Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Thursday, 28 January 2016

Semuanya kerana sayang

ummul azkee

ILHAM DARI MATA HATI


    Pernah tak sesiapa menghayati lirik lagu  Sayang , nyanyian  Faizal Tahir ? UA sangat sukakan lagu itu. Lirik nya penuh makna dan indah. Tahu tak yang Faizal Tahir memperolehi ilham menulis lagu ini semasa anak nya sakit dan di masukkan ke hospital. UA ketahuinya tentang hal ini pun melalui radio.hehe..

    Begitulah hikmahnya dari setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup kita.Tanpa kita sedari kadangkala ia menghasilkan sesuatu yang indah dan luar biasa. Cuba hayati lirik lagu Sayang ciptaaan Faizal Tahir pasti kita boleh rasakan kasih sayang seorang ayah pada anak nya. Keikhlasan seorang ayah menyayangi anaknya terserlah pada lirik ini. Setiap perkataan dari lagu ini bermakna.

LIRIK LAGU SAYANG - FAIZAL TAHIR

Tiada yang lebih terindah
Selain kita, kau dan aku bersama
Biar ku sentuh dan rasa
Kasih yang mesra
Hanya kita yang tahu

Tenang memandang wajah yang lena
Tuhan selalu denganmu

Sayang tidur saja sayang
Lupakan saja yang semalam
Tidurlah mimpi indah

Oh sayang tidur saja sayang
Setia ku disini menjagamu
Tidurlah kaulah segalanya
Sayang kaulah segalanya
Sayang

Waktu dan usia berlalu
Saksi padamu dewasa dan sempurna
Setiap airmata hancur hatiku
Mahu kau senyum selalu

Biar luka diubati waktu
Tuhan selalu denganmu

Sayang tidur saja sayang
Setia ku disini menjagamu
Tidurlah kaulah segalanya
Sayang kaulah segalanya
Sayang

Selamanya kau bidadariku
Takkan pudar senyumanmu yang pertama
Selamanya tetap kau sempurna
Sayang Sayang

Sayang

Oh sayang tidur saja sayang
Lupakan saja semalam

Kaulah segalanya
Sayang kaulah segalanya
Sayang

Sayang tidur saja sayang

 
     Semasa mendengar lagu ini siapa lagi yang UA akan ingat kalau bukan Afrina dan Adriana. Kasih sayang sememangnya memberikan impak dalam hidup kita. Hasilnya boleh kita lihat dengan terciptaanya lagu ini. Jadi pada yang kehilangan idea dan ilham untuk menghasilkan karya dari segi penulisan mahupun seni lukis , perhatikan  sekeliling kita dan lihatlah dengan mata hati pasti kita akan temui inspirasi

    Selamat Malam, Sayang... ;)


 

Apa itu DDEC?

ummul azkee

APA ITU DDEC ?

     Minggu lepas En.Suami ada bagi sesuatu yang UA sangat suka , UA tertarik sangat dengan apa yang UA dapat walaupun barang itu barang percuma. Hahaha.. Haruslah hargai apapun yang orang lain berikan pada kita kan walaupun ia hanya kalendar dan  sebuah buku. hehe.. Apa yang buat UA lebih teruja adalah rekaan pada kalendar dan buku itu. Cuba lihat  gambar buku kalendar dan buku dibawah ini. Tahu tak apa yang menarik hati UA? Tahu tak sebab apa? Sebab.. rekaan dia berkonsepkan Doddle lah. Hihi..





     Belek punya belek , perasaan ingin tahu UA tentang apa itu DDEC  makin menebal gitu.Selama ini tak tahu pun apa DDEC ini.Haha..Jadi UA mahulah kongsikan pada semua apa itu DDEC dan fungsi pusat ini pada usahawan di Malaysia terutamanya Bumiputera.

     DDEC adalah singkatan bagi Design Development Centre atau dalam bahasa malaysia nya Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia. DDEC ini merupakan anak syarikat milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

     Tujuan utama DDEC ini ditubuhkan adalah bagi membantu usahawan di Malaysia memajukan perniagaan mereka. DDEC berperanan sebagai pusat rujukan usahawan untuk memajukan perniagaan mereka dari segi membina jenama, reka bentuk logo serta pembungkusan produk, pemasaran dan juga program latihan. Selain  itu DDEC juga menyediakan perkhidmatan pengurusan acara.

    Mungkin apa yang UA terangkan ini tak begitu jelas. Jadi UA akan senaraikan perkhidmatan DDEC secara ringkas untuk memudahkan pemahaman semua.UA ambil ringkaan ini dari Kalendar DDEC yang UA dapat.

PERKHIDMATAN DDEC

- PEMBANGUNAN JENAMA

- REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN

- LATIHAN DAN KONSULTASI

- REKA BENTUK PEMBINAAN 

- REKA BENTUK INDUSTRI

- PENGURUSAN ACARA / MAJLIS

   Dengan slogan berbunyi 'INOVASI MELALUI KREATIVI ' UA rasakan DDEC ini sememangnya satu pusat yang tepat untuk para usahawan mendapatkan ilmu perniagaan serta perkhidmatan yang sepatutnya dan wajib dikunjungi oleh mereka yang mempunyai impian untuk memajukan perniagaan mereka. 

 Jadi tunggu apa lagi kunjungi laman web DDEC di www.ddec.my untuk maklumat lanjut.



Wednesday, 27 January 2016

Peneman setia

ummul azkee



PENEMAN SETIA 


   Tahun ini rutin harian UA berubah, memandangkan Afrina sudah memulakan persekolahan di tahun 1 pada waktu pagi dan petang, Adriana pula memulakan pra sekolah dia. Kini, setiap pagi suasana rumah memang riuh tidak seperti tahun lepas, Sibuk pun ia juga UA di pagi hari menyiapkan persiapan sekolah Afrina dan Adriana serta suami. 


  Biasanya selepas mereka semua ke sekolah dengan babah mereka, Sunyi lah rumah.Hihi. Pada mulanya UA rasa canggung juga, maklumlah sudah terbiasa dengan riuh rendah mereka bermain dan bercakaran. hihi.. Walaupun sendirian di pagi hari, UA sibuk juga uruskan segala kerja rumah dan memasak. awal pagi sudah siap sedia untuk masak memandangkan Afrina akan ke sekolah sesi petang pula.



   Tapikan bukan hanya UA sahaja yang canggung, Adriana pun sama, hihi..Oleh kerana setiap hari dia tamat sesi persekolahan pada pukul 12, maka waktu petang Adriana tiada kawan bermain dan berebut mainan, memandangkan kakak Afrina ke sekolah sesi petang pula. Terserlah kesunyian dia apabila kakak Afrina tiada di rumah. Maka ibulah jadi peneman setia dia.haha..


   Setiap hari selepas siap makan tengahari dan menonton kartun, Adriana akan sertai ibu tidur. huhu.. Ataupun menolong ibu di dapur dan buat perkara yang paling disukai,iaitu membuat cupcake. Kalau tak pun dia akan menemani ibu dia ke mana sahaja. Perkara yang Adriana paling seronok setiap petang adalah  ke taman permainan bersama-sama kawan patung dia.






















    Harap awak dan kakak jadi peneman setia ibu sampai bila-bila. BFF ok? even we are mother and daugthers. Love two of you!

Tuesday, 19 January 2016

ILMU PENULISAN DAN SKILL MELUKIS | tiada alasan lagi!

ummul azkee

ILMU PENULISAN DAN SKIL MELUKIS

PENULISAN BUKU KANAK-KANAK

   Selamat petang semua, moga ceria-ceria selalu walaupun apapun cabaran yang kita lalui. Tabah kan hati ya kalau mahu berjaya.  Tahu tak selain fokus pada keluarga, UA ada perancangan besar tahun ini. Fokus lain adalah untuk mencabar kemampuan diri dengan menyertai pertandingan ilustrasi kanak-kanak di peringkat Antarabangsa.Insyallah!

   Apabila bercerita tentang buku kanak-kanak, mungkin ramai yang beranggapan mudah untuk menghasilkan penulisan dan ilustrasi buku kanak-kanak ini.Tanggapan  pertama UA waktu mula-mula ingin menceburi penulisan dan ilustrasi ini juga begitu. Namun begitu setelah menyertai bengkel dan berpeluang merasai pengalaman dalam penghasilan buku kanak-kanak ( anjuran Karangkraf, bidang ini sememangnya sangat mencabar dan memerlukan minat yang mendalam.

  Mengikut kata Sifu yang pengalaman dalam bidang ini, iaitu Pak Yusof Gajah, Di luar negara,
bidang penulisan dan ilustrasi kanak-kanak merupakan antara silibus yang ada ditawarkan di Universiti dan kolej. Jadi, dari situ UA ketahui yang dengan hanya menyertai bengkel selama 2hari tidak memadai untuk pelajari ilmu penulisan dan lustrasi buku kanak-kanak.

  Masih banyak lagi yang UA perlu pelajari tentang ilmu penulisan dan ilustrasi kanak-kanak. Selain membaca dan melihat ilustrasi buku kanak-kanak yang terdapat di pasaran, rasanya salah satu inisiatif lain yang perlu UA lakukan adalah melalui pembacaan dan mengasah skil melukis agar jadi lebih baik lagi.

  Walaupun bajet untuk memiliki buku-buku ilmiah tentang penulisan dan ilustrasi buku kanak-kanak
tidak begitu ada,  tetapi alhamduliah Allah Swt telah permudahkan perancangan UA dengan menemukan buku-buku tentang ilmu penulisan dan ilustrasi kanak-kanak di perpustakaan awam berdekatan dengan rumah.

  Kini tiada alasan lagi untuk UA ngomelkan untuk menambah ilmu dan memperbaiki skill melukis UA. Insyallah, UA akan usaha sehabis baik dan takkan putus asa. Doakan UA ya! Sesiapa yang berminat untuk menulis buku kanak-kanak boleh lah ikuti cara UA, kita cari ilmu sama-sama dengan meluangkan masa di perpustakaan dan lebih baik lagi kita pinjam setiap bulan! Memang seronok pada UA.

  Hujung minggu lalu UA terjumpa buku yang berkaitan dengan ilmu penulisan dan ilustrasi kanak-kanak.Apalagi terus pinjam!Rasa seronok dan teruja mahu mulakan apa yang dirancang. Nak tahu buku apa yang UA pinjam bolehlah lihat di bawah.












WHERE THE WILD THING ARE karya maurice sendak
,antara buku yang digemari kanak-kanak dan telah memenangi Anugerah.

Wednesday, 6 January 2016

Cabaran tahun 2016

ummul azkee

 

CABARAN 2016

    Selamat petang semua.Diam tak diam, tanpa UA sedari rupanya sudah hampir sebulan lebih UA tak mencoret di sini. Sepanjang dua bulan lepas macam-macam dugaan UA hadapi menjadikan UA hilang semangat  untuk menulis di sini. Maaf..terutamanya pada rakan blogging UA, Aishah K sebab tak dapat tunaikan janji untuk sertai giveaway Aishah yang berakhir pada bulan disember lepas, juga pada rakan-rakan blogger EFG yang lain. Maaf sangat.

    Dikala ini UA sedang buat dua kerja,masak rendang sambil mencoret di sini.hehe..
 Sebenarnya hari ini sudah tiga hari Afrina memulakan persekolahan di Sekolah rendah, tahun ini Afrina darjah satu. Jadi nya dua hari lepas UA dan suami sibuk menguruskan hal persekolahan dia. Esok Adriana pula memulakan hari pertama dia di Sekolah Tadika. Entah macam mana lah esok .huhu..

   Hari ini sudah hari ke enam di 2016, tahun ini cabaran utama bagi UA adalah menguruskan masa dengan baik. Walaupun UA ini suri rumah tapi bukan mudah mahu uruskan rumah dan persekolahan 2 anak ini.Lebih-lebih lagi Afrina sekolah di waktu pagi dan petang dan Adriana pun akan bersekolah jadi, agak kelam kabut sebab pertama kali dua anak sekali akan bersekolah. Tunggu esok pagilah macam mana suasananya di rumah. Hehe.. Bertabahlah ibu!  

   Dan satu lagi cabaran untuk UA pada tahun 2016 ini adalah melakukan satu perkara yang paling UA takutI dan sebolehnya UA cuba elakkan tapi nampaknya kali ini takkan mampu ditolak lagi dan perlu juga hadapi juga.Huwaaaa... Kalau nak tahu nanti UA cerita di entri akan datang ya. 

   Sebelum itu,mari layan gambar Afrina di hari pertama persekolahannya di tahun 2016.Sambil-sambil membebel di sini, siap sudah rendang UA.hehe..kejap lagi Afrina nak balik sekolah,maka tamatlah entri pertama 2016 UA.huhu..


ini waktu hari orientasi pada 31hb Disember,nak balik da masa ini


hari pertama di sekolah agama,Afrina yang sengih di belakang tau!bkn depan,hehe..








Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib