borang untuk jadi warga Smales
SYARAT-SYARAT DAN PROSES PENDAFTARAN AHLI SMALES
- Mestilah berumur antara 4 hingga 12 tahun mengikut tarikh lahir. Kalau ikut umur mengikut tahun,pendaftaran takkan di terima. Contoh, kalau 4 tahun tu kenalah tunggu lepas sambut Birthday.hihi.
- Pastikan bawa segala mykid anak-anak dan i/c ibu ayah semasa mendaftar , akan di minta semasa proses pendaftran dan akan di check satu-satu. Gigihlah uncle di bug house tu check. hehe.. Mengagau UA korek purse hari tu cari mykid dan i/c, nasib ada. hihi..
- Selepas isi borang dan detail semua betul, dia akan bagi kad ahli sementara seperti gambar di atas sekali.
- Datang kembali di bug house selepas dua minggu untuk ambil gambar dan dapatkan kad pasport seperti di bawah.
KEISTIMEWAAN APABILA MENJADI AHLI SMALES
- Seperti gambar di atas, kegunaan pasport ini adalah seperti buku kedatangan. Setiap kali datang ke IKEA, ahli smales perlu scan pasport untuk mengesahkan kehadiran di mesin kupon cendawan comel seperti gambar bawah ini yang terletak bersebelahan dengan bug house. Selepas sahaja pasport di scan , ahli Smales akan menerima 1 stem bernilai 0.50 atau lebih jika mereka bawa suratkhabar ke bug house untuk proses recycle.
-Dengan terkumpulnya kupon setiap kali berkunjung ke IKEA ahli Smales akan berpeluang menukarkan kupon dengan barangan Ekslusif Smales yang comel dan menarik hati yang sama nilai dengan harga setiap barang. Contoh barangan Smales yang boleh ditebus adalah seperti di bawah.menarik kan?

- Selain itu, setiap kali kunjungan, ahli Smales akan menerima 1 minuman percuma dan 1 diskaun untuk menu kanak-kanak.
- Ahli smales juga berpeluang menyertai setiap aktiviti dan bengkel yang di anjurkan pada setiap cuti sekolah.
- menerima tawaran istimewa untuk ahli Smales dan juga ahli keluarga.
- dapat kek percuma pada Hari Jadi ke-13.
- dan aiskrim percuma pada hari jadi SARA.
Tak tahu siapa SARA? nanti UA sambung cerita di entri akan datang. Sebelum tu jom pakat-pakat daftarkan anak-anak kita jadi ahli Smales. Banyakkan keistimewaannya,sambil kita shopping anak-anak pun gembira kan.
|
0 comments:
Post a Comment
THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..