PENEMAN SETIA
Tahun ini rutin harian UA berubah, memandangkan Afrina sudah memulakan persekolahan di tahun 1 pada waktu pagi dan petang, Adriana pula memulakan pra sekolah dia. Kini, setiap pagi suasana rumah memang riuh tidak seperti tahun lepas, Sibuk pun ia juga UA di pagi hari menyiapkan persiapan sekolah Afrina dan Adriana serta suami.
Biasanya selepas mereka semua ke sekolah dengan babah mereka, Sunyi lah rumah.Hihi. Pada mulanya UA rasa canggung juga, maklumlah sudah terbiasa dengan riuh rendah mereka bermain dan bercakaran. hihi.. Walaupun sendirian di pagi hari, UA sibuk juga uruskan segala kerja rumah dan memasak. awal pagi sudah siap sedia untuk masak memandangkan Afrina akan ke sekolah sesi petang pula.
Tapikan bukan hanya UA sahaja yang canggung, Adriana pun sama, hihi..Oleh kerana setiap hari dia tamat sesi persekolahan pada pukul 12, maka waktu petang Adriana tiada kawan bermain dan berebut mainan, memandangkan kakak Afrina ke sekolah sesi petang pula. Terserlah kesunyian dia apabila kakak Afrina tiada di rumah. Maka ibulah jadi peneman setia dia.haha..
Setiap hari selepas siap makan tengahari dan menonton kartun, Adriana akan sertai ibu tidur. huhu.. Ataupun menolong ibu di dapur dan buat perkara yang paling disukai,iaitu membuat cupcake. Kalau tak pun dia akan menemani ibu dia ke mana sahaja. Perkara yang Adriana paling seronok setiap petang adalah ke taman permainan bersama-sama kawan patung dia.
Harap awak dan kakak jadi peneman setia ibu sampai bila-bila. BFF ok? even we are mother and daugthers. Love two of you!
Comel sangat Adriana...memang kan kalau jadi full time housewife ni, sibuk sangat. Nak uruskan hal family dan anak-anak. InshaALLAH, semoga ALLAH SWT memberi ganjaran pahala buat kita semua. Sabar dan tabah membesarkan dan mendidik anak2! I truly feel you UA!
ReplyDeleteTQ nany... insyallah kita kuat..hehe..
Deleterajin anak dara tu..comel je baking
ReplyDeleteseronok sgt tu linda
Deletealaaa canggung ala canggung Ummul..hahaa, bagus la anak-anak dibuat kawan, sama la dgn kitaorag ni..anak dah besar2 lagi best buat kawan.
ReplyDeletehehe... teringat lagu tu eh pcl.. hahaha
Delete