Simpan kenangan dengan menulis buku
Teringat waktu zaman belajar,sanggup pinjam buku tebal-tebal dan pikul buku banyak-banyak walaupun kolej nuh jauh berkilo meter.hihi..
Apabila membaca isi kandungan sesuatu buku dan tertarik dengan kulit buku yang kreatif, Ua rasa kagum dengan mereka yang terlibat dalam dunia penulisan dan penerbitan buku. Selalu terdetik di hati "bagaimana ya proses menghasilkan sesuatu buku?". Bagaimana ya mahu menulis buku?". Perasaan ingin tahu tu dari hari ke sehari makin membuak-buak gitu.
Semenjak ada anak, setiap bulan pasti Ua akan belikan buku cerita untuk anak-anak. Pantang ada jualan buku, pasti Ua tak ketinggalan untuk membeli sehinggakan kini banyak juga koleksi buku kanak-kanak di rumah ini. Ada lebih dari 50 buah.
Melihatkan buku bergambar kanak-kanak yang berwarna warni dan ilustrasi yang comel keinginan menulis dan melukis ilustrasi buku kanak-kanak datang tanpa disedari. Ada sesuatu yang terdapat dalam buku itu yang membuatkan Ua terfikir untuk menghasilkan buku kanak-kanak hasil buah tangan sendiri. Tahu apa dia?Cuba lihat gambar di bawah...
Kebanyakkan buku bergambar keluaran luar negara di muka surat hadapan pasti akan ada tulis tulisan pada siapa buku ini didedikasikan. Melalui mesej di atas Ua ketahui yang kebanyakkan penulis menulis buku-buku bergambar kanak-kanak ini sebagai tanda kasih dan ingatan mereka pada yang tersayang. Sememangnya sesuatu perkara yang sangat sweet untuk dilakukan kerana bukan mudah nak menghasilkan sesuatu buku walaupun buku cerita kanak-kanak.
Jadi Ua pun simpan hasrat yang sama. Mahu hasilkan buku untuk didedikasikan pada insan tersayang dalam hidup Ua..
Buat masa ini teringin mahu hasilkan buku untuk didedikasikan pada Afrina dan Adriana sebagai tanda sayang Ua pada mereka berdua. Ua tahu pasti tak mudah nak capai hasrat ini. Doakan ya moga-moga impian Ua yang satu ini tercapai.
Ada sesiapa yang mahu lakukan perkara ya sama tak? Kalau ada yang mempunyai hasrat begitu tak mustahil tau! Kita boleh hasilkan buku buah tangan kita sendiri asalkan kita ada niat dan usaha. Nanti di entri akan datang Ua kongsikan cara dan langkah-langkah menghasilkan buku bergambar kanak-kanak yang Ua pelajari dari sifu Ua, Yusof Gajah.
UA, saya suka beli buku jugak. And currently pendatang tetap public library - every 3 weeks pinjam 6 buku (wpun tak semua baca habis lol) and yes, teringin jugak nak tulis buku untuk anak2. nak tulis harapan2, perasaan2 yg kita rasa kat mereka sekarang for us to refelct bila dah tua/dewasa nanti.
ReplyDeletebuku kanak2 mcm tak reti sgt, but UA dah bg saya idea! tq. actually kami selalu spend time lukis sambil cerita2 every night as part of our homeschooling activity. might as well keep all the silly stories and compile them - make a book kann
Kita sama..hehe..saya pun setiap dua minggu pergi library n pinjam buku..
DeleteNnti saya share psl cara menulis buku kanak-kanaj k..inspirasi kadang2 boleh kita dpt dr anak2 kita juga..
Semoga tercapai hasrat kak ummul :)
ReplyDeleteTq nani..
DeleteInsyaAllah moga-moga impian Ua tercapai. Aamin.
ReplyDeleteInsyallah..amin
DeleteInsyaAllah moga-moga impian Ua tercapai. Aamin.
ReplyDeleteWaktu belajaq dulu mummy pernah buat buku kanak-kanak sbg assignment.. dari cover design sampai la story line.. Syokk oo... tp la ni tak dan nak wat semua tu.. mummy wat blog je dedicated tuk hero2.. :D
ReplyDeletemummy xnak buat blog mummy tu jdkan buku keeew ;p
DeleteWah..buat assigmnt?msti byk ilmu psl buku kanak2 ni
Deletewak dh bukukan blog., hehe2 buat kenangan jer
ReplyDeletePrint sendiri eh...
DeleteSuka dengan penulisan entry akak ni... !! saya harap dapat belajar sesuatu daripada blog akak. Saya masih baru di dunia blog
ReplyDeleteTq..insyallah.akk pun masih bru juga..sama2 kita belajar ya. . :)
Delete