Printcious Art Contest
Dua bulan lepas printcious.com, online shop yang menjual cenderhati/hadiah telah mengadakan Art Contest dan UA ada sertai. saja mencuba-cuba, tidak lah berharap sangat untuk menang memandangkan UA masih baru dalam dunia lukisan digital ini.Tambahan pula semua pelukis digital yang sertai hebat-hebat belaka, UA picisan sahaja. huhu..
Lukisan di bawah ini lah yang UA submit untuk art contest tersebut. Biasa-biasa sahaja kan.Tapi insyallah dari hari ke hari UA akan perbaiki untuk jadi lebih baik.
Senarai pemenang Printcious Art Contest
Sedar tak sedar semasa tengah menulis entri ini, rupanya nama Top 10 winner sudah diumumkan 16hb jun yang lepas. Dan UA tak pun menang. Hehe.. UA tak ada lah sedih sebab tahu banyak mana usaha dan tahu tahap mana skill sendiri. Insyallah akan datang takkan putus asa untuk sertai Art Contest yang lain. Buat pengetahuan semua salah satu cara untuk hasil seni seseorang pelukis mendapat pengiktirafan adalah dengan menyertai pertandingan. Menang adalah satu bonus, kalau kalah itu tak bererti tak berjaya, tapi kesungguhan yang paling dipandang pada seorang pelukis itu.
takpe la kak..belum ada rezeki..yang penting akak cuba..tahniah kak..
ReplyDeletebetul rezeki boleh ada lagi kan..
DeleteWoaahhh!! cantik dah tu kat mata iolss. Hehehe...ganbate UA! Tahniah..don't give up..I know you can.. :)
ReplyDeletetq nany .. tq for being supportive friend
Delete