Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Saturday, 17 November 2018

Singapore, Mu tunggu aku datang!

Ummul Azkee
 









  Pejam celik, pejam celik kita sudah hampir ke penghujung tahun 2018 kan? Cepat betul masa berlalu. Dan Part yang paling UA dan anak-anak tunggu akan tiba. Apa yang di tunggu lagi kalau bukan cuti sekolah kan.hihi. .Tinggal seminggu sahaja lagi cuti sekolah akan bermula,yahoo..


 Jadi apa perancangan semua untuk cuti sekolah kali ini? UA tengah excited merancang percutian dengan keluarga untuk cuti sekolah kali ni. Nak tahu mana destinasi kami pilih untuk percutian kali ini?Untuk percutian kali ini, UA dan suami decide untuk ke Singapore!

Buat pengetahuan semua ini kali pertama kami akan cuti-cuti ke keluar negara walaupun sekangkang kera sahaja.haha.. Jadi beberapa minggu ini memang UA dalam mood semangat nak prepare semuanya untuk jalan-jalan makan angin kali ni.




. Pagi,petang siang malam UA survey segala benda, dari tempat menarik yang wajib dikunjungi di Singapore, tiket flight sehinggalah ke tempat penginapan. Rasa macam renyah juga nak cari semuanya satu persatu. Tapi nasib baiklah sekarang mudah dengan adanya internet, hujung jari je UA boleh survey segalanya. Tapi tidaklah semudah yang di sangka, sebab nak pergi satu family, jadi kena make sure semuanya ok dan berjalan lancar.

Almaklumlah kalau jalan-jalan dengan anak-anak, mencabar juga ya. Bab ni UA pasti semua ibubapa pernah alami walaupun hanya ke shopping mall kan. huhu. Nasib baik lah sekarang ada laman web yang boleh memudahkan pencarian ibubapa seperti UA merancang trip dengan sempurna. Dan web yang paling memudahkan bagi UA semestinya Traveloka.com. Semuanya semudah 123 di Traveloka ini.



Singapore Tour Packages di Traveloka

Cari punya cari, dan survey segala macam akhirnya UA terjumpa satu pakej menarik di Traveloka.com dan UA nak share dengan semua pembaca di blog ini. Yang buat UA rasa lega sangat Traveloka ada menyediakan tour packages.

Dan part paling best adalah di sini adalah Singapore tour packages . Yeah!!! Dan yang buat web ini lagi bertambah best sebab ada maklumat lengkap tentang Kota Singa ini,dari segi keluasan, sejarah tempat, populasi penduduk dan macam-macam lagi maklumat tentang negara ini yang boleh kita ketahui. Senang kerja UA nanti bila tiba-tiba anak-anak tanya soalan cepu mas tentang negara ini. Hahaha..

Selain dari itu, panduan bagaimana hendak sampai ke sana pun ada, juga maklumat lengkap tentang perkhidmatan awam yang di sediakan untuk pengunjung ke negara ini seperti bas, teksi mahupun keretapi yang pastinya memudahkan UA mencatat segala info dari awal, dan akan membuatkan perjalanan kami lebih lancar di sana nanti.

Tidak ketinggalan juga ada maklumat tentang tempat menarik dan paling popular di sana yang wajib dikunjungi, So bolehlah awal-awal UA catatkan list tempat yang wajib dikunjungi dan rancang perjalanan dengan lebih teratur. tak adalah nanti UA rasa ralat sebab termiss berkunjung ke tempat tu nanti.

maklumat tentang makanan yang paling popular dan menjadi tarikan di Singapore pun ada ya, so senang lah UA dan suami nak jalan-jalan cari makan nanti disana.



Pakej Kombo flight dan Hotel

Kalau semua nak tahu sekarang ini traveloka rupanya ada ciri-ciri terbaru iaitu pakej kombo flight dan hotel. UA rasa pakej kombo ini tersangat menarik sebab lebih mudah buat UA. Tersangatlah senang, dah tak payah pening dan susah nak cari flight tiket dan hotel di laman web berbeza.

 Dan yang bestnya sekarang UA boleh buat tempahan tiket flight dan hotel dimana-mana sahaja. Hanya dengan menggunakan smartphone kita boleh buat tempahan kerana traveloka kini dah ada apps untuk pengguna android, dan apps untuk IOS akan ada juga di masa akan datang. Inilah sebab utama kenapa UA pilih Traveloka! Hanya dalam beberapa minit je settle semuanya.


Sebab utama memillih Pakej Kombo flight dan Hotel di Traveloka

  Kalau semua nak tahu Pakej kombo flight dan hotel ini sangat berbaloi ya untuk UA dari pelbagai sudut  terutama sekali dari segi bajet. Selalunya kalau nak merancang percutian UA pasti ramai yang meletakkan bajet kan? So, UA dan suami juga mempunyai bajet tertentu. Jadi antara sebab UA memilih pakej kombo ini adalah kerana ia menawarkan harga yang jauh lebih murah. Kita boleh memilih samada mahukan pakej yang paling murah, pakej yang paling mahal atau pakej yang paling popular ditawarkan untuk pakej kombo ini mengikut bajet kita.




      Selain dari menawarkan harga yang jauh lebih murah, Pakej Flight dan Hotel ini actually sangat fleksible dan memudahkan UA untuk membuat memilh pencarian tiket flight dan Hotel. Dri segi pemilihan tarikh dan masa penerbangan,destinasi pilihan teramatlah mudah untuk UA melakukan tempahan dengan adanya apps yang sangat mesra pengguna. Dan UA bebas untuk memilih segalanya dari pelbagai sudut dengan pakej kombo ini.



 UA boleh memilih syarikat penerbangan yang UA suka dengan mana-mana pilihan hotel yang UA mahukan. Terdapat banyak pilihan syarikat penerbangan dan juga hotel yang ditawarkan untuk pakej kombo ini. Dan UA boleh buat pilihan yang tepat semudah hanya dengan satu klik sahaja.



   Selain itu terdapat pelbagai maklumat tentang hotel yang disediakan dari segi kemudahan yang disediakan berserta rating, reviews dan juga gambar yang memudahkan UA membuat pilihan hotel.






   Dan juga terdapat pelbagai kemudahan pembayaran boleh dilakukan samada melalui kredit kad, debit kad, internet banking ataupun di 7eleven pun boleh tau!Tanpa bayaran transaction fees lagi. Dan bagi mereka yang ada impian untuk bercuti ke destinasi idaman tapi tak mempunyai bajet yang cukup Traveloka juga ada menyediakan kemudahan 0% installment plan juga tau. So tunggu apalagi, jom rancang percutian macam UA di traveloka dengan Kombo pakej flight dan hotel sekarang! Jangan tunggu lama-lama..






Sunday, 19 August 2018

Beach Photography | merakam momen dengan alam

Ummul Azkee





 FOTOGRAFI | Merakam momen indah kehidupan


    Selain dari menghasilkan lukisan, bermain dengan garisan dan warna, fotografi merupakan salah satu cabang seni yang sangat UA minati. Selain dari penting bagi UA dalam proses menghasilkan lukisan, UA juga meminati fotografi kerana ia menjadi alat terpenting dalam merakam momen indah  dalam kehidupan kita.
  
 Lebih-lebih lagi bagi UA, seorang ibu yang sedang dalam fasa membesarkan anak-anak. Melihat kembali rakaman gambar yang diambil membuatkan sesiapa pun akan merasai bermacam-macam perasaan kerana dengan melihat gambar yang dirakam membuatkan kita teringat kembali momen tersebut. Betul kan? Kalau tak pasti cuba kita lihat kembali gambar lama, pasti terimbau kenangan waktu yang mungkin akan buat kita tersenyum atau sedih.




Manusia, alam dan fotografi

    Apabila bercerita tentang fotografi, rasanya kini hampir semua orang mampu merakam gambar dengan adanya Smartphone yang semakin berkembang dari hari ke hari. Dengan medium media sosial seperti instagram yang amat popular kini, makin ramai yang meminati fotografi dan berlumba-lumba untuk merakam gambar yang paling cantik. 

   Akan tetapi menjadikan sesuatu gambar itu mempunyai soul , tak semua orang mampu lakukannya.
Bagi UA, Alam dan manusia merupakan soul dalam sesuatu gambar. Suasana sekeliling dan juga ekspersi wajah menjadikan satu gambar itu indah dan menyentuh hati. Selain dari itu komposisi juga elemen terpenting dalam menghasilkan satu gambar.

   Bercerita tentang fotografi, subjek yang UA suka dan selalu menjadi perhatian UA adalah alam, tumbuhan, bunga-bungaan dan juga kanak-kanak. Alam dan tumbuhan terlalu indah bagi UA, dan UA terasa sangat rugi jika tak dirakam kan keindahannya. Selain itu kanak-kanak juga merupaka favourite subjek UA dalam fotografi. Ekpsresi wajah mereka pricesless, penuh kejujuran.




Rakaman momen bersama Afrinaadriana

   Buat pengetahuan semua UA tak ada basic knowlegde pun in photography tapi disebabkan minat UA belajar, cuba buat  pemerhatian sendiri. Terus cuba dan cuba merakam momen indah UA sebagai seorang ibu dan pencinta alam sehingga bepuluh gambar UA rakam sehingga kan penuh folder phone UA hanya dengan beribu gambar.

 Entri kali ini UA kongsikan gambar #afrinaadriaana bersama-sama dengan cousin mereka, di Pantai remis, Jeram. Walaupun ada upload di instagram tapi tak semua gambar ada. Ua decide untuk kongsi lebih banyak gambar momen itu di sini.

 Afrinaadriana terlalu sukakan pantai, Jadi demi menunaikan permintaan mereka UA dan umi sepakatlah bawalah mereka ke sini raya yang lalu dan terakam lah gambar- gambar itu tanpa diduga. 

   Antara banyak-banyak gambar yang UA rakam di tahun 2018 ini, gambar di pantai inilah yang paling UA suka.  Pantai sememangnya tak menghampakan untuk kita rakamkan momen bersama yang tersayang. Keindahannya, masyallah..terbayang lagi UA suasananya di mata. Terasa puas hati UA hari tu walaupun phone kehabisan bateri

  Mulai esok cuti sekolah dah bermula, UA ada merancang untuk ke pantai ni lagi dengan Afrinaadriana, insyallah kalau cuaca bagus bolehlah pergi lagi.yuhuu . Harap semua enjoy melihat gambar-gambar momen UA bersama #afrinaadriana yang di entri kali. 


































Sunday, 29 July 2018

Standard Chartered KL Marathon 2018 ,best ke tak?

Ummul Azkee

 Standard Chartered KL Marathon 2018 best!

     Lagi beberapa hari, kita akan beralih ke bulan Julai, cepat betul masa berlalu. Sedar tak sedar sudah melebihi setengah tahun di 2018. Tiba-tiba UA terkenang pula pengalaman menyertai Standard Chartered KL Marathon 2018 pada April lalu. Pada mulanya berdebar juga UA nak sertai  marathon 10km, dalam fikiran asik tertnya-tanya  "boleh ke sampai habis ni? Sampai tak boleh tidur dibuatnya malam sebelum itu.Haha.

     Terjebaknya UA menyertai Standard Chartered KL Marathon  2018 semuanya bermula dengan ajakan En. Suami. Disebabkan sebelum ini memang ada minat dan niat nak join marathon lepas tengok kawan- kawan di media sosial sertai, UA  pun teruslah bersetuju menyertai Standard Chartered KL Marathon 2018 ini.


Kemeriahan di Standard Chartered KL Marathon 2018



  Sebelum menyertai marathon ini, En.Suami adalah cakap yang Standard Chartered KL Marathon ni memang tiap tahun diadakan dan sambutan dia tersangatlah meriah sebab merupakan acara marathon terbesar di Malaysia. Sebenarnya sebelum ni En.Suami pernah menyertai marathon ni beberapa tahun sudah di bawah kelolaan syarikat tempat dia bekerja tu yang dia tahu. Istimewanya Standard Chartered KL Marathon tahun ini adalah kerana ia merupakan Ulangtahun yang ke 10 ia diadakan. Lagi lah bertambah meriah suasananya.

Sebelum menyertai marathon ini, En.Suami kata yang Standard Chartered KL Marathon ni memang tiap tahun diadakan dan sambutan dia tersangatlah meriah sebab merupakan acara marathon terbesar di Malaysia. Sebenarnya sebelum ni En.Suami pernah menyertai marathon ni beberapa tahun sudah di bawah kelolaan syarikat tempat dia bekerja tu yang dia tahu. Istimewanya Standard Chartered KL Marathon tahun ini adalah kerana ia merupakan Ulangtahun yang ke 10 ia diadakan. Lagi lah bertambah meriah suasananya.


Pengalaman UA di Standard Chartered KL Marathon 2018

  Buat pengetahuan semua, tahun ni merupakan pertama kali UA menyertai marathon, bertahun lamanya tak bermarathon ni. Last time sertai marathon pun waktu sekolah menengah, masa tu pun bukan minat pun nak bermarathon, join pun sebab wajib. haha..

  Dalam debar dan tak sabar, hari yang dinanti pun tiba. seawal pagi sebelum subuh kami dah keluar dari rumah. Disebabkan marathon ini diadakan di sekitar Kuala Lumpur, banyak jalan yang di tutup. Jadi jalan paling tepat dan paling mudah adalah naik Lrt.


      Jam 7 kami sampai di garisan permulaan marathon selepas sarapan, lautan manusia sudah pun
memenuhi jalan-jalan yang pada hari lain kebiasaannya sesak dengan kereta. Suasana memang meriah sangat dan lagi berkobar-kobar semangat nak lari haha..







     Kalau kita rasa pukul 7 tu terlalu awal, yang sebenarnya ada peserta yang lagi awal datang ke sini, seawal pukul 4 ya, tapi itu untuk peserta half marathon, mereka ni join marathon 42km. Sedangkan UA rasa 10km tu mustahil nak habiskan inikan lagi 42km. Patah kaki ku haha, tapi salute pada yang berjaya habiskan marathon 42km. memang kental. Yang terakhir sekali mulakan larian adalah peserta 5km.5km ini sesuai lah untuk beginner dan yang nak berseronok, lari santai bersama keluarga dan anak-anak.

     Pada orang lain yang mungkin menganggap marathon ini something yang sia-sia atau tak ada faedah. Think again, Cuba sekali join mesti dalam tak sedar kita akan  rasa bersemangat , seronok dan lepas itu kita akan dapatkan rasakan tenaga  dalam diri kita. Itulah yang UA rasakan apabila join marathon kali ini.


    Mulakan larian pada hari tu dengan udara yang segar, berlari sambil melihat pemandangan dan
 suasana sekeliling, memang suatu perkara yang menenangkan bagi UA. Walaupun banyak bangunan pencakar langit, tetap cantik. Sambil lari, sambil snap gambar, seronok pada UA. Rasa memang berkesan untuk hilangkan stress kalau selalu diamalkan, badan pun sihat dan masalah obesiti pun dapat diatasi kan!


antara gambar yang UA snap mse tengah lari, sempat lagi bhenti haha

   Larian 10km, tawaf satu bandar Kuala Lumpur sebenarnya sangat mencabar buat UA, dengan trainnig yang ala kadar je stamina pun kurang tapi UA cuba juga hingga ke garisan penamat. Dari 3km, ke 5km , nak ke 10 km terasa azabnya haha.. Waktu itu fikir yes,I Can do this! Memang bersemangat sangat nak habiskan walaupun rasa penat gila, dan kaki dah terasa  sakit.
Tapi dengan adanya ramai yang bersorak bagi semangat, terus laju, semangat nak habiskan marathon ni. Makin hampir dengan garisan penamat makin bersemangat, sebab makin ramai yang bersorak. Memang meriah sangat masa ni.



  Dan waktu yang tersangat puas adalah apabila medal dalam genggaman. Terasa puas sangat walaupun keletihan. Dan UA rasa nak teruskan bermarathon ni, dan jadikan sebagai hobi baru. Bila dah mula sekali rasa macam nak lagi dan lagi. Kalau dulu fikir buat apa nak join marathon ni, harapan nak menang tu jauh  sangat , sekarang pandangan UA berubah. Dalam tengah berlari ,dan tengok orang lain pun struggle nak habiskan marathon. Sebenarnya sertai marathon bukan sekadar untuk kemenangan semata, tapi ia lebih kepada cabaran untuk melihat sejauh mana ketahanan mental dan fizikal kita dalam  mencapai sesuatu. Samada kita cukup kuat untuk hadapi tekanan ataupun tak kerana setiap cabaran nak capai  kejayaan tu perjalanan nya seperti bermarathon ni juga, kita perlu lalui tekanan dan kesusahan untuk mencapai impian kita.



  Jadi pada siapa yang ada keinginan nak sertai marathon, cubalah. Marathon ni bukan sekadar lari sahaja tapi ia membuatkan kita berfikir tentang perjalanan dan perjuangan kita dalam mencapai sesuatu dalam hidup ini . Jadi kalau ada keinginan bermulalah dari sekarang dan berjuanglah untuk diri sendiri,bukan untuk hadiah mahupun untuk orang lain, UA pasti memang sangat berbaloi.



Monday, 9 July 2018

Aidilfitri 2018 | Pengalaman pertama yang berbeza

Ummul Azkee

Aidilfitri 2018 |  Aidilfitri pertama kami sekeluarga


    Pejam celik, pejam celik, minggu ni sudah ke minggu terakhir Aidilfitri 2018. Bercerita tentang Aidilfitri, sudah pasti semua bergembira dapat bertemu sanak-saudara kan? Di bulan perayaan ni lah selalunya kita  berkesempatan untuk bertemu sanak-saudara yang jarang-jarang kita temui kerana mungkin atas faktor tempat tinggal yang berjauhan ataupun kerana kesibukan dengan urusan keluarga masing-masing. Pasti semua seronok kan kembali berjumpa, bermaafan dan bertukar-tukar cerita tentang perkembangan hidup masing-masing. Bercerita tentang pengalaman raya tahun ini, agak-agak kan bagaimana dengan Aidillfitri 2018 UA?



#teamrayaselangor forever ?



     Buat pengetahuan semua tahun ini, dan mungkin beberapa tahun ke depan ni UA akan diketegorikan sebagai #teamrayaselangor forever rasanya. Hihi. Memandangkan keluarga sebelah suami sudah berpindah kembali ke Selangor, dan ibubapa UA memang asal dari selangor. Jadi kami #teamrayaselangor sejati forever and ever lah nampak nya, Tak akan ada kampung lah jawabnya dalam kamus hidup kami. hihi.

   Tahun ini, Aidilfitri berbeza buat kami sekeluarga berbanding tahun sebelumnya. Semua persiapan hanya untuk anak-anak UA, sekadar untuk membuatkan  #afrinaadriana bergembira. Kehilangan ibu mertua pada hujung tahun lepas membuatkan sambutan aidilfitri tahun ni disambut ala kadar sahaja. Raya tahun ini tahun pertama keluarga kami tanpa ibu mertua.

  Aidilfitri tahun ini juga merupakan tahun pertama kami beraya di rumah sendiri. Berbeza dengan tahun sebelumnya, selalunya dua hari sebelum raya kami akan pulang ke rumah ibubapa mengikut giliran. Memandangkan keluarga sebelah suami pindah berdekatan, maka terjadilah pengalaman beraya di rumah sendiri. Kekok dan blur UA tahun ini sebab pertama kali, sampaikan tak masak apa di rumah.hehe..



Pengalaman pertama #afrinaadriana 




  Pengalaman manis dan menggembirakan UA Aidilfitri tahun ini, adalah kami sekeluarga dapat pergi solat sunat Aidilfitri bersama-sama, kali pertama kami dapat bersama-sama solat sunat Aidlfitri, Ini juga merupalam pengalaman pertama #afrinaadriana bersolat sunat Aidilfitri.

Alhamdulilah,bersyukur sangat di beri kesempatan merasai pengalaman  ini setelah beberapa tahun yang sudah sentiasa sahaja ada halangan untuk pergi bersama-sama. Memandangkan #afrinaadriana semakin membesar, less drama lah mereka ni di pagi raya  berbanding tahun-tahun sebelumya,waktu mereka kecil lagi. Dua-dua seronok nak pergi beraya, ajak bergambar raya pun mood ok tahun ini berbanding tahun lepas. hihi. Setakat itu sahajalah  cerita raya dari UA, cerita raya semua macam mana pula, kalau sudi kongsikan lah di komen di bawah.

Dan tak terlambat lagi kan untuk UA ucapkan, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin andai ada penulisan UA yang membuatkan semua kurang senang. Salam Kemaafan.




Saturday, 30 June 2018

Experience the Trending Florist in Malaysia : A Better Florist

Ummul Azkee












Experience the Trending Florist in Malaysia : A Better Florist 




A Better Florist is a relatively new and innovative florist in Malaysia, that has quickly stood out as the best florist in Malaysia. As every business has several aspects to take into consideration, customers have cast their vote, and they have made a decision that A Better Florist, as an experienced and trending florist is the ultimate Malaysia flower delivery in every possible sense.

A Better Florist is a team of professional and seasoned florists that offers a curated selection of flowers, categories neatly into sections that make it easy and convenient to shop, whether you’re in the store or browsing through their online catalog. Their approach enabled the creation of a user-friendly, as well as mobile-friendly online shop, which means it’s simple and swift to shop wherever you are.

A Better Florist, given that they have a chain of flower shops, offering flowers Singapore needs and gifts in Singapore, as well as in a multitude of other locations, are one of the most affordable florists in Malaysia, and the reason is simple. They cut the middlemen out, they source their flowers locally and they cut costs wherever they can, so that they can deliver fresh florals on the daily. Quality is primary, so don’t worry about costs being cut. This is all behind the scenes, so that when you actually do scroll through their beautiful designs, you’re pleasantly surprised by the affordability of each and every choice.

In Malaysia, this florist can be located in numerous different locations, enabling a wider distribution to almost every customer who wants to shop from their store. With a florist in Ipoh, as well as a florist in Penang and a flower delivery to JB, this florist covers as many areas as possible so that they are THE florist to go to whenever you need flowers. In addition to a curated, beautiful selection of flowers, you will find a hamper selection, as well as a fruit basket collection. Their KL flower delivery highlights their baby hamper as the star gift that people go crazy for, as well as their get well soon hamper.






A Better Florist, the best florist in Kuala Lumpur, tries to give everyone what they need, from flowers to hampers, and if you happen to want something that they have not curated yet, you can reach out and ask for it. You still get to utilise their same day flower delivery, as long as you order before 3pm. What’s even better, their same day flower delivery is completely free, making this florist the talk of the town, wherever they are.  

Besides several locations and a chain of flower shops in Malaysia, you can also find them as the UAE flower delivery, where testimonials refer to them as the best flower delivery to UAE, with the flower delivery Dubai has as one of the most successful ones. In addition to that, they have a Hong Kong flower delivery, which was launched right after the Singapore one, and they have proven to be the best florist in HK as well. As of recently, A Better Florist made a great leap and opened up a flower delivery Brisbane can rely on.






If anything, this is a florist that you need to try out at least once, because they are successful for a good reason. If the customers didn’t love them, they wouldn’t be expanding at the speed of light.
















Saturday, 28 April 2018

Glory Beach Resort Port Dickson atau A'Famosa Resort, mana lagi best?

Ummul Azkee


Glory Beach Resort at Port Dickson atau A' Famosa Resort?









    Hai, semua. Lama UA tak bersiaran di blog ni kan, busy kalah menteri. Ni pun curi masa, terkocoh-kocoh menulis di blog yang dirindui selalu. huhu. Disebabkan terlalu sibuk dari awal tahun lagi, UA sebenarnya tengah rancang nak pergi bercuti dengan anak-anak dan suami sebelum puasa ini, tapi tengah dalam delima nak pilih destinasi, Melaka atau Negeri Sembilan? Ke Glory Beach Resort at Port Dickson atau pilih A'Famosa Resort di Melaka? Dua-dua tempat ni serius memang best, tu yang UA macam susah nak buat pilihan. Nak tahu apa yang menarik di dua tempat ni? ni yang UA nak sembang panjang, mana tahu ada yang boleh tolong pilihkan untuk UA, hehe..


 Apa yang menarik di A' Famosa Resort

     Selepas beberapa hari UA survey tempat menarik dan penginapan untuk dikunjungi, A'Famosa Resort termasuk dalam list penginapan paling menarik bagi UA. Disebabkan UA ni pencinta alam rasanya memang sesuai sangat UA pilih A' Famosa Resort. Pemandangan dan landskap di A'Famosa Resort tersangatlah cantik, dengan pandang golf yang menhijau dan juga tasik sememangnya UA boleh bayang lah berada di sana bila tengok gambar yang UA google beberapa hari ini.



  Apabila merancang untuk pergi bercuti, antara perkara utama yang UA fikirkan selain dari pemandangan, adalah keselesaan dan kemudahan penginapan. Di A' Famosa Resort ini bilik penginapan sangat selesa dengan interior yang menarik dan ekslusif. Di A'Famosa Resort terdapat banyak pilihan bilik yang sesuai untuk semua golongan, termasuk mereka yang berkeluarga macam UA ni. Terdapat banyak pilhan bilik seperti superior room, family studio dan juga Villa bagi yang bercadang bercuti bersama-sama keluarga mahupun dalam kumpulan yang kecil.




      Selain dari itu, kemudahan hiburan dan reakreasi di A' Famosa Resort ni tersangat banyak dan sangat menarik bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak kecil. Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini. Ada pelbagai jenis kemudahan suka disediakan di sini seperti Rock Climbing, Go Kart, Archery, Paintball, horse riding dan juga Golf terutamanya, siap ada Golf Academy lagi di sini tau!



     Akan tetapi tarikan utama di A' Famosa Resort adalah Water Theme Park yang terkenal sebagai Taman Tema Air terbesar di Malaysia. Di sini ada gelungsur yang panjang yang menjadi daya tarikan, dan juga kolam air sejuk. UA rasa kalau Afrina Adriana sampai di sini mereka berdua lah paling teruja! Mesti mandi sampai tak ingat dunia.



     Lagi satu tarikan yang ada berdekatan dengan A'Famosa Resort yang sesuai untuk keluarga seperti UA adalah Safari Wonderland. Menarik sangat tempat ini. Ada pelbagai jenis bintang terdapat di sana, sesuai sangat lah untuk afrina dan adriana yang sukakan haiwan. Terdapat juga Old West dan juga Freeport A'Famosa Outlet  berdekatan di A'Famosa Resort ni, memang pack lah jadual bercuti di sini, macam-macam aktiviti kita boleh lakukan.



 


Apa pula yang menarik di Glory Beach Port Dickson? 

   Beralih pula pada  survey UA yang kedua haha, Glory Beach Port  Dickson yang terletak di Tanjong Gemok di Seremban Negeri Sembilan. Sini pun best juga untuk bercuti dengan anak-anak ya, tu yang UA confuse hihi.. Kalau nak tahu kenapa Glory Beach Port Dickson ni jadi antara pilihan UA untuk percutian kali ini. Mari check it out!

  Yang menariknya tentang Glory Beach Resort ni pada UA adalah kerana lokasi nya yang berdekatan dengan pantai. Afrina dan Adriana memang sukakan pantai, dua beradik  ni suka main pasir,  Mesti seronok jugalah kalau dapat ke sini, boleh berkelah, barbeque dan anak-anak bolehlah main pasir puas-puaskan.


    
    Sepertimana Resort lain, Glory Beach Resort juga menyediakan kemudahan yang menepati setiap keperluan pelanggannya. Bilik penginapan yang selesa, kemudahan gimnasium, swimming pool, stemabath dan juga BBQ Area. Kemudahan sukan seperti beach volleyball dan juga beach soccer juga ada.









  Selain berdekatan dengan pantai, tarikan yang paling menarik perhatian UA di sini adalah terdapat Pusat penetasan Penyu (Turtle Hatchery) di sini. Sambil bercuti bolehlah Afrina dan Adriana belajar segalanya tentang penyu dan juga kepentingan menjaga kebersihan pantai.






   Berdekatan dengan Glory Beach Resort ni juga terdapat Alive 3D artgallery yang boleh dikunjungi. Nampak sangat menarik dan sesuailah untuk UA yang sukakan art ni, dan mesti Afrina dan Adriana pun tertarik lah kalau datang 3D artgallery ini.




   Jadi, setelah baca dan buat perbandingan antara dua Resort, rasa-rasanya mana yang UA akan pilih?
Nak  book ke  A' Famosa Resort ke atau kita book Glory Resort at Port Dickson untuk percutian kali ini. Cuba komen sikit di bawah, kalau kamu, kamu dan kamu di tempat UA, yang mana satu yang akan jadi pilihan?


Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib