SIMPAN PENGALAMAN PERTAMA KAMI BERSAMA
Pagi semua!! Lamanya UA simpan cerita dan gambar kenangan UA dan gegirl UA , Afrina dan Adriana ini. Nak cuci gambar ni ntah bila, sibuk betul sekarang. Rasanya lebih baik di ceritakan balik di sini. Sambil tengok balik gambar-gambar ini, boleh tahu tarikh dan umur anak-anak masa ni.
Sehari selepas UA sertai EFGathering 19mac 2016, keesokkan harinya UA bagi peluang pula anak-anak happy, baru adil kan hehe.. Tak rancang pun nak bawa, tapi kebetulan walid UA ada buka booth jualan alatan memanah di Masjid berdekatan rumah, Walaupun cuaca agak panas, rezeki gegirl hari itu,dapatlah mereka tunggang kuda dan naik kereta kuda ala Cinderella. hehe.. Mulanya UA tak nak lah naik, tapi Adriana tahu je la, nak berkepit je dengan ibu dia, naik la UA sekali. Merasalah UA naik kereta kuda pertama kali bersama-sama Afrina dan Adriana.
Sebenarnya kereta kuda dan kuda ini dari kelab kuda walid UA, MRC (Meru Riding Club & Archery) dan dibuka untuk orang ramai naik sekiranya ada event. Cantik kereta kuda ini,warna putih, ala inggeris. Disebabkan pertama kali naik kereta kuda, teruja dan seronoknya Afrina dan Adriana, terasa diri bagaikan puteri lah tu. Selalu tengok dalam cerita kartun Sofea saja kan.. Ibu pun seronok juga, sebab pertama kali..Hehe..Selepas naik kuda Afrina dan Adriana menunggang kuda pula. Walaupun bukan pertama kali tapi terujanya macam pertama kali juga. :)
Seronoknya naik kereta kuda tu!!
ReplyDelete