Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Thursday, 28 July 2016

DIY 3D ALPHABET| projek seni untuk anak-anak & juga dekorasi

ummul azkee


        Cuti Sekolah yang lepas,sebelum bulan puasa..UA dan anak-anak ada buat projek diy. Afrina dan Adriana memang suka buat kraf dari barang terbuang, setelah terpengaruh dengan rancangan Art Atacck dan ibu dia pula memang rajin simpan macam-macam sampah di rumah.hehe.

 Kami anak beranak memang selalu tonton rancangan ini, selalu ada rancangan ini di channel Disney. Idea seni dan kraf dalam rancangan ini memang superb. Memang anak-anak kagum dan teruja tengok rancangan ini dan selalu lah dia ajak ibu dia buat kraf macam dalam rancangan itu. Disebabkan tak nak hampakan anak-anak dan mahu mereka ini berseronok, maka cuti sekolah adalah masa yang terbaik untuk jalankan projek ini.

 Ibu bagi lampu hijau saja, terus dua-dua bersorak yeah! haha..Jadi projek DIY kami masa itu adalah buat recycle art berbentuk 3D menggunakan kadbod, kotak terbuang dan surat khabar lama. Tema bagi projek ini adalah alphabet untuk dekorasi di pintu. Memandangkan anak-anak pun nama panggilan bermula dari huruf A , jadi UA pilih huruf A untuk projek ini.



DIY 3D ALPHABET

Bahan-bahan yang diperlukan

kadbod
kotak kecil seperti kotak ubat gigi/sabun
surat khabar lama ( gunting empat segi saiz sederhana)
masking tape
gam
gunting
berus lukisan
warna arcylic

 CARA-CARA DAN LANGKAH MEMBUAT 3D ALPHABET

1.Pilih satu huruuf yang kita mahukan kemudian lukis huruf  yang kita mahukan pada kadbod yang tidak digunakan lagi, seperti kotak pembungkusan yang berwarna coklat.Lukis dua huruf yang sama, dan pastikan kedua-dua huruf itu sama saiz.


2.Kemudian, gunting mengikut bentuk huruf tersebut seperti gambar di atas.

3.Setelah itu lekatkan kotak kecik diantara dua huruf yang di gunting dan lekatkan dengan masking tape. Letakkan dan lekatkan 3 kotak kecil di atas dan dibawah menggunakan masking tape dan pastikan alphabet itu boleh berdiri.



4. Selepas itu bolehlah tutup lubang pada bahagian tepi huruf dengan melekatkan suratkhabar lama menggunakan gam seperti yang Afrina dan Adriana buat di dalam gambar di bawah.





5. Setelah gam kering dan tampalan itu keras dan kukuh bolehlah warnakan dengan warna yang disukai dengan menggunakan warna akrilik.Siap! 

 Jom buat projek seni dari bahan terbuang..sambil berseronok kita boleh jimatkan duit untuk dekorasi dan selamatkan bumi dengan mengurangkan pembuangan sampah. Sampah pun berguna kalau kita kreatif!.. Selamat mencuba!! :)











Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib