Tips Mulakan Hari dengan dengan Positif
Selamat pagi semua!Harap semua ceria dan bersemangat di pagi Isnin ini.Disebabkan hari Isnin selalu dianggap permulaan hari bagi kebanyakkan orang,jadi UA mahukan kongsikan tips bagaimana mahu menjadikan kita bersemangat dan mulakan hari dengan positif.Mungkin selepas ini kita boleh amalkan,insyallah setiap pagi kita akan dimulakan dengan penuh positif,dan hari-hari yang kita lalui akan berkualiti dengan pelbagai perkara bermanfaat.
1.Rancang kerja dan catat perkara yang mahu dilakukan malam sebelum masuk tidur.
2.Tidur awal,seawal 10 atau 11 malam.Ini untuk memastikan kita tidak mengantuk di pagi hari.
3.Bangun sebelum subuh dan mandi,badan yang segar menjadikan kita terasa segar dan bersemangat,
4.Mulakan hari dengan solat,mengaji dan doa agar segala yang dirancang dan dilakukan pada hari itu berjalan dengan lancar.
5.Lakukan senaman ringan setiap setiap pagi,agar tubuh kita rasa lebih sihat.
6.Jangan tinggalkan sarapan,sarapan penting untuk berikan tenaga di permulaan hari.Sebelum memulakan setiap pekerjaaan,minum secawan air kopi atau teh panas.pasti kita rasa lebih nyaman.
7.Mulakan kerja yang di rancang awal pagi,suasana yang tenang,sunyi dan nyaman di pagi hari memberikan aura dan semangat pada kita.Diwaktu ini juga minda kita lebih tenang.
8.Elakkan perasaan marah di waktu pagi,jika rasa begitu tenangkan diri dengan mendengar radio atau lagu-lagu yang menceriakan.Perasaan marah boleh membuatkan diri kita kurang produktif melakukan setiap kerja.
9.Fikirkan perkara yang positif setiap hari.Fikiran yang negatif dan perasaan sangka buruk boleh membuatkan mood bekerja kita tidak begitu baik.
9.Fikirkan perkara yang positif setiap hari.Fikiran yang negatif dan perasaan sangka buruk boleh membuatkan mood bekerja kita tidak begitu baik.
Itu antara tips yang UA fikirkan baik untuk diamalkan yang telah UA cuba amalkan kan setiap hari ,walaupun kadang-kadang terlepas juga mahu lakukan.Namun sekiranya kita cuba sedaya upaya untuk buat insyallah ia akan jadi rutin harian berkualiti dan positif.
.
haha baru follow ke #100..ingat dah follow semua dah..sbb dh follow atau tak mmg dia tak keluar pon nama..ya mapunnn www.irrayyan.com
ReplyDeletetertunggu2 siapalah yang follower ke-100.. rupanya mummy irra..hahahhaa
ReplyDeleteGood Morning UA...
ReplyDeleteMorning mummy julia.. :)
DeleteTq UA for the tips. Mcm saya suka bangun awal , memang best sebab byk benda utk diri sendiri dpt dibuat pd waktu pagi. quran, blogging and exercise pun selalu dpt buat pagi2. tapi tulah, sometimes sy susah nak control marah bila anak and kadang2 suami tu susah nak kejut pagi2. kalau marah, memang ruin the mood for the whole day. sabar je lah. semoga diberi kekuatan.
ReplyDeleteDugaan jdi ibu..gitu la..kdg ua pun gitu juga..
Delete