TIKET SUNWAY LAGOON PERCUMA DARI TESCO
UA memang tiap bulan ke Tesco, eh bukan bulan tapi setiap minggu. Dari mula kahwin sampai lah sekarang memang situlah tempat UA membeli barang keperluan rumah dan dapur.Mudah, semua ada, sekali semua benda boleh beli, jimat masa. Harga pun boleh tahan murah dari tempat lain dan setiap bulan memang tesco ada buat promosi, tapi kena lah selalu lihat di laman web Tesco.
Macam biasa awal bulan, UA akan beli stok barang dapur dan keperluan rumah untuk sebulan, jadi berbelanja memang boleh tahan banyak juga.Yang untungnya membeli di sini adalah untuk ahli CLUBCARD akan dapat mata/point dari setiap barang yang di beli. Kami memang ahli clubcard. Setakat ini memang banyak sudah point kami dapat dan dapat voucher penjimatan yang akan di pos ke rumah.dan sedikit sebanyak bolehlah juga berjimat.
Minggu lepas kami membeli lah di tesco barang keperluan semua dan kebetulan waktu itu Member's week.Tak tahu pun sebenarnya, kebetulan ke sana. selepas membayar semua barangan yang di beli kami terima dua tiket percuma ke Sunway Lagoon untuk kanak-kanak. Rezeki anak-anak lah ni..dapat dua tiket boleh bawa Afrina dan Adriana ke sana nanti. Tak sabar nak bawa mereka berdua ini main air disana.Memang En.suami ada kata nak bawa, tapi kalau percuma untuk anak-anak ini sudah bagus!boleh berjimat lagi sambil bergumbira. hehe..
Untuk maklumat lanjut bagaiman menjadi ahli clubcard dan mengetahui promosi terkini Tesco bolehlah kunjungi http://www.tesco.com.my/
0 comments:
Post a Comment
THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..