IKEA FLUSH TOY DRAWING COMPETITION
Ahad lalu UA dan suami bawa anak-anak ke IKEA, bukan untuk shopping perabot atau barangan rumah tapi untuk Afrina dan Adriana menyertai pertandingan melukis. Sebenarnya tahun 2015 adalah tahun kedua Flush toy drawing competition ini diadakan dan merupakan pertandingan melukis sedunia,yang disertai oleh kanak-kanak lain dari seluruh dunia. Baru tahun ini UA tahu adanya pertandingan ini dari adik UA yang terbaca surat dari IKEA FAMILY. Sebenarnya UA hampir terlupa selepas itu buka laman web IKEA ahad hari terakhir maka dengan pantas UA galakan Afrina dan Adriana untuk menyertai. Selepas sahaja UA ceritakan tentang pertandingan ini, mereka berdua sangat teruja dan mula melukis di rumah Flush toy yang mereka impikan.
Ini pertama kali mereka sertai pertandingan melukis. Afrina dan Adriana memang sangat suka melukis, boleh dikatakan setiap hari mereka ini akan melukis. Jadi UA bagi galakan untuk mereka menyertai pertandingan melukis ini.Insyallah selepas ini akan ada pertandingan lagi akan UA sarankan untuk mereka sertai.
KEISTIMEWAAN IKEA FLUSH TOY COMPETITION
Istimewanya pertandingan IKEA flush toy competition ini adalah 20 lukisan flush toy impian yang dilukis akan dipilih dari setiap negara dan dihantar ke Almuhlt ,Sweden yang mana disana produk IKEA dihasilkan dan lukisan-lukisan ini akan diadili oleh panel dari pakar pembuat produk kanak-kanak di sana.
10 pemenang akan dipilih berdasarkan keunikan dan potensi komersial pada awal januari 2016. Dan Flush toy akan dihasilkan dan dilancarkan sebagai koleksi terhad di IKEA.Setiap hasil pembelian flush toy ini, 1 euro akan disalurkan untuk tujuan kebajikan yang dipilih oleh IKEA untuk
membiayai keperluan kanak-kanak yang memerlukan.
Gambar di bawah ini adalah salah seorang pemenang pada tahun 2014 dan tahu tak yang ia adalah hasil lukisan kanak-kanak berusia 5 tahun dari Malaysia bernama Terrance/wan. Comel kan? dan pasti seronok kanak-kanak ini apabila lihat flush toy impiannya jadi kenyataan. UA tunjukkan pada Afrina dan Adriana sebagai pembakar semangat, dan mereka teruja sangat dan terus melukis flush toy impian mereka berdua.
FLUSH TOY IMPIAN AFRINA DAN ADRIANA
Nak tahu apa flush toy impian Adriana? cuba tengok gambar di bawah.. tahu tak apa?hehe..dia lukis arnab dan warna dengan warna kegemaran dia,Pink. Flush toy impian mereka ini harus dinamakan, Maka Adriana namakannya Mimi.hehe..
Dan Afrina pula lukis kucing, yang dinamakan Rosie, hihi..mula-mula dia nak warna kan warna kegemaran dia ungu,tapi ungu tak ada jadi dia pilih pink dan merah. hehe..lukisan yang sudah siap tak sempat ambil gambar sebab Afrina dan Adriana hilang fokus lepas tengok badut buat belon.Haha.
Selasai sahaja melukis,UA tuliskan maklumat pada lukisan Afrina dan Adriana dan mereka pun dapat diploma di bawah ini sebagai bukti menyertai IKEA flush toy drawing competition.
HADIAH JIKA MENANG FLUSH TOY DRAWING COMPETITION
- sijil penyertaan "diploma"
- 1 pemenang dari malaysia akan memenangi sebuah trofi dari sweden
- 10 pemenang antarabagsa akan menerima flush toy sebenar dari hasil lukisan mereka yang
dihasilkan dan terdapat di Sweden.
Tengok tu, belon pun pink ..Heart lagi tu.hihi.. lepas dapat belon ibu belanja makan aiskrim.sempat ambil gambar Adriana sahaja sebab di makan lambat habis, Afrina laju makan nya.ibu tak habis lagi makan dia dah habis.Ya,ibu pun makan aiskrim juga.hehe..
Senyum sampai ke telinga dapat makan aiskirm Adriana ni. Suka lah kan!hehe..
Buat pengetahuan semua pertandingan ini sudah tamat penyertaannya, hari ahad 22november itu hari akhir penyertaan.Almaklum UA pun lupa,nasib sempat ke sana,tapi jangan risau tahun depan ada lagi.Siapkan anak dengan melatih mereka melukis dan berimaginasi ya!Pertandingan ini hanya untuk kanak-kanak bawah 12 tahun sahaja..untuk maklumat lanjut bolehlah layari laman web IKEA di http://www.ikea.com/my/en/