TAMAN CANTIK TERSEMBUNYI DI TAMAN BOTANI & RUMAH 4 MUSIM
Entri kali ini masih berkisahkan Taman Botani, Shah Alam. Jangan bosan baca entri UA ya, Huhu.. Taman Botani kalau kita betul explore macam-macam ada, dan macam-macam aktiviti boleh dilakukan. UA 3 kali pergi pun tak habis lagi jalan semua tempat. Rasanya tahun ini UA akan ke sini lebih kerap, maka bolehlah UA explore lagi dan lagi dan kongsikan di sini sampai yang rasa tempat ini tak menarik pun akan rasa memang menarik datang sini. Jadi nak mempengaruhi semua orang ke sini. Haha..
Ha, cuba tengok pemandangan gambar di atas ini, cantik kan? Rasanya tak ramai tak tahu tentang tasik ini tersembunyi di Taman botani, shah alam. UA pun tak tahu pada mulanya, Jumpa taman ni masa jalan-jalan outdoor sketching dengan Adriana, Waktu itu kali kedua ke sini. Jauh ke dalam Tasik ini, cantik sangat! Sempat la UA posing kali ke 3 ke sini. Sila tengok gambar di bawah.haha..
Waktu ini jalan dengan Umi, adik perempuan bongsu, Afrina dan Adriana selepas ke Rumah 4 musim. Taman tersembunyi ini kalau nak cari boleh lihat di map yang diberi di kaunter. Cari lah LAMAN KONSERVASI TANAMAN HERBA & UBATAN.
RUMAH 4 MUSIM
Sebelum ke Taman tersembunyi hari itu, kami ke rumah 4 musim. UA tak pernah ke sini, jadi niat hari itu nak bawa anak-anak sahaja merasai musim sejuk di Malaysia. Afrina dan Adriana memang ada hasrat tu nak ke overseas, nak main salji katanya tapi belum ada rezeki lagi. Jadi ibu bawa pergi Rumah 4 musim ni..Kita ambil feel dulu ya. hihi..
Dengan suhu 2'c di situ, memang sejuk hingga ke tulang rasa nya. mengigil la juga Afrina dan Adriana masa ini. hehe.. Macam mana nak pergi main salji di Overseas ini kalau tak tahan sejuk di Malaysia anak-anak lahai hehe.. Tengok saja lah riak muka Afrina dan Adriana memang tak tahan la kot.huhu..
Kalau ada yang nak merasai macam mana sejuknya musim salji, jom datang ke Taman Botani, Shah alam, Tiket pun tak mahal mana, dewasa RM5 dan kanak-kanak RM3. Tiket perlu dibeli di kaunter masuk di main entrance. Ramai yang tak tahu bab ni, jadi UA beritahu awal.
Jadi, itulah sahaja pengalaman kali ketiga kami di Taman Botani, Shah alam. Nanti kalau ada pengalaman lain lagi di sini akan dikongsikan lagi di lain entri. Bertabahlah sepanjang tahun baca coretan UA tentang aktiviti di sana. hihi... Terima kasih sudi singgah dan baca.
Ehhh, Siqah pun tak pernah jumpa taman tersembunyi kat sana. Nak kena pergi lagi nie nampaknya :D
ReplyDeletepernah pergi peluh ketiak jugakla berjalan. heheheh
ReplyDeleteMenarik..mcm nak g je
ReplyDeleteok. baru tahu pasal taman botani ni..macam kena pegi jugak ni..heheh
ReplyDelete