahu bagaimana hendak menjangka kos yang diperlukan. Jadi, apa yang anda perlu lakukan ialah, kongsi maklumat ringkas tentang kerja ubah suai yang anda perlukan dengan kontraktor ubah suai rumah, dan tetapkan bajet anda melalui anggaran sebut harga yang anda terima.

Lebih baik lagi, tambahkan sekitar 15%-20% bajet tambahan untuk kegunaan kecemasan di kemudian hari. Ada kalanya, stok barang seperti jubin, vinyl flooring atau cat yang anda kehendaki sudah habis dan kontraktor terpaksa minta anda untuk memilih bahan yang lebih mahal.

   Source: mirajan-enterprise-construction-renovations

2. Lakukan perancangan awal

Jika rumah baru anda akan siap dibina tidak lama lagi, semak pelan lantai rumah dan lakukan perancangan awal untuk kerja ubah suai yang hendak dibuat. Dengan berbuat demikian, anda boleh membuat tempahan slot kontraktor dengan lebih awal, mempunyai masa untuk mencari bahan binaan yang lebih murah, dan membuat tempahan kabinet dapur atau almari baju built-in untuk ruang yang sesuai.

Selain itu, anda juga perlu semak kalendar untuk mengenal pasti cuti umum dan musim perayaan yang ada sepanjang tempoh kerja ubah suai tersebut. Sesetengah kontraktor akan bercuti pada waktu tersebut atau mengenakan caj tambahan untuk upah pekerja buruh yang bekerja pada cuti umum.

    Source: QM Design

3. Perhatikan kos tersembunyi

Tidak semua kontraktor mempunyai kepakaran untuk membekalkan kelengkapan yang anda mahu. Lalu, mereka akan bertindak sebagai orang tengah untuk mendapatkan kelengkapan tersebut daripada pembekal lain yang mereka kenali. Antara kelengkapan yang dimaksudkan ialah seperti menempah jeriji (grill) pintu dan tingkap, kerja elektrik, pemasangan kertas hiasan dinding dan menempah custom kitchen cabinet.

Jika anda mencari ruang untuk mengurangkan kos untuk kerja ubah suai rumah tersebut, elakkan dari menggunakan pembekal yang dicadangkan oleh kontraktor utama tadi, dan cari sendiri pembekal untuk kelengkapan tersebut. Dengan itu anda akan dapat sebut harga asal tanpa sebarang caj tambahan oleh orang tengah.

    Source: mahroja-resources

4. Bandingkan sebut harga

Luangkan masa untuk berhubung dan berbincang dengan lebih daripada satu kontraktor sebelum anda membuat sebarang perjanjian atau membayar deposit. Kemudian, dapatkan sebut harga yang lengkap dengan butiran terperinci tentang jenama, saiz dan kod bahan yang akan digunakan.

Berdasarkan maklumat lengkap yang ada di tangan anda itu, anda boleh lakukan perbandingan secara menyeluruh sebelum membuat keputusan untuk memilih kontraktor yang terbaik. Jika anda tidak mempunyai senarai kontraktor berhampiran anda untuk mendapatkan sebut harga, gunakan saja laman Recommend.my untuk berhubung dengan kontraktor rumah berpengalaman dari seluruh negara yang berdaftar dengan mereka.


Bukit Jelutong  by Hexagon Concept - Kitchen Cabinets Cabinet Wardrobe TV Cabinet / Console Walk In Wardrobe Display Shelves Counter Top Completed Modern - Recommend.my
Source: hexagon-concept
 
5. Faham kepakaran kerja kontraktor atau pereka hias dalaman

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, sebelum anda membuat keputusan untuk mengupah renovation contractor atau interior designer untuk melakukan kerja penambahbaikan rumah anda, anda harus fahami apakah kepakaran dan kekuatan kedua-dua pihak ini.

Jika kerja ubah suai rumah anda itu melibatkan membina atau merobohkan struktur rumah, kontraktor ubah suai lebih pakar dalam melakukan kerja tersebut. Tetapi jika ia melibatkan pengubah suaian hiasan dalaman seperti susun atur dan penambahan struktur tidak tetap, pereka hiasan dalaman pasti akan berjaya melakukan kerja-kerja itu dengan baik.



Source: icon-interior-design-renovation



Ingin mengubahsuai rumah anda?

Saya berharap semua pembaca blog saya yang berhasrat untuk mengubah suai rumah telah mendapat manfaat daripada perkongsian di atas. Banyakkan membaca dan berbincang dengan ahli keluarga dan rakan-rakan untuk mendapatkan nasihat dan cadangan. Lebih penting lagi, jangan malas untuk mencari kontraktor yang anda benar-benar yakin dengan kepakarannya.

Layari Recommend.my untuk mendapatkan anggaran sebut harga daripada renovation contractor yang berpengalaman berhampiran anda. Dengan lebih 900 renovation contractor yang berdaftar di Recommend.my, anda pasti akan berjaya mencari kontraktor untuk mengubah suai rumah anda.

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

3 comments:

  1. Nice tip, sha pun tgh pening mcm mne nk start renovate rumah, huhuhu.

    ReplyDelete
  2. Tq info..tengah plan jugak nak renovate rumah one day..apa2 pun yang penting kumpul duit dulu..hehe

    http://sweetniena.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Good info - bab renovation ni mmg memeningkan betul, especially ttg bajet. Actually, baru first time dgr ttg recommend.my - nanti check out site tu. Thanks!

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib