Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Wednesday, 27 April 2016

Taman Wetland,cipta momen indah bersama!

ummul azkee

Taman Wetland | Lokasi menarik untuk outdoor fotografi


        Seperti yang janjikan, UA ingin kongsikan foto- foto yang UA capture semasa Afrina main bubbles di Taman Wetland yang terletak di Putrajaya, hari yang sama Sport Days Adriana beberapa minggu lalu. UA hanya gunakan smartphone sahaja, al maklum tak ada kamera canggih hehe.. Smartphone pun jadi lah, janji dapat simpan momen indah dengan keluarga itu pun satu kenikmatan pada UA. Insyallah ada rezeki satu hari nanti mahu juga miliki kamera canggih. Amin, moga termakbul sebab UA sangat sukakan fotografi. Fotografi juga merupakan satu cabang seni, ini diakui kerana fotografi termasuk dalam salah satu jurusan Seni lukis dan seni reka di Universiti.

       Betul, semua orang mampu capture gambar menggunakan kamera..tapi merakamkan gambar secara kreatif tak semua orang mampu. setuju tak? Apabila kita memegang kamera, satu perkara yang kita perlu peka adalah sudut maana yang paling menarik untuk kita rakamkan.

       Selain dari itu faktor lokasi dan cahaya sangat memainkan peranan bagi menjadikan sesuatu gambar itu menarik. Teringat dulu UA pernah ikut rakan sebilik yang ambil subjek Fotografi keluar seawal pagi hanya kerana inginkan gmabar yang cantik.Ternyata cahaya matahari sangat menyumbang kepada cantiknya sesuatu gambar itu.

  Terima Kasih Allah, atas cahaya matahari ini yang sangat bermanfaat buat kami.

  "Matahari, Walaupun kadangkala meresahkan, tapi ia dicipta untuk memberi manfaat pada kita,
menjadikan hidup kita bercahaya, terang dari kegelapan dan menjadikan momen indah kita lebih bermakna."

 Selamat menikmati momen indah UA dan suami bersama Afrina, walaupun tak seindah mana.. akan UA simpan kenangan ini hinggan ke akhirnya... 





























































Terima kasih sebab sudi luangkan masa membaca coretan UA... :)


Tuesday, 26 April 2016

SKETCHBOOK | Wacon Bamboo Fun sketching

ummul azkee

Berjinak-jinak dengan Wacon Bamboo Fun Pen & Touch


     Dari 2 minggu yang lepas UA baru sahaja berjinak-jinak menggunakan Wacon Bamboo,salah satu gadjet untuk designer dan digital artist gunakan untuk hasilkan digital artwork secara freehand tanpa gunakan mouse. Sebenarnya UA lebih suka gunakan cara tradisional,hasilkan karya menggunakan pensel, watercolour, arcylic dan  pelbagai lagi bahan. Feeling dalam menghasilkan karya mengunakan gadjet dan peralatan lukisan berlainan sama sekali bagi UA. Apabila kita gunakan peralatan lukisan tiada batasan dari segi ruang dan lebih selesa, berbeza apabila kita menggunakan gadjet yang agak terbatas dan perlu mengawal tangan dan tumpuan mata lebih terarah pada skrin komputer. Akan tetapi setelah mencuba Wacon Bamboo Pen & Touch ini, UA rasa seronok pula.
hehe.. Disebabkan permintaan hasil karya dalam bentuk digital amat menggalakkan UA rasa tak salah UA beralih arah pada cara digital. Tapi cara tradisional tetap di hati UA,maklumlah UA ini bekas pelajar Seni halus, walau macam manapun cinta pada gaya yang agak tradisional itu masih di hati.




   Semuanya bermula apabila ada satu pihak yang menghubungi UA, mencari ilustrator untuk satu projek buku cerita dan mereka mahukan hasil karya berbentuk digital. Dan beliau mnecadangkan UA menggunakan Wacon. Jadi UA pun bertanyakan adik UA tentang gadjet ini dan kebetulan adik ada, jadi dia pinjamkan pada UA memandangkan dia tak gunakan lagi.




   Percubaan pertama agak lama dan tak berapa jadi lukisan UA, maklumlah masih baru tak berapa biasa dengan pen dan pad wacon Bamboo ini. Agak janggal, tapi rasa seronok sebab perkara baru kan. Sebelum ini masa belajar kami hanya gunakan mouse untuk buat rekaan di photoshop, agak leceh dan memerlukan tumpuan sepenuhnya. Dengan adanya wacon bamboo ini rasa sangat memudahkan UA sebab cara melukis masih sama mengunakan pen.




      Apabila sudah rasa agak selesa UA beralih pada page baru dan cari gambar menarik untuk cuba melukis dengan lebih baik menggunakan  bamboo ini. Jadi UA pilih gambar bunga raya dan mula hasilkan  lakaran sebagai permulaan. Selepas ini mahu prakits mewarna pula dengan harapan skill melukis dan mewarna UA menggunakan wacon bamboo pen akan lebih baik dari hari ke hari. Terima kasih pada adik pinjamkan Wacon Bamboo Fun Pen & Touch yang sememangnya sangat best! Doakan UA dapat peluang untuk hasilkan karya yang di tawarkan ya..Sekian

Friday, 15 April 2016

Cinderella Malaysia dan kereta kuda!

ummul azkee

SIMPAN PENGALAMAN PERTAMA KAMI BERSAMA



   Pagi semua!! Lamanya UA simpan cerita dan gambar kenangan UA dan gegirl UA , Afrina dan Adriana ini. Nak cuci gambar ni ntah bila, sibuk betul sekarang. Rasanya lebih baik di ceritakan balik di sini. Sambil tengok balik gambar-gambar ini, boleh tahu tarikh dan umur anak-anak masa ni.

   Sehari selepas UA sertai EFGathering 19mac 2016, keesokkan harinya UA bagi peluang pula anak-anak happy, baru adil kan hehe.. Tak rancang pun nak bawa, tapi kebetulan walid UA ada buka booth jualan alatan memanah di Masjid berdekatan rumah, Walaupun cuaca agak panas, rezeki gegirl  hari itu,dapatlah mereka tunggang kuda dan naik kereta kuda ala Cinderella. hehe.. Mulanya UA tak nak lah naik, tapi Adriana tahu je la, nak berkepit je dengan ibu dia, naik la UA sekali. Merasalah UA naik kereta kuda pertama kali bersama-sama Afrina dan Adriana. 

  Sebenarnya kereta kuda dan kuda ini dari  kelab kuda walid UA, MRC (Meru Riding Club & Archery) dan dibuka untuk orang ramai naik sekiranya ada event. Cantik kereta kuda ini,warna putih, ala inggeris. Disebabkan pertama kali naik kereta kuda, teruja dan seronoknya Afrina dan Adriana, terasa diri bagaikan puteri lah tu. Selalu tengok dalam cerita kartun Sofea saja kan.. Ibu pun seronok juga, sebab pertama kali..Hehe..Selepas naik kuda Afrina dan Adriana menunggang kuda pula. Walaupun bukan pertama kali tapi terujanya macam pertama kali juga. :)

   










Saturday, 2 April 2016

Tip Mewarna menggunakkan pensel warna

ummul azkee

TIP MEWARNA MENGGUNAKAN PENSEL WARNA

PENSEL WARNA MEDIUM PALING MUDAH DAN MURAH!

    Entri pertama di bulan april UA mulakan dengan cerita dunia seni UA lah.hehe..Saja nak kongsi ilmu walaupun tak lah hebat mana ilmunya. Moga ada yang dapat manfaat bagi yang berminat dengan warna atau mahu hilangkan stress dengan buku mewarna yang tengah popular sekarang ini.




   Sejak dari kita bersekolah lagi kita sudah gunakan pensel warna. Ini antara medium paling senang dan tak leceh untuk digunakan kan, mesti ramai yang selesa dengan pensel warna ini kan. Kini harga bagi sekotak pensel warna pun sekarang agak murah berbanding dahulu. Kita boleh dapatkan 24batang pensel warna dengan harga bawah RM10. Murah kan? Kos paling murah bagi alatan melukis dan mewarna,  jadi UA rasa semua orang pun mesti mampu beli kan.


pensel warna ni serendah rm10.murah kan?hehe..


TIPS PENTING YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MENGGUNAKAN PENSEL WARNA


 - Sebelum mewarna pastikan kertas lukisan yang hendak diwarnakan dibawahnya ada pelapik. Ini bagi memastikan warna dapat diratakan dengan cantik dan kemas tanpa kesan lantai yang tidak rata.

- Pensel warna perlu sentiasa tajam. Pensel warna yang tumpul tak dapat menghasilkan garisan yang halus dan kemas. kesan warna juga akan kelihatan comot. UA gunakan pisau kerana lebih dan menjimatkan warna, asah dihujung sahaja bagi tajam,tapi gunakan sharpener pun boleh, sharp hujung warna sahaja untuk elakkan pembaziran warna. :)



PEMILIHAN WARNA DAN TON 


  Sebenarnya pemilihan warna memainkan peranan juga dalam satu lukisan , lebih-lebih lagi kalau kita mahu tunjukkan cahaya pada sesuatu objek dalam lukisan. UA suka dengan ton warna yang pelbagai, dan jarang gunakan hitam untuk ton atau objek lebih gelap. Kalau dalam kelas Paintingmasa belajar dahulu HITAM DIHARAMKAN. dan sehingga hari ini UA tak gunakan warna hitam untuk mewarna hehe.. UA gantikan dengan gabungkan warna yang lebih gelap seperti biru gelap, hijau gelap atau ungu dan coklat.Hasilnya lebih menarik.

pilihan warna UA untuk lukisan siput dan cengkerang


   Contoh seperti lukisan dibawah ini. UA tidak terus gunakan kelabu tapi gabungkan pelbagai warna.
Untuk bahagian cerah UA gunakan biru cair dan bahagian gelap dan separa gelap UA gunakan warna biru gelap digabungkan dengan ungu dan hijau gelap.



  Kalau nak tahu dan belajar lebih tentang ton warna boleh lihat dalam roda warna dibawa sebagai rujukan semasa mewarna. Insyallah UA akan buat entri tentang roda warna ini di lain hari ya. Kalau tak faham bolehlah komen di bawah. Nak tanya apapun dialu-alukan..Insyallah UA akan jawab dan bantu yang UA mampu. Selamat Malam dan selamat mewarna.. :)


Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib