Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Sunday, 11 December 2016

Kriteria & langkah pertama sebelum menjadi Seorang Penulis Buku Kanak-kanak

ummul azkee

Kriteria & Langkah pertama sebelum menjadi seorang penulis buku kanak-kanak


      Lama dah UA nak share tentang kriteria dan langkah pertama yang perlu di ambil untuk menjadi seorang penulis buku kanak-kanak, tapi mood tak sampai-sampai. ( alasan sangat)

     Jadi harini UA bercerita tentang kriteria untuk menjadi seorang penulis buku kanak-kanak dan kongsi apa persediaan atau langkah pertama yang perlu kita siapkan sebelum menjadi penulis buku kanak-kanak.




google image

Kriteria utama untuk menjadi penulis buku kanak-kanak



1. Sukakan kanak-kanak

    Perkara pertama dan terpenting bagi menjadi seorang penulis buku kanak-kanak semestinya anda seorang yang sukakan kanak-kanak, suka memerhati tingkahlaku mereka, terhibur dengan telatah mereka, memahami sikap, memahami bagaimana mereka melihat dunia dengan imaginasi mereka,tingkahlaku dan juga tahu apa yang mereka sukakan.




2. Cintakan buku dan dunia penulisan

    Untuk menjadi seorang penulis buku, semuanya bermula dengan minat , Jika kita sukakan buku, selalu menghabiskan masa dengan membaca dan mempunyai habit membaca itu sangat membantu kita untuk menjadi penulis buku yang hebat. Adalah lebih elok jika kita memilikinya dan mempunyai koleksi sendiri, kerana menghasilkan buku kanak-kanak memerlukan pemahaman yang mendalam.



LANGKAH PERTAMA UNTUK MENJADI PENULIS BUKU KANAK-KANAK



1. Sertai bengkel penulisan buku kanak-kanak

    Menulis buku kanak-kanak bukan semudah yang disangka. Ada langkah-langkah yang perlu dilalui sebelum sesebuah buku kanak-kanak diterbitkan. Proses nya agak merumitkan kerana untuk memastikan kualiti dari segi penulisan dan ilustrasinya. Buku kanak-kanak mempunyai konsepnya terrsendiri yang perlu kita pelajari dan ikuti.








2. Mula mengumpul koleksi buku kanak-kanak
    
    Mulakan membaca dan membeli buku kanak-kanak, Buku-buku ini bertindak sebagai rujukan kita dalam proses penghasilan buku kanak-kanak tulisan kita. Jumlah yang paling digalakan untuk seorang penulis buku baca adalah 100 buah buku. Ini penting bagi seseorang penulis buku kanak-kanak memahami tentang konsep buku kanak-kanak yang sebenar dan memghasilkan cerita yang membuatkan kanak-kanak sukakannya.







3. Sertai kumpulan atau komuniti penulis

    Untuk sentiasa bermotivasi dan menambah ilmu tentang penulisan buku kanak-kanak, sertai komuniti penulis. Dengan penyertaan ini kita boleh bertukar-tukar pandangan dan berkongsi ilmu.







 4. Jadikan menulis sebagai habit 

   Sekiranya ingin serius dalam bidang penulisan buku kanak-kanak, jadikan aktiviti menulis sebagai habit. Tulis setiap hari, pastikan kita bawa pen dan note book ke mana sahaja kita pergi kerana idea boleh diperolehi di mana saja, dan kita boleh catatkan sebelum terlupa.






5.Pencarian idea  

 Mulakan langkah dengan pencarian idea, ada banyak cara untuk dapatkan idea penulisan kanak-kanak, antaranya adalah pemerhatian kita pada kanak-kanak kerana mereka lah sumber iham dalam penulisan buku kanak-kanak. Menjadi satu bonus sekiranya kita bekerja di tempat yang dikelilingi kanak-kanak, terutamanya guru tadika atau guru sekolah rendah dan adalah lebih menarik jika kita adalah seorang ibu atau bapa pada kanak-kanak. Dengan pengalaman membesarkan mereka membolehkan kita menghasilkan cerita yang menarik tentang mereka.


   Moga sedikit perkongsian ini bermanfaat. UA akan kongsikan pula proses penghasilan buku kanak-kanak di entri akan datangp pula nnti, insyallah. terima kasih sudi baca dan singgah.




Wednesday, 23 November 2016

Macam mana nak pulihkan diri dari sindrom 'Writer's block'

ummul azkee


TIPS PULIHKAN DIRI DARI SINDROM 'WRITER'S BLOCK'

  




               " Apa nak jadi, apa nak jadi.. sampai sudah tak insaf-insaf lagi... ,".


   Lagu di atas ditujukan buat diri sendiri yang tak insaf lagi. haha.. 22 hari UA tak menulis entri. Rasa teruk nya diri sendiri sebab tak konsisten menulis. Patutnya setiap hari perlu menulis untuk improve diri dalam penulisan, kan? kan?

  Tapi apa boleh buat kan, kadang nak menulis ni perlukan feel dan mood .Kadang-kadang kita yang menulis ini ada idea, tapi apabila nak mulakan satu ayat tiba-tiba kita akan jadi stuck. 
Taip, lepas tu delete, taip dan delete lagi . Lastly, tak jadi teruskan menulis. Pernah kan alami sindrom begini?



google image


APA ITU WRITER'S BLOCK?


 Sebenarnya kan sindrom yang UA alami dan ceritakan di atas ini adalah perkara yang biasa dialami seorang penulis, mahupun seseorang yang bekerja di dalam bidang kreatif seperti bidang seni yang memerlukan idea atau pemikiran kreatif dalam pekerjaan mereka. Sindrom ini dipanggil 'writer's block'.


  Menurut sumber dari google yang UA cari Writer's block adalah satu keadaan di mana kita tak boleh berfikir apa yang ingin ditulis atau tak tahu bagaimana untuk meneruskan penulisan tersebut.


  writer's block
      phrase of writer
  1. 1.
    the condition of being unable to think of what to write or how to proceed with writing.

                                                    
                                                                    sumber dari google




 CARA TERBAIK PULIHKAN SINDROM WRITER'S BLOCK


   Sebenarnya UA mula tahu tentang sindrom Writer's block ini selepas terlibat dalam penulisan buku kanak-kanak. Dan Pak yusof Gajah selalu berkongsi tentang pelbagai ilmu penulisan di laman facebook dia termasuklah tentang sindrom Writer's Block ini.

  Ada banyak cara untuk kita atasi Writer's Block, dan melalui pembacaan UA ada bermacam-macam cara, semuanya mengikut keselesaan diri kita sendiri.

 Jadi, antara cara yang boleh kita lakukan untuk pulihkan sindrom ini adalah  dengan melakukan sesuatu perubahan atau perkara lain selain dari menulis atau pekerjaan harian kita dan juga cara jadikan konsisten dengan penulisan. Antaranya adalah seperti senarai di bawah.





1. Ambil masa dengan keluar berjalan-jalan.
    
    Tinggalkan sebentar workstation kita, keluar dari rumah, pergi berjalan-jalan tenangkan minda, Dengan melihat suasana sesuatu tempat dan gelagat manusia kadangkala menenangkan diri kita. Dan juga boleh menjadi pencetus idea dan inspirasi dalam penulisan kita.





2. Ubah suasana bekerja.

    Kadangkala suasana bekerja di suatu tempat tu buat kita tak boleh berfikir dengan baik, Jadi kalau tiba-tiba kita rasa tak bermotivasi atau stuck . Ubah suasana bekerja, sedikit sebanyak membantu kita untuk hasilkan penulisan yang baik. Kemas atau ubah suasana workstation kita untuk dapatkan suasana baru atau tukar suasana dengan keluar dengan lakukannya di Coffee house seperti Starbuck seperti kebanyakkan penulis dan pelukis lakukan. Contoh ; J.K Rowling hasilkan proses buku Harry Potter di sebuah coffee house. 




3. Mulakan dengan rutin harian


    Mulakan rutin harian yang positif , Tidur awal,bangun awal pagi, nikmati udara pagi bersama minuman coffee yang boleh segarkan badan kita dan mulakan menulis dengan semangat baru setiap hari. Rutin harian yang konsisten boleh menjadi tabiat yang berterusan 



4. Mendengar Muzik


    Mendengar muzik boleh menenangkan kita tapi tengok jugak lah muzik apa yang kita pilih, kalau terlalu membingitkan memang takkan menenangkan bagi UA. Muzik instrumental,jazz atau classic paling sesuai kalau kita mahu tenangkan fikiran atau muzik dengan lirik yang membangkitkan semangat pada kita.




4. Membaca


    Ya,membaca juga boleh pulihkan kita dari sindrom writer's block.Samada bacaan ringan yang kita suka dan buku yang memberi inspirsi seperti buku motivasi,biografi ataupun buku inspirasi kejayaan.




5. Bermain


    Cari satu permainan yang menyeronokkan yang boleh buat kita relax sebentar. Samada permainan pasif seperti lego, puzzle ataupun keluar beriadah bermain badminton atau berlari.




6. Sediakan senarai idea

   Sediakan senarai idea atau tajuk penulisan dalam bentuk point di phone atau nota kecil apabila terlintas di fikiran agar ia idak hilang begitu sahaja.




7. Baca quote yang memberi inspirasi


   baca beberapa quotes yang memberi inspirasi pada diri untuk kita bermula semula dengan penulisan. Satu hari satu quotes untuk diri sendiri pun bagus kalau ia membantu kita ke hadapan dan terus menulis setiap hari
   




8. Hobi

   Cari atau teruskan dengan hobi lain yang kita suka dan ingin lakukan agar kita tidak terlalu tertekan dengan hanya fokus pada satu perkara sahaja.




9. Menonton filem


  Menonton filem ini antara salah satu perkara yang UA suka lakukan bila stuck dalam penulisan atau  tiada idea. Menonton filem tentang true story tentang kepayahan dan  kejayaan seseorang mahupun tentang perjalanan hidup sangat bagi inspirasi dan semangat  pada UA untuk terus kehadapan walaupun apapun rintangan perlu dihadapi.



  Sebenarnya notes ini untuk rujukan UA yang kadangkala hilang arah seketika dan hadapi Writer's block. tapi dengan perkongsian di sini kita boleh sama-sama perbaiki diri. Insyallah. Moga bermanfaat untuk semua.


    





    



    

    



Tuesday, 18 October 2016

Bereksperimen dengan watercolours

ummul azkee

Bereksperimen menggunakan watercolours

   Hai semua, UA nak berkongsi rasa ni.Sebenarnya kan UA rindu nak bereksperimen dengan warna menggunakan watercolours. Life without colours actually so boring..hehe. Sebelum Inktober bermula, UA adalah beranikan diri bereksperimen dan hasilkan lukisan menggunakan watercolours, rasa dah jatuh hati dengan medium ini.

   Buat pengetahuan semua, UA sebenarnya tak berapa mahir gunakan medium ini sebab dulu masa study UA dapat subjek pastel (nanti UA share teknik pastel) sebab dia bahagikan dua kumpulan dan tak boleh pilih, So terlepas lah merebut ilmu tentang watercolours dengan lecturer.

   Memandangkan rasa tak puas hati tengok watercolours artworks, artists lain di Instagram, UA pun ambil inisiatif untuk cari ilmu dan belajar sendiri dengan membeli buku tentang watercolours atau dalam bahasa melayu di sebut cat air. Buku AIR,KERTAS & WARNA,terbitan ITBM. Lama dah beli buku ini dan hadamkan semua ilmu dan tips watercolours ini tapi baru beberapa bulan lepas UA berani bereksperimen.
   


      Sebenarnya watercolours adalah medium paling sesuai kalau kita nak belajar tentang campuran warna dan sesuai sangat untuk aktiviti anak-anak. Bahan penting yang  diperlukan untuk medium ini adalah watercolours, air,berus dan kertas lukisan. Watercolours ni juga mudah di cuci, tidak seperti cat minyak atau arkilik yang mana sifatnya lebih likat.

POKEMON DAN WATERCOLOURS



        Lukisan pertama UA lukis dan warna menggunakan watercolours adalah pikachu. haha..waktu ini tengah kecoh dengan Pokemon go. UA pun lukislah pikachu dan warnakan. Mewarna pikachu ini menggunakan watercolour tak berapa rumit sebab dia flat colour sahaja. UA ada buat video di instagram dan juga Youtube. First time  UA buat video, tak berapa bagus pun,pendek je videonya dan   sampai dua kali buat hehe. Saja mencuba..





TEKNIK MENGGUNAKAN WATERCOLOURS

       Banyak teknik kita boleh praktikkan menggunakan watercolours, lebih-lebih lagi untuk anak-anak sebab tak terlalu rumit dan tak terlalu messy. UA tahu pun melalui pembacaan buku di atas dan juga buku-buku kraf yang UA temui di perpustakaan. Dan salah satu teknik pertama yang UA pernah bersama dengan Adriana adalah artwork di bawah.

       Teknik ini macam Magic la kiranya kalau lakukan bersama kanak-kanak. hehe.. Cuma ada medium tambahan diperlukan iaitu wax crayon. Caranya lukis corak atau tulis font seperti gambar di bawah menggunakan wax crayon, kemudian warnakan menggunakan watercolours. Senangkan? 



  SUMBER INSPIRASI

    Tahu tak siapa sumber inspirasi UA untuk beranikan diri dan bereksperimen dengan watercolours? Adriana. sebab dia tak pernah pun rasa takut ataupun kecewa apabila melukis dan mewarna. Tenang je dia. No tension. Itu lah jadi inspirasi UA. Afrina dulu masa kecil pun begitu, cuma makin besar dia jadi mahukan sesuatu yang perfect dan mudah kecewa dengan hasil lukisan dia, Macam UA. haha.. nak perfect sahaja!






     But UA realise that I can't be perfect but can be better . Jadi UA Seboleh mungkin elakkan stress, sabar dan keep moving. Beranikan diri mencuba dan bereksperimen. 




    Lastly, UA berjaya lah juga mencuba sebaik mungkin bereksperimen menggunakan watercolours, perlahan-lahan dan langkah demi langkah walaupun tak sehebat mana.
 Not perfect, but I finished it. Jadi pada yang ada minat tu jangan takut nak mencuba, its ok kalau pada mulanya tak berapa menjadi, tapi kalau kita terus cuba dan cuba mesti hasilnya pasti takkan mengecewakan. 

Tuesday, 2 August 2016

DIY | tukar jam dinding rosak jadi dekorasi menarik

ummul azkee


 DIY | jam dinding rosak menjadi frame lukisan  yang menarik dan unik


    Sejak ada kesedaran tentang masalah sampah sarap yang semakin serius dlalam masyarkat kita, UA jadi seorang yang berfikir dua kali sebelum membuang sesuatu. Semangat untuk kitar semula dan mencari  idea agar barangan terpakai boleh digunakan semula dan ubahkan ia menjadi lebih cantik dan menarik menjadikan UA pengumpul bahan terbuang seperti kotak terpakai, botok kaca, tin dan barang yang rosak.



   Antara barang yang UA pernah beli dan telah rosak adalah jam dinding. Rasanya ada dua,tiga biji\ jam dinding UA beli semuanya sekejap sahaja boleh digunakan. Selalunya waktu mahu nak buang tu punyalah rasa sayang sampaikan UA decide untuk simpan. Apabila lama belek-belek, fikir dan buat apa, cuba buka akhirnya idea tukar jam dniding pada sesuatu yang boleh digunakan timbul. Jadi UA mulakanlah projek Diy UA.

   Jam ini UA beli di IKEA. Siapa ada jam ni? Kalau ada dan rosak jangan buang, boleh cuba idea diy deko yang UA buat ni. UA dapat idea untuk jadikan jam ini frame sebab dibelakangnya ada penyangkut di dinding,

CARA-CARA TUKAR JAM DINDING YANG ROSAK JADI FRAME LUKISAN 

1. UA mulakan dengan buka bahagian belakang jam dan cuba masukkan papan kek yang telah digunakan.( UA memang simpan papan kek ini,ada banyak UA kumpul)kemudian cuba pasang balik.




2. Selepas UA cuba pasang balik dan gantung dia dalam keadaan baik, UA lukisan bulatan mengikut bentuk frame jam tersebut dan lukis objek yang UA suka di dalam bulatan tersebut.Selepas itu warnakan ia menggunakan warna akrilik. selesai warnakan pasang kembali belakang jam dan gantung sebagai hiasan.



          Selain lukisan, foto pun menarik juga untuk diletakkan sebagai dekorasi di rumah. Sekian itu sahaja perkongsian hobi UA. 

ps ; sebenarnya lukisan tu belum siap, ada beberapa warna habis pula, tapi tak sabar nak tengok hasilnya dan berkongsi di blog. hehe..



Thursday, 28 July 2016

DIY 3D ALPHABET| projek seni untuk anak-anak & juga dekorasi

ummul azkee


        Cuti Sekolah yang lepas,sebelum bulan puasa..UA dan anak-anak ada buat projek diy. Afrina dan Adriana memang suka buat kraf dari barang terbuang, setelah terpengaruh dengan rancangan Art Atacck dan ibu dia pula memang rajin simpan macam-macam sampah di rumah.hehe.

 Kami anak beranak memang selalu tonton rancangan ini, selalu ada rancangan ini di channel Disney. Idea seni dan kraf dalam rancangan ini memang superb. Memang anak-anak kagum dan teruja tengok rancangan ini dan selalu lah dia ajak ibu dia buat kraf macam dalam rancangan itu. Disebabkan tak nak hampakan anak-anak dan mahu mereka ini berseronok, maka cuti sekolah adalah masa yang terbaik untuk jalankan projek ini.

 Ibu bagi lampu hijau saja, terus dua-dua bersorak yeah! haha..Jadi projek DIY kami masa itu adalah buat recycle art berbentuk 3D menggunakan kadbod, kotak terbuang dan surat khabar lama. Tema bagi projek ini adalah alphabet untuk dekorasi di pintu. Memandangkan anak-anak pun nama panggilan bermula dari huruf A , jadi UA pilih huruf A untuk projek ini.



DIY 3D ALPHABET

Bahan-bahan yang diperlukan

kadbod
kotak kecil seperti kotak ubat gigi/sabun
surat khabar lama ( gunting empat segi saiz sederhana)
masking tape
gam
gunting
berus lukisan
warna arcylic

 CARA-CARA DAN LANGKAH MEMBUAT 3D ALPHABET

1.Pilih satu huruuf yang kita mahukan kemudian lukis huruf  yang kita mahukan pada kadbod yang tidak digunakan lagi, seperti kotak pembungkusan yang berwarna coklat.Lukis dua huruf yang sama, dan pastikan kedua-dua huruf itu sama saiz.


2.Kemudian, gunting mengikut bentuk huruf tersebut seperti gambar di atas.

3.Setelah itu lekatkan kotak kecik diantara dua huruf yang di gunting dan lekatkan dengan masking tape. Letakkan dan lekatkan 3 kotak kecil di atas dan dibawah menggunakan masking tape dan pastikan alphabet itu boleh berdiri.



4. Selepas itu bolehlah tutup lubang pada bahagian tepi huruf dengan melekatkan suratkhabar lama menggunakan gam seperti yang Afrina dan Adriana buat di dalam gambar di bawah.





5. Setelah gam kering dan tampalan itu keras dan kukuh bolehlah warnakan dengan warna yang disukai dengan menggunakan warna akrilik.Siap! 

 Jom buat projek seni dari bahan terbuang..sambil berseronok kita boleh jimatkan duit untuk dekorasi dan selamatkan bumi dengan mengurangkan pembuangan sampah. Sampah pun berguna kalau kita kreatif!.. Selamat mencuba!! :)











Thursday, 23 June 2016

Lokasi menarik untuk 'outdoor photography'

ummul azkee

 Menghayati ciptaanNya di Taman Tasik Aman


TAMAN TASIK AMAN, PETALING JAYA


    Berdekatan dengan rumah UA, ada tasik yang sangat cantik dan sangat menarik hati UA. Tasik ini
besar (taklah sebesar tasik shah alam)dan cantik sangat. Selalunya hujung minggu kalau tiada perancangan apa-apa. UA dan suami selalu bawa anak-anak ke sini. Kebiasaan nya hujung minggu pasti ramai orang ke sini, ada yang bawa keluarga, ada juga yang beriadah. Peralatan untuk workout pun ada disediakan.

     Anak-anak suka ke sini sebab ada playground yang agak besar, dan UA suka ke sini sebab ada bermacam jenis bunga dan pokok yang cantik. Selalunya UA leka ambil gambar bunga di sini. hehe.
Gambar dibawah ini adalah antara gambar di Taman Tasik Aman ini. UA gunakan smartphone je, tak ada kamera canggih lagi. heehe.. Ada yang guna Samsung kepunyaan suami sebab gambar cantik jadi cantik dan sharp. 














        Tak ada lah sehebat mana gambar nya. hehe..UA ini amatur lagi, tak ada ilmu fotografi pun,ambil gambar ikut kata hati sahaja. Insyallah nanti ada rezeki nak beli kamera yang bagus dan sertai bengkel fotografi dan tambah ilmu mesti seronok belajar. Belajar selagi kita boleh, usia bukan penghalang kan.Ilmu itu sangat luas kan?

         Entri akan datang UA akan kongsikan lagi keindahan tasik ini secara keseluruhan dan keunikannya sampai ada yang buat weeding photography di tasik ini.Bagi UA capture dulu gambar tasik ini dari angel yang paling menarik ok.

Tuesday, 21 June 2016

Digital Art contest by Printcious | artwork

ummul azkee

Printcious Art Contest 


        Dua bulan lepas printcious.com, online shop yang menjual cenderhati/hadiah telah mengadakan Art Contest dan UA ada sertai. saja mencuba-cuba, tidak lah berharap sangat untuk menang memandangkan UA masih baru dalam dunia lukisan digital ini.Tambahan pula semua pelukis digital yang sertai hebat-hebat belaka, UA picisan sahaja. huhu..

        Lukisan di bawah ini lah yang UA submit untuk art contest tersebut. Biasa-biasa sahaja kan.Tapi insyallah dari hari ke hari UA akan perbaiki untuk jadi lebih baik.







Senarai pemenang Printcious Art Contest






     Sedar tak sedar semasa tengah menulis entri ini, rupanya nama Top 10 winner sudah diumumkan 16hb jun yang lepas. Dan UA tak pun menang. Hehe.. UA tak ada lah sedih sebab tahu banyak mana usaha dan tahu tahap mana skill sendiri. Insyallah akan datang takkan putus asa untuk sertai Art Contest yang lain. Buat pengetahuan semua salah satu cara untuk hasil seni seseorang pelukis mendapat pengiktirafan adalah dengan menyertai pertandingan. Menang adalah satu bonus, kalau kalah itu tak bererti tak berjaya, tapi kesungguhan yang paling dipandang  pada seorang pelukis itu.






Friday, 6 May 2016

Top 20 winners of IKEA Soft Toy Competiton 2015,Tahniah!

ummul azkee


IKEA Soft Toy Competiton 2015, Cuba teka siapa yang menang top 20?


      Selamat malam semua, terasa cepat minggu ini berlalu,jumaat akhirnya. Esok cuti!yeahh!hehe.. Sejak Afrina dan Adriana sekolah tahun ini, bukan Afrina dan Adriana sahaja yang tertunggu-tunggu hari sabtu, ibu pun sama. Nak berehat kononnya..Tahun ini tahun paling mencabar bagi UA dan suami, macam-macam dugaan kami hadapi, terasa lelah tak terkata rasanya. Minggu ini pun dugaan dia maha kuat, Allah sahaja yang tahu, dan UA sedaya upaya bersabar dan positif. Dalam hati berkata-kata 'mungkin ada hikmahnya'. Dan mahu sebolehnya bersangka baik dengan setiap dugaan yang datang.
   
    Dalam keadaan hati gundah gulana dan diselubungi kerisauan hari Isnin yang lalu, tiba-tiba suami bersuara membaca mesej pada phone dia. UA terpinga-pinga, terkejut dan bertanya berkali-kali, betul ke? siapa yang menang? Baru sahaja UA berkata-kata dalam hati, memujuk hati untuk sabar, terus Allah s.wt  bagi  beri gembira ini.




  Rupanya salah seorang gegirl UA menang top 20 dalam IKEA Soft Toy Competition 2015.Ya Allah syukur sangat! Terasa hilang sikit bebanan yang kami tanggung waktu itu. Sungguh UA tak sangka dan rasa tak percaya, waktu itu UA hampir terlupa competition ini dan kami ke sana pada hari terakhir pertandingan itu berlangsung, Semata-mata mahu anak-anak join  competition itu kami ke IKEA. Tak sia-sia kami ke sana.

    



   Jujurnya UA gembira sangat walaupun competition ini untuk kanak-kanak yang mungkin bagi orang lain hanya perkara kecil, bagi UA ini langkah pertama untuk anak-anak lebih berusaha untuk
mencapai apapun yang mereka cita-cita kan. Dan insyallah kami akan raikan kegembiraan ini pada 8may, hari ahad ini bersama-sama. Nak tengok drawing nya dan siapa yang menang? tengoklah gambar dibawah.. 


Fadlyn Afrina!!!! yeah!

Sebenarnya IKEA Soft Toys competition 2015 adalah tahun ke dua diadakan dan terbuka pada semua kanak-kanak seluruh dunia. Dan hanya 20 lukisan dipilih untuk bertanding ke peringkat dunia mewakili negara masing-masing. Dianjurkan IKEA bersama UNICEF sebagai satu kempen bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik akibat daripada peperangan dan kekurangan dari segi pendidikan. Tahun ini ada lagi tau competition ini, jangan lepaskan peluang bagi ya ada anak kecil.

    untuk lebih maklumat tentang kempen flush toys ini boleh klik :


dan untuk maklumat mengenai competition ini boleh klik :

Wednesday, 27 April 2016

Taman Wetland,cipta momen indah bersama!

ummul azkee

Taman Wetland | Lokasi menarik untuk outdoor fotografi


        Seperti yang janjikan, UA ingin kongsikan foto- foto yang UA capture semasa Afrina main bubbles di Taman Wetland yang terletak di Putrajaya, hari yang sama Sport Days Adriana beberapa minggu lalu. UA hanya gunakan smartphone sahaja, al maklum tak ada kamera canggih hehe.. Smartphone pun jadi lah, janji dapat simpan momen indah dengan keluarga itu pun satu kenikmatan pada UA. Insyallah ada rezeki satu hari nanti mahu juga miliki kamera canggih. Amin, moga termakbul sebab UA sangat sukakan fotografi. Fotografi juga merupakan satu cabang seni, ini diakui kerana fotografi termasuk dalam salah satu jurusan Seni lukis dan seni reka di Universiti.

       Betul, semua orang mampu capture gambar menggunakan kamera..tapi merakamkan gambar secara kreatif tak semua orang mampu. setuju tak? Apabila kita memegang kamera, satu perkara yang kita perlu peka adalah sudut maana yang paling menarik untuk kita rakamkan.

       Selain dari itu faktor lokasi dan cahaya sangat memainkan peranan bagi menjadikan sesuatu gambar itu menarik. Teringat dulu UA pernah ikut rakan sebilik yang ambil subjek Fotografi keluar seawal pagi hanya kerana inginkan gmabar yang cantik.Ternyata cahaya matahari sangat menyumbang kepada cantiknya sesuatu gambar itu.

  Terima Kasih Allah, atas cahaya matahari ini yang sangat bermanfaat buat kami.

  "Matahari, Walaupun kadangkala meresahkan, tapi ia dicipta untuk memberi manfaat pada kita,
menjadikan hidup kita bercahaya, terang dari kegelapan dan menjadikan momen indah kita lebih bermakna."

 Selamat menikmati momen indah UA dan suami bersama Afrina, walaupun tak seindah mana.. akan UA simpan kenangan ini hinggan ke akhirnya... 





























































Terima kasih sebab sudi luangkan masa membaca coretan UA... :)


Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib