BIG EYES | tentang hak dan perjuangan seorang wanita
![]() |
Margaret Keane bersama pelakon Amy Adams yang memegang watak sebagai dirinya |
Kehidupan Margaret berubah apabila dia bertemu Walter Keane, seorang lelaki menawan dan peramah
yang kononya pelukis sepertinya juga. Akibat dari satu insiden, Karya Margaret yang bertemakan kanak-kanak bermata besar menjadi perhatian, popular dan diminati. Pada mulanya Margaret sangat gembira kerana karya menjadi popular dan mendatangkan hasil yang lumayan berserta dengan usaha suaminya mempromosikan karyanya dengan bersungguh-sungguh.Namun akhirnya Margaret menjadi keliru apabila mendapati yang suaminya menipu dengan mengatakan bahawa semua hasil karya yang Margaret hasilkan adalah karyanya.
Kemuncak cerita ini akhirnya Margaret mengakui pada media massa yang karya kanak-kanak bermata besar itu adalah hasil lukisanya yang membawa kepada penyelesaian di mahkamah. Dan \Margaret berjaya membuktikan bahawa dia adalah pelukis pada kesemua karya kanak-kanak bermata besar itu.
BIG EYES DARI KACAMATA UA
Filem ini membuka mata UA bahawa bakat tanpa ilmu berkaitan promosi dan pemasaran, sesebuah karya takkan membawa seseorang pelukis itu ke mana-mana.Walaupun tanpa kemahiran promosi, Pelukis seharusnya memerlukan seseorang yang mahir dalam bidang pemasaran untuk
mengembangkan kerjaya seorang pelukis dan karyanya seperti yang pernah yusof gajah suarakan suatu masa dulu.
Selain itu, sebenarnya filem ini mengajar wanita untuk berani mempertahankan hak walaupun
ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan lebih-lebih apabila berhadapan dengan lelaki yang tak berapa siuman walapun lelaki itu suami.hehe.. Perlu berani dan bijak untuk menghadapi situasi.
Yang terakhirnya,UA teruja lihat studio lukisan Margaret dalam filem ini.hihi..Rasa jadi bersemangat untuk berkarya. Mulalah berangan setinggi bintang di langit hehe..(Jangan berangan je
UMMUL AZKEE tapi kenalah sentiasa bergerak, melukis, melukis dan melukis tahu, barulah boleh jadi macam Margaret Keane ataupun Georgia O'keffe) hehe.. :)
PS: Mesti tak kenal kan Georgia O'keffe, maka google kalau ingin tahu..bertambah ilmu tentang seni lukis.hehe
UMMUL AZKEE tapi kenalah sentiasa bergerak, melukis, melukis dan melukis tahu, barulah boleh jadi macam Margaret Keane ataupun Georgia O'keffe) hehe.. :)
PS: Mesti tak kenal kan Georgia O'keffe, maka google kalau ingin tahu..bertambah ilmu tentang seni lukis.hehe
Belum pernah juga tengok cerita ni.
ReplyDeleteAll the best untuk UA. Moga suksess
kerja di ofis pun sama juga realitinya, kalau kerja bagus kerja keras tapi bos tak tahu pun tak ke mana, sedangkan yg kerja sedikit tpi sentiasa menjual diri pada bos lebih cenderung jadi kesukaam bos.
ReplyDeletemoral of the story, have some pride..be bold and brave
ReplyDeletebetol..wanita harus mempertahankan haknya..jgn biar lelaki pijak2 kita..ehhh..hehe
ReplyDeletedah lama tak tengok movie..
ReplyDeleteorang yang berbakat adakala tenggelam kerana kekurangan ilmu pemasaran untuk menonjolkan bakat
ReplyDeletebila nak lukis potret aRzMoHa hehe
ReplyDelete