FESTIVAL SASTERA KANAK-KANAK 2015
![]() |
google image |
Siapa tahu tentang festival Sastera kanak-kanak ?Kalau tak tahu..UA mahu ceritakan serba sedikit tentang festival tahunan ini. UA pun baru sahaja tahu tentang festival ini tahun lepas.Bagus tau
festival ini, sesuai untuk dikunjungi keluarga yang mempunyai anak-anak, banyak ilmu boleh kita perolehi di sini.
Sebelum bercerita lebih lanjut UA , sebenarnya Festival Sastera Kanak-kanak atau FSK ini dianjurkan oleh Kota Buku dengan kerjasama kementerian pendidikan, Petrosains,juga agensi kerajaan dan organisasi swasta. Tujuan Festival ini diadakan adalah untuk mengetengahkan sastera kanak-kanak dan memupuk budaya membaca di kalangan kanak-kanak.
Festival Sastera kanak-kanak ini akan bermula esok ,29 Oktober 2015 sehingga hujung minggu ini,1 November 2015 bertempat di Dataran Underground, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Tema bagi festival Sastera Kanak-kanak pada tahun ini adalah "One World, Many Stories".
Seronok tau festival ini, ada macam-macam aktiviti untuk kanak-kanak dan juga seminar untuk ibubapa mendalami dunia sastera kanak-kanak .Ilmu ini berguna untuk ibubapa menambah ilmu tentang dunia buku kanak-kanak dan kepentingan nya pada anak-anak mereka.
Berikut adalah jadual seminar dan bengkel yang akan dijalankan sepanjang festival ini.
JADUAL PENUH AKTIVITI FESTIVAL SASTERA KANAK-KANAK 2015
![]() |
dari laman web fsk |
Jom ke sana.UA insyallah akan bawa anak-anak menyertai aktiviti menarik di sana hujung minggu ini.Mesti mereka seronok...
Untuk maklumat lanjut bolehlah bolehlah kunjungi laman web Festival Sastera Kanak-kanak di www.fsk.my atau hubungi no.yang terdapat di gambar.
Macam ohsem je tapi this week dah ada plan pulak. Camne ni, nnt UA buat liputan ye. Hehe
ReplyDeleteala..sorry aishah.lambat buat entri ini..mood tak dtg nak menulis.tadi baru perasan esok start.hmmm..thn lps pun saya tak dpt join.thn ni insyallah hari ahad je boleh pergi.insyallah tahun dpn nak juga pergi hari2 dgr seminar dia.
Deletemesti happy anak2 ni UA
ReplyDeletetu la kak noor,moga2 diorang happy ...ibu pun happy juga boleh tambah ilmu.insyallah..
DeleteKak UA.. dekat tak tempatnya dengan JUNCTION WALK?
ReplyDeleteerm..xsure la along..xpnh pergi..dia dkt bangunan sultan abdul samad tu rasanya..
ReplyDeleteSeronoknya. Zmn sekolah dlu minat sgt dgn sastera
ReplyDeletemenarik aktiviti ni utk kanak2 kann., ;p
ReplyDeleteYa mapunnnnnnnn. Follower #100 Pengetua Mommy Irra rupenye. Haha :p
ReplyDeleteCheck jap kita follower no. brape..
hai...yaya datang dari Jom Kita Sembang Bersama 35 Blogger...salam perkenalan dari Yaya Cendana :)
ReplyDeletemohon komen murni di
http://www.yayacendana.com/2015/10/asean-musical-extravaganza-2015-matic.html#comment-form
terima kasih ^_^
Ala weekend ni macam busy je... Xdan nak join.. Kalo tak mesti hero2 enjoy! Takpa. Nanti share story ea UA..
ReplyDeleteGreat post dear! Have a nice weekend:)
ReplyDeleteirenethayer.com