RESEPI MUDAH | IKAN BILIS GORENG KANTAN
Lama rasanya tak kongsi pasal resepi mudah yang UA suka dan selalu masak di rumah. Tapi resepi kali ini sebenarnya sudah lama UA tak makan. Apabila hari-hari masak, UA kadang rasa jemu masak lauk yang sama, tiba-tiba dua tiga hari lepas terfikir resepi mudah ini. Resepi ikan bilis goreng kantan ini UA mula-mula makan waktu umi masak dulu. Lama tak makan masakan umi,tiba-tiba terimbau pula umi selalu masak resepi ikan bilis goreng kantan ini. Jadi dapat idea masakan yang berbeza dari selalu.
Resepi ini mudah sangat tau!Bolehlah cuba untuk kelainan masakan di rumah.UA suka sangat lauk ringkas ini sebab ada bunga kantan.UA suka sangat bunga kantan. Selalu umi masak asam pedas pun letak bunga kantan. UA siap makan lagi,memang sedap. Rasa pelik?tak cuba tak tahu lah..
Sebenarnya tak tahu nama resepi ini apa.Tanya umi,dia pun tak tahu.hihihi..sebab resepi ini umi dapat dari kawan dia. Jom terjah macam mana nak masak. Resepi ini mudah dan boleh dicuba untuk mereka yang baru mahu belajar masak.
RESEPI MUDAH | IKAN BILIS GORENG KANTAN
BAHAN-BAHAN
1 Biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4 biji cili padi
1 batang bunga kantan.
Segenggam ikan bilis
Segenggam ikan bilis
1. Goreng ikan bilis hingga garing.
2. Hiris kesemua bahan di atas.
3. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.Kacau hingga garing dan lembut.
4. Kemudian masukkan hirisan bunga kantan dan cili padi,dan kacau rata.
5. Akhir sekali,tutup api dan masukkan ikan bilis.Siap!
Mudah kan? Cubalah. Pasti tak mengecewakan! mesti makan bertambah-tambah punyalah walaupun dengan nasi kosong.Selalu nya UA makan dengan kicap dan lauk ini sahaja.Memang menyelerakan!
saje jer bagi akak terliur ni....sabar je la...
ReplyDeleteHehe...akk terliur eh...nnti boleh cuba resepi ni..
DeleteMemang rasa kantan ni agak pelik, bau dia pun sama..tapi bila dimasukkan dlm masakan tertentu rasnya lg sedap, dan patut jugak org jual agak mahal harganya.
ReplyDeletePcl xsuka eh? Ummul suka bau dan rasa dia..bunga kantan mmg penyedap masakan..
Deletegoreng dengan kantan? ... ermm sebut kantan jer dah terasa wangi :)
ReplyDeleteAah goreng skli..sedap!dan wangi...
DeleteSimple! Tapi awat tgk sedap sgt ni.. Terliuq..
ReplyDeleteMemang sedap sgt pun.hihihi...cubalah mummy julia..mana tahu tersuka.huhu..
DeleteMula dulu tak suka cium kantan nie....
ReplyDeleteLepas cuba makan asam pedas...try makan daun tu sekali...
Sedap kan..boleh cuma menu nie
makan dengan bubur panas2 mmg sedap nih.. :)
ReplyDeleteSelalu jugak mak masak ikan bilis macam ni. Tapi tak letak bunga kantan lah. Rasanya kalau tambah bunga kantan mest jadi lagi wangi kan? Best nya ! Risau pulak nak buat menu ni, dah la ai tengah diet. T_T
ReplyDeleteAssalamualaikum kak.... Br ni try hari ni.sambal ikan bilis kantan.... In shaa Allah.... Terima kasih kongsi resepi
ReplyDelete