EKSPERIMEN 1 | TEKNIK LUKISAN MENGGUNAKAN AKRILIK
Salam 1 Mac , dengan pantasnya kita telah beralih ke bulan ketiga bagi tahun 2016. Maka dengan ini UA ingin mulakan entri bulan Mac dengan apa yang UA paling minat iaitu Seni lukis.huhu...
Entri ini adalah sebagai rujukan sendiridi masa hadapan juga boleh digunakan pada mereka yang berminat untuk menghasilkan lukisan menggunakan akrilik.
Sebenarnya ada banyak material untuk melukis, ada cat air (watercolour), cat minyak (oil paint),pastel, krayon, pensel warna dan akrilik(acrylic) Kebanyakkan material itu semua UA pernah gunakan dalam lukisan cumanya dari segi teknik menggunakan bahan tersebut diatas ada beberapa darinya UA belum mahir atau orang putih kata 'Master'.hehe..
Untuk mahir menggunakan sesuatu material, kita perlu tahu sifat material dan teknik yang boleh digunapakai. Sebenarnya UA kurang mahir menggunakan akrilik, sebab masa zaman belajar dulu lebih suka gunakkan cat minyak. Jadi, bulan lepas UA mulakan eksperimen teknik akrilik menggunakan akrilik.
SIFAT AKRILIK
- lebih pekat berbanding cat air (watercolor)
- Mudah kering apabila terdedah pada suhu bilik atau terkena angin
- boleh diaplikasikan pada kertas lukisan dan juga kanvas
-lebih selamat digunakan oleh kanak-kanak berbanding cat minyak
-tanpa bau yang menyenangkan seperti cat minyak
TEKNIK MENGGUNAKAN AKRILIK
![]() |
transparent arcylic |
1.TRANSPARENT ARCYLIC
- Efek teknik ini seperti menggunakan sapuan cat air(watercolour)
- menggunakan air, gel coat atau water tension backer
- setiap sapuan digunakan dan di biarkan kering
- hasilkan warna dengan lapisan yang berpigmen gelap
- campurkan lebih warna pada lapisan warna pertama sebelum ia kering
- hasilkan refelksi cahaya akhir sekali menggunakan warna putih
- teknik ini membolehkan kita menghasilkan pelbagai variasi warna dan ton dengan
sapuan atas sapuan seperti meletakkan lapisan gelas atas satu sama lain.
![]() |
opaque arcylic |
2.OPAQUE ARCYLIC
- arkrilik di gunakan sebagai sapuan pertama dan sebagai latar belakang
- teknik lapisan demi lapisan
- selepas satu lapisan kering, lapisan seterusnya boleh disapukan
- jika warna kering terlalu cepat boleh gunakan arcylic retarder dan dicampurkan bersama
warna,yang mana ia akan melambatkan proses pengeringan.
- setelah lapisan kedua kering, lapisan ketiga boleh lah di letakkan di atas nya
Ada lagi pelbagai teknik menggunakan akrilik, nanti apabila UA sudah lakukan eksperimenya UA kongsikan. Moga bermanfaat.
0 comments:
Post a Comment
THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..