PERCUTIAN YANG PANJANG | Long Vacation
Jepun! Siapa yang tak mengenali negara asia tenggara yang terkenal dengan kecantikan bunga sakuranya, Keindahan negara Jepun sering menjadi sebutan, perhatian. Malahan mendapat pujian setiap kali tibanya musim bunga itu,dan sekaligus menjadi destinasi impian sesetengah orang termasuklah UA. Akan tetapi itu bukanlah sebab utama UA mahu ke sana. Jepun seringkali mendapat pujian atas ketinggian adab dan displin mereka, Dengan begitu banyak pujian tentang sikap dan adab masyarakat jepun membuatkan UA ingin melihat sendiri dan melalui pengalaman itu.
Bercakap mengenai Percutian panjang ke jepun, sebenarnya bukanlah UA akan bercuti panjang ke jepun, Akan tetapi minggu ini UA terimbas memori lama tahun 90an, terlayan drama tv jepun tahun 90an, Long vacation. hehe. Sesiapa sezaman dengan UA mesti tahu drama ini dan tahu lah nama hero jepun terkenal zaman itu, Takuya kimura.hensem lah jugak.hahaha..
UA memang peminat drama jepun waktu zaman sekolah lagi.Dan drama jepun pertama yang UA tonton adalah Long Vacation atau dalam bahasa melayu bermakna percutian panjang. hehe..Jadi semua jangan salah faham, bukan lah UA akan bercuti panjang ke jepun tapi menikmati cuti sekolah yang panjang dengan menonton drama ini. huhu.tapi insyallah satu hari nanti kalau ada rezeki ingin ke sana, tapi tak mungkin lah percutian yang panjang kan, kaya sangat ke bercuti panjang ke sana hehe..
Percutian panjang kita bagi UA adalah setelah kita di syurga nanti, memang bercuti panjangggg..
kita semua senang lenang di sana, tak fikir apa, bahagia je sentiasa, tak ada rasa penat, tak lapar, tak risau duit yang terbang apabila pergi bercuti. best kan? hehe..
Berbalik pada cerita drama Long Vacation ini, macam biasa lah tema dia CINTA, hehe..
cinta yang unik hehe..tapi kan tarikan utama yang buat UA suka drama ini adalah petikan piano yang semamangnya indah dan UA memang sukakan lagu instrumental dari piano, sedap halwa telinga mendengar. Sesiapa berminat nak tengok boleh cari di youtube. Sampai sekarang UA layan lagu-lagu dan petikan piano dalam cerita ini. Bagi mempengaruhi semua orang tengok cerita ini dan jatuh cinta
dengan petikan piano yang indah UA upload sedikit drama ini huhu..nikmatilah
Wahh...harus tengok nanti. Nany before this tak layan sangat cerita2 Jepun ke Korea sebab macam tade masa. Nak try download lah nanti..sure akan lebih appreciate bila dah tengok ceta tuh.
ReplyDeletetengok tau nany, best!
DeleteMacam best je cerita ni haha syima dah la minat drama korea and jepun ni
ReplyDelete