Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Friday, 30 October 2015

Anugerah FSK | Tahniah kak Emila Yusof !

ummul azkee


SIAPA EMILA YUSOF ?



  UA pasti mesti ramai yang masih tak mengenali siapa Emila yusof kan, buat pengetahuan semua kak Emila yusof ini penulis buku dan ilustrator buku kanak-kanak di Malaysia yang makin dikenali di malaysia.Beliau telah meghasilkan lebih dari 50 buah buku kanak-kanak dan aktif meluaskan pasaran buku nya di luar negara. UA amat kagumi bakat serta perjuangan kak Emila meluaskan bakat melukisnya dalam bidang penulisan buku kanak-kanak.

  Semalam bermulanya Festival Sastera kanak-kanak 2015, dan satu Anugerah telah diadakan bagi menghargai mereka yang terlibat dalam bidang penulisan dan ilustrasi buku kanak-kanak dan ia telah disampaikan pada majlis perasmian Festival Sastera Kanak-kanak semalam.Antara yang menerima Anugerah festival sastera kanak-kanak 2015 adalah kak Emila Yusof.

Antara Anugerah Festival Sastera Kanak-kanak 2015 yang dimenangi oleh kak Emila Yusof adalah..


 PEMENANG PERTAMA : kategori Buku Awal Kanak-Kanak Terbaik 

                                 Karya : My Father's Farm



 PEMENANG KETIGA : kategori Buku Awal Kanak-Kanak Terbaik 

                              Karya  :  My Mother's Kitchen



PEMENANG PERTAMA : kategori Buku Bergambar Kanak-Kanak Terbaik

                                  Karya : Lagendary Princesses of Malaysia


 Buku kak Emila Yusof  yang bertajuk My Father's Farm juga terpilih dalam kategori Buku Pilihan Ibubapa.

  Kak Emila terpilih sebagai Ilustrator Buku Kanak-kanak Terbaik bagi Anugerah Festival Sastera Buku Kanak-Kanak 2015.Tahniah kak Emila yusof !Semoga menjadi sumber inspirasi pada kanak-kanak dan pada mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan serta ilustrasi buku kanak-kanak seperti UA.Moga terus Sukses!!!

 Pada yang ingin mengenali kak Emila dan melihat karya beliau boleh lah ikuti instagram kak emila di @emilayusof atau boleh kunjungi blog kak Emila di Emilatopia





    
   

Thursday, 29 October 2015

Apabila iman senipis kulit bawang

ummul azkee

APABILA IMAN SENIPIS KULIT BAWANG

google image

   Baru dua,tiga hari lepas kita dikejutkan dengan penemuan gadis berumur 17tahun yang dikelar , menurut  maklumat dari berita, motif pembunuhan adalah kerana perasaan cemburu seorang lelaki apabila gadis tersebut berkawan dengan lelaki lain. Apa hubungan antara suspek dan gadis tersebut pun tidak diketahui.

   Semalam, sekali lagi kita dikejutkan dengan penemuan bayi baru lahir yang di temui di dalam mesin basuh dipercayai ditinggalkan oleh ibunya secara sembunyi. Jika seorang ibu sanggup meninggalkan anaknya , besar kemungkinan ia dilakukan kerana ingin menyembunyikan kelahiran bayi tersebut.

   Di zaman moden dan teknologi kini yang dianggap bertamadun dan maju masih terdapat masalah sosial begini berlaku, malahan lebih teruk dan berleluasa. Kita boleh lihat bagaimana begitu mudah satu-satu tindakan itu dilakukan oleh kerana nafsu amarah, cemburu ,malu atau terdesak tanpa memikirkan impaknya di masa hadapan. Mengapa ya semua ini terjadi? Ada orang kata kerana kurang didikan agama, ada juga kata kerana teknologi yang makin mudah diakses menyebabkan ramai yang terpengaruh dengan sesuatu tindakan yang salah.

   Walauapapun apa orang kata, bukan masalah itu yang patutnya kita fokuskan tapi apa tindakan sewajarnya kita lakukan untuk membendung masalah ini dari berleluasa. Ya,mungkin ada yang kata kita sudah diakhir zaman tapi sebagai manusia yang prihatin rasanya kita memikirkan semula mengapa semua ini terjadi.

  Semuanya kerana iman, iman yang menipis senipis kulit bawang. Ramai yang mementingkan pemakanan yang sihat untuk anak-anak, sekolah yang bagus,tempat tinggal yang selesa,tapi ramai yang lupa makanan rohani juga penting untuk pembentukkan sahsiah. Mungkin akan ada yang kata, nak kata tak bagi didikan agama, kita hantar sekolah agama,belajar tentang halal haram, tetapi terjadi juga masalah ini.

  Tindakan menghantar anak sekolah agama, belajar selok belok agama itu memang tindakan yang wajar dan betul,Cumanya lumrah kita sebagai manusia memang kadangkala akan lalai.


MAKANAN ROHANI


   Hati manusia sememangnya sentiasa  perlukan makanan harian agar kita tidak lapar dan kebuluran. Cuba kita fikirkan kalau kita tengok mereka yang kebuluran di negara yang susah.Apa pun mereka sanggup makan,asalkan perut terisi.Begitu lah juga hati, hati kita ini perlu sentiasa diisi dengan makanan rohani agar kita masih boleh menentukan tindakan kita,samada betul atau tidak, halal atau haram.Makanan rohani ini penting agar kita sedar segala tindakan yang kita dan dapat mengelakkan kita dari bertindak di luar batas kemanusiaan.

  Tapi bagaimana mahu dapatkan makanan rohani ini?Ada banyak cara untuk kita dapatkan makanan ini,paling mudah adalah melalui pembacaan, sebulan sekali selain bacaan kesukaan,pastikan kita beli buku tentang kerohanian, untuk anak,carilah bahan bacaan berbentuk keagamaan,sekarang terdapat banyak bahan bacaan sebegini untuk anak-anak. Sentiasa dedahkan mereka pada pembacaan sebegini agar mereka sentiasa ingat tanggugjawab mereka sebagai seorang muslim.

  Selain itu luangkan masa kita untuk mendengar syarahan atau ceramah agama di masjid atau surau, bawa anak-anak agar mereka dapat mendengar sekali. Di rumah wujudkan suasana yang baik dengan pembacaan a-quran bersama-sama,solat berjemaah. Rumah yang selalu dibacakan dengan ayat-ayat al-quran akan menenangkan hati penghuninya.

  Elakkan dari tontonan cerita yang bertentangan dengan ajaran islam kerana anak-anak paling banyak belajar dari apa yang dilihatnya. Jika tidak dapat dielakkan,pastikan tontonan itu di bawah pengawasan kita,terangkan pada mereka mengapa kita tidak boleh mengikut sesuatu tindakan yang bertentangan. Jika anak bertanya tentang sesuatu kekeliruan, jawab dengan jujur walapun mungkin mereka tidak faham.

  Bagi anak remaja, jadikan lah mereka seperti sahabat kita,sesekali berborak dengan mereka, berbincang dan layan mereka seperti orang dewasa. Hormati mereka, tanyakan pendapat mereka sebelum mengambil sebarang keputusan mengenai jalan hidup mereka. Jangan berkuasa vato pada mereka kerana remaja lebih cenderung memberontak apabila dipaksa dan menjauhkan diri sekiranya mereka diprotes.Ambil tahu tentang aktiviti seharian mereka, sekali sekala keluar berhibur dengan mereka agar mereka rasa disayangi dan rasa dihargai oleh ibubapa. Wujudkan hubungan yang rapat antara ahli keluarga agar mereka tidak berasa sunyi dan bertindakan mencari hiburan di luar.

  Moga sedikit sebanyak coretan UA panjang lebar ini boleh membantu kita sama-sama menyelesaikan permasalahan sosial yang berleluasa kini.Kalau rasa ada nak tambah boleh je komen ya.

  


   

Wednesday, 28 October 2015

Festival Sastera Kanak-kanak 2015 - Untuk kanak-kanak & Ibubapa

ummul azkee

FESTIVAL SASTERA KANAK-KANAK 2015


google image



   Siapa tahu tentang festival Sastera kanak-kanak ?Kalau tak tahu..UA mahu ceritakan serba sedikit tentang festival tahunan ini. UA pun baru sahaja tahu tentang festival ini tahun lepas.Bagus tau
festival ini, sesuai untuk dikunjungi keluarga yang mempunyai anak-anak, banyak ilmu boleh kita perolehi di sini.

  Sebelum bercerita lebih lanjut UA , sebenarnya Festival Sastera Kanak-kanak atau FSK ini dianjurkan oleh Kota Buku dengan kerjasama kementerian pendidikan, Petrosains,juga agensi kerajaan dan organisasi swasta. Tujuan Festival ini diadakan adalah untuk mengetengahkan sastera kanak-kanak dan memupuk budaya membaca di kalangan kanak-kanak.

   Festival Sastera kanak-kanak ini akan bermula esok ,29 Oktober 2015 sehingga hujung minggu ini,1 November 2015 bertempat di Dataran Underground, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Tema bagi festival Sastera Kanak-kanak pada tahun ini adalah "One World, Many Stories".

  Seronok tau festival ini, ada macam-macam aktiviti untuk kanak-kanak dan juga seminar untuk ibubapa mendalami dunia sastera kanak-kanak .Ilmu ini berguna untuk ibubapa menambah ilmu tentang dunia buku kanak-kanak dan kepentingan nya pada anak-anak mereka. 


 Berikut adalah jadual seminar dan bengkel yang akan dijalankan sepanjang festival ini.



    JADUAL PENUH AKTIVITI FESTIVAL SASTERA KANAK-KANAK 2015


dari laman web fsk

  
  Jom ke sana.UA insyallah akan bawa anak-anak menyertai aktiviti menarik di sana hujung minggu ini.Mesti mereka seronok...


 Untuk maklumat lanjut bolehlah  bolehlah kunjungi laman web Festival Sastera Kanak-kanak di www.fsk.my atau hubungi no.yang terdapat di gambar.





Tuesday, 27 October 2015

Resepi mudah | ikan bilis goreng kantan

ummul azkee


RESEPI MUDAH | IKAN BILIS GORENG KANTAN




  Lama rasanya tak kongsi pasal resepi mudah yang UA suka dan selalu masak di rumah. Tapi resepi kali ini sebenarnya sudah lama UA tak makan. Apabila hari-hari masak, UA kadang rasa jemu masak lauk yang sama, tiba-tiba dua tiga hari lepas terfikir resepi mudah ini. Resepi ikan bilis goreng kantan ini UA mula-mula makan waktu umi masak dulu. Lama tak makan masakan umi,tiba-tiba terimbau pula umi selalu masak resepi ikan bilis goreng kantan ini. Jadi dapat idea masakan yang berbeza dari selalu.

   Resepi ini mudah sangat tau!Bolehlah cuba untuk kelainan masakan di rumah.UA suka sangat lauk ringkas ini sebab ada bunga kantan.UA suka sangat bunga kantan. Selalu umi masak asam pedas pun letak bunga kantan. UA siap makan lagi,memang sedap. Rasa pelik?tak cuba tak tahu lah..

   Sebenarnya tak tahu nama resepi ini apa.Tanya umi,dia pun tak tahu.hihihi..sebab resepi ini umi dapat dari kawan dia. Jom terjah macam mana nak masak. Resepi ini mudah dan boleh dicuba untuk mereka yang baru mahu belajar masak.


RESEPI MUDAH | IKAN BILIS GORENG KANTAN


BAHAN-BAHAN

1 Biji bawang merah 
2 ulas bawang putih
4 biji cili padi
1 batang bunga kantan.
Segenggam ikan bilis

1. Goreng ikan bilis hingga garing.

2. Hiris kesemua bahan di atas.

3. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.Kacau hingga garing dan lembut.

4. Kemudian masukkan hirisan bunga kantan dan cili padi,dan kacau rata.

5. Akhir sekali,tutup api dan masukkan ikan bilis.Siap!


   Mudah kan? Cubalah. Pasti tak mengecewakan! mesti makan bertambah-tambah punyalah walaupun dengan nasi kosong.Selalu nya UA makan dengan kicap dan lauk ini sahaja.Memang menyelerakan!  






Tunggu punya tunggu,rupa-rupanya...

ummul azkee


MENUNGGUMU


google image

   UA pasti antara perkara yang selalu diperhatikan blogger di luar sana dalam blog mereka adalah jumlah followers. Kan?kan? Berapa ramai followers dan ada penambahan tak dari hari ke hari..lagi-lagi kalau sudah hampir ke angka genap seperti 100,200 ke 300. Betul tak? Tolong jangan nafikan ya. huhu..

   Seperti UA juga memang selalu perhati siapa followers terbaru, kalau ada UA akan blogwalking ke blog mereka dan follow back. Jadi, followers UA makin bertambah dari hari ke hari sehingga mencecah ke angka 100, lama juga mahu dapatkan 100 followers ini. Mahu ke angka ke-100 ini makan berbulan juga, hingga tertanya-tanya siapalah followers ke-100 ini

  Tunggu punya tunggu,akhirnya semalam UA perolehi followers ke-100.Nak tahu siapa?tu.. cuba baca komen di gambar di bawah..





  Rupa-rupanya Mummy irra,hehehe..Ingatkan siapa lah followers ke-100.Punyalah rasa misteri.kihkih..Selepas ini tertunggu-tunggu followers ke-200 pula.hihi..Tak tahu lah bilanya :P



Monday, 26 October 2015

Tips Mulakan Hari dengan dengan Positif

ummul azkee


 Tips Mulakan Hari dengan dengan Positif




     Selamat pagi semua!Harap semua ceria dan bersemangat di pagi Isnin ini.Disebabkan hari Isnin selalu dianggap permulaan hari bagi kebanyakkan orang,jadi UA mahukan kongsikan tips bagaimana mahu menjadikan kita bersemangat dan mulakan hari dengan positif.Mungkin selepas ini kita boleh amalkan,insyallah setiap pagi kita akan dimulakan dengan penuh positif,dan hari-hari yang kita lalui akan berkualiti dengan pelbagai perkara bermanfaat.

1.Rancang kerja dan catat perkara yang mahu dilakukan malam sebelum masuk tidur.

2.Tidur awal,seawal 10 atau 11 malam.Ini untuk memastikan kita tidak mengantuk di pagi hari.

3.Bangun sebelum subuh dan mandi,badan yang segar menjadikan kita terasa segar dan bersemangat,

4.Mulakan hari dengan solat,mengaji dan doa agar segala yang dirancang dan dilakukan pada hari itu berjalan dengan lancar.

5.Lakukan senaman ringan setiap setiap pagi,agar tubuh kita rasa lebih sihat.

6.Jangan tinggalkan sarapan,sarapan penting untuk berikan tenaga di permulaan hari.Sebelum memulakan setiap pekerjaaan,minum secawan air kopi atau teh panas.pasti kita rasa lebih nyaman.

7.Mulakan kerja yang di rancang awal pagi,suasana yang tenang,sunyi dan nyaman di pagi hari memberikan aura dan semangat pada kita.Diwaktu ini juga minda kita lebih tenang.

8.Elakkan perasaan marah di waktu pagi,jika rasa begitu tenangkan diri dengan mendengar radio atau lagu-lagu yang menceriakan.Perasaan marah boleh membuatkan diri kita kurang produktif melakukan setiap kerja.

9.Fikirkan perkara yang positif setiap hari.Fikiran yang negatif dan perasaan sangka buruk boleh membuatkan mood bekerja kita tidak begitu baik.


  Itu antara tips yang UA fikirkan baik untuk diamalkan yang telah UA cuba amalkan kan setiap hari ,walaupun  kadang-kadang terlepas juga mahu lakukan.Namun sekiranya kita cuba sedaya upaya untuk buat insyallah ia akan jadi rutin harian berkualiti dan positif.



.

Thursday, 22 October 2015

Menulis buku untuk yang tersayang?

ummul azkee

Simpan kenangan dengan menulis buku



  Buku! Siapa yang suka baca buku? Sila angkat tangan!hehe.. Ua sememangnya pencinta buku. Dari zaman belajar hingga kini kalau nampak buku feel dia memang lain. Sanggup tak makan asalkan dapat beli buku. Kalau pergi kedai buku jangan cakaplah, rasa nak borong semua. huhu..
  Teringat waktu zaman belajar,sanggup pinjam buku tebal-tebal dan pikul buku banyak-banyak walaupun kolej nuh jauh berkilo meter.hihi..

   Apabila membaca isi kandungan sesuatu buku dan tertarik dengan kulit buku yang kreatif, Ua rasa kagum dengan mereka yang terlibat dalam dunia penulisan dan penerbitan buku. Selalu terdetik di hati "bagaimana ya proses menghasilkan sesuatu buku?". Bagaimana ya mahu menulis buku?". Perasaan ingin tahu tu dari hari ke sehari makin membuak-buak gitu.


 Semenjak ada anak, setiap bulan pasti Ua akan belikan buku cerita untuk anak-anak. Pantang ada jualan buku, pasti Ua tak ketinggalan untuk membeli sehinggakan kini banyak juga koleksi buku kanak-kanak di rumah ini. Ada lebih dari 50 buah.

  Melihatkan buku bergambar kanak-kanak yang berwarna warni dan ilustrasi yang comel keinginan menulis dan melukis ilustrasi buku kanak-kanak datang tanpa disedari. Ada sesuatu yang terdapat dalam buku itu yang membuatkan Ua terfikir untuk menghasilkan buku kanak-kanak hasil buah tangan sendiri. Tahu apa dia?Cuba lihat gambar di bawah...



    Kebanyakkan buku bergambar keluaran luar negara di muka surat hadapan pasti akan ada tulis tulisan pada siapa buku ini didedikasikan. Melalui mesej di atas Ua ketahui yang kebanyakkan penulis menulis buku-buku bergambar kanak-kanak ini sebagai tanda kasih dan ingatan mereka pada yang tersayang. Sememangnya sesuatu perkara yang sangat sweet untuk dilakukan kerana bukan mudah nak menghasilkan sesuatu buku walaupun buku cerita kanak-kanak.

  Jadi Ua pun simpan hasrat yang sama. Mahu hasilkan buku untuk didedikasikan pada insan tersayang dalam hidup Ua..
Buat masa ini teringin mahu hasilkan buku untuk didedikasikan pada Afrina dan Adriana sebagai tanda sayang Ua pada mereka berdua. Ua tahu pasti tak mudah nak capai hasrat ini. Doakan ya moga-moga impian Ua yang satu ini tercapai.

    Ada sesiapa yang mahu lakukan perkara ya sama tak? Kalau ada yang mempunyai hasrat begitu tak mustahil tau! Kita boleh hasilkan buku buah tangan kita sendiri asalkan kita ada niat dan usaha. Nanti di entri akan datang Ua kongsikan cara dan langkah-langkah menghasilkan buku bergambar kanak-kanak yang Ua pelajari dari sifu Ua, Yusof Gajah.






 

Tuesday, 20 October 2015

TOLONG KOMEN SIKIT..

ummul azkee


  Template Menarik dari gooyaabitemplates.com




     Sebenarnya kan,sesiapa yang selalu melawat blog UA,mesti perasan blog UA sudah bertukar wajah.UA tukar templates baru dari gooyaabitemplates demi Google Adsense.hehehe..Semalam gigih UA edit templates ni sampai pukul 5pagi,tapi tak habis lagi edit.Malam ini nak masuk kelas tanya cikgu Amysyeera pasal edit blog ini lagi sebab UA bukannya pandai sangat.Selalu try and error sebab rasa minat nak belajar.
     Jadi UA mahu la juga tahu komen pembaca blog UA ini tentang templates terbaru ini,ok ke?Tulisan senang ke nak baca,Kalau nak cari apa-apa senang ke..Loading blog ini ok ke tak..Lambat ke..atau laju.Komen tau!UA hargai sangat pendapat pembaca semua.
     Pada siapa yang rasa bosan dengan templates blog dan rasa nak berubah angin bolehlah cuci mata di https://gooyaabitemplates.com/.Memang design templates di sini menarik dan terbaru tau!Rambang mata nak pilih,heheehe..tapi satu je kalau lepas kita replace code di blog,blog kita akan tunggang terbalik.Jadi jangan terkejut dan stress ya!hihihi.Kita perlu edit satu-satu dengan sabar tanpa stress,tu yang UA edit sampai pukul 5 semalam.Hehehe..Selamat mencuba!dan jangan lupa komen templates blog UA tau!

Monday, 19 October 2015

JEREBU | Bacaan IPU 19hbOktober 2015

ummul azkee

JEREBU | indeks bacaan IPU terkini





     Sejak semalam catatan indeks ipu jerebu meningkat kembali sehinggakan beberapa sekolah di kawasan tertentu ditutup hari ini termasuklah sekolah anak UA.Jadi Afrina duduk rumah sahajalah hari ini.
     Mengikut maklumat yang UA ketahui dari Buletin1.30,bacaan ipu terkini tertinggi sehingga jam 11 pagi tadi adalah di seremban iaitu 197,dan kemudian diikuti oleh Tawau sebanyak 160.
     Lain-lain kawasan pula adalah Bukit Rambai sebanyak 159,Banting mencatat indeks ipu sebanyak 158,Bandaraya Melaka dan Batu Muda pula 157, dan diikuti oleh Port Dickson.Jadi pada yang berada dikawasan yang disebutkan tadi elakkan aktiviti luar ya,jika terpaksa pastikan pakai penutup muka/topeng.Jangan lupa juga,minum banyak air ya semua.
     
     

Tuesday, 13 October 2015

Buka lembaran baru dengan doa.

ummul azkee


DOA AKHIR TAHUN DAN DOA AWAL TAHUN

    Assalammualaikum semua,sedar tak sedar hari ini kita sudah berada di hari terakhir untuk tahun hijrah.Insyallah mari kita akhiri hari terakhir tahun ini dengan doa,moga-moga segala amalan kita tahun ini diterima Allah Swt.Dan semoga awal tahun hjirah esok iaitu awal muharam  kita mulakan lembaran baru dengan mengingati Allah Swt.Moga-moga kita dapat memperbaiki keperibadian kita menjadi lebih baik dan melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba,anak,ibubapa dan rakyat yang sentiasa dalam rahmat Allah Swt.Amin

DOA AKHIR TAHUN

    Jangan lupa baca doa akhir tahun di bawa ini selepas asae dan perbanyakkan istighfar sehingga masuk waktu maghrib.


DOA AWAL TAHUN

  Selepas  soalt maghrib baca pula doa awal tahun dan perbanyakkan berselawat sehingga masuk waktu isyak.

  Mari kita sama-sama lakukan doa amalan di akhir dan awal tahun ini demi mendapatkan keredhaanNya.Amin..Salam Maal Hijrah semua

Monday, 12 October 2015

Aktiviti hujung minggu apabila jerebu melanda..

ummul azkee

Aktiviti hujung minggu di kala jerebu melanda

   Apabila jerebu melanda beberapa bulan ini,segala aktiviti luar yang anak suka seperti ke tasik dan taman permainan terpaksa ditanggungkan.Maka,UA dengan suami agak buntu mahu bawa anak  ke mana untuk berjalan-jalan hujung minggu.
  Jadinya tempat yang selalu tertumpu apabila masalah jerebu pastilah shopping complex.Rasa macam tak seronok kalau bawa anak-anak ke shopping complex kalau hanya jalan-jalan window shooping kan.Nak shopping selalu bukan orang kaya.hikhik..Jadi nya kalau aktiviti paling utamanya mestilah makan.anak-anak UA memang seronok kalau bab makan di luar walaupun ibu dia ni selalu je masak di rumah.Mungkin apabila sesekali makan di luar mereka seronok,lagi-lagi kalau pergi restoran kegemaran mereka.Nak tahu restoran kegemaran kami sekeluarga?Nanti UA cerita pada entri akan datang ya..



   Lepas perut sudah kenyang,bagilah mereka main mainan yang ada dalam shopping complex seperti di bawah ini.Itupun sudah membuatkan mereka gembira.huhuhu..Sebenarnya gambar waktu makan dan mainan mesin hello kitty ini waktu hujung minggu lepas,masa UA balik rumah umi UA.Kami jalan-jalan di Setia City Mall.memang dekat sangat dengan rumah umi.
  Waktu itu suami UA ada ajak bawa anak-anak menonton wayang,tapi cerita macam tak berapa sesuai untuk anak-anak,maka tak jadilah menonton wayang hari itu.




   Lepas dari minggu ke minggu tak dapat ke taman permainan,anak-anak nampak macam bosan sangat,sudah macam meroyan duduk rumah.Dari hari sabtu sampai lah semalam ajak ke taman permainan,dan tak jadi pergi sebab UA lihat kabus jerebu masih kelihatan.Takkan nak pergi juga,kalau bahayakan anak-anak kan.Lagi pula minggu lepas balik dari Setia City Mall Afrina sesak nafas,lagilah UA tak berani mahu bawa anak-anak ke taman permainan yang selalu kami pergi berdekatan dengan tasik rumah.Makanya semalam UA ajak lah suami bawa anak-anak ke Taman permainan indoor di Giant Mall,Kelana Jaya.Seronoklah anak-anak semalam.Main sakan.huhuhu..
  Harapan dan doa UA agar jerebu akan hilang dan udara makin baik untuk bawa anak-anak beriadah ke tasik dan taman permainan.Kasihan tengok anak-anak terperuk dalam rumah,kalau keluar pun
boleh jalan-jalan dalam bangunan sahaja,tak boleh nikmati udara yang sihat dan pemandangan ciptaan Allah Swt yang indah.








Thursday, 8 October 2015

CABARAN 7HARI | gadjet tercinta

ummul azkee

CABARAN INSTABLOG 7HARI EFGKBBA


Gadjet tercinta

    Bercerita tentang gadjet ,UA pasti kini kebanyakkan orang memilikinya.Gadjet kini menjadi satu keperluan memudahkan segala urusan.Contoh paling mudah adalah urusan pekerjaan seperti menghantar e-mail.Kini melalui telefon pintar kita boleh menghantar dan menerima email dengan mudah.Tak perlu nak on pc atau komputer riba.

    UA pun tak terlepas dari memiliki gadjet.Gadjet pertama yang UA miliki adalah telefon pintar Blackberry Torch hadiah dari suami.Pada mulanya memang tiada keperluan untuk memilikinya,namun setelah khidmat aplikasi percuma seperti whatsapp diperkenalkan.nyata ia lebih menjimatkan dari khidmat pesanan ringkas.Dengan serendah rm20 sebulan,UA boleh berjimat dengan menggunakan perkhidmatan internet blackberry.Sudah hampir 4tahun UA menggunakan telefon pintar blackberry ini.dan jujurnya amat sayang dengan telefon ini.



   Walaupun sudah bertukar kepada telefon lain,telefon ini tetap menjadi kesayangan UA kerana hadiah dari suami dan banyak berjasa pada UA.Paling UA sukakan tentang telefon ini adalah kameranya yang menghasilkan gambar yang berkualiti.Kamera memang salah satu krateria terpenting bagi UA apabila ingin memiliki sesebuah telefon.kerana UA sukakan fotografi.Gambar di bawah ini adalah salah satu gambar yang UA ambil menggunakan telefon blackberry kesayangan UA.Baguskan kualitinya.
  Namun ada kekurangannya juga,biasalah tiada benda yang sempurna di dunia ini kan.Telefon ini bukan telefon android,jadi tak bolehlah nak muat turut aplikasi dari google play,Itulah antara sebab UA bertukar pada telefon lain.Walaubagaimana pun telefon ini tetap jadi gadjet tercinta UA sampai bila-bila.
 


   



Wednesday, 7 October 2015

POSITIF | katakan 5 perkara pada diri sendiri setiap pagi..

ummul azkee

KATA-KATA POSITIF UNTUK DIRI SETIAP HARI



  Selamat pagi semua,mulakan hari kita dengan positif ya!Apapun berlaku semalam,lupakan...
tinggalkan segala kepahitan semalam dengan bergerak ke hadapan hari ini dengan positif.Jauhkan diri kita dari mereka yang negatif.Abaikan kata-kata negatif,Dekati mereka yang berjaya agar kita sentiasa bersemangat dan positif selalu.

katakan 5 perkara di bawah ini pada diri kita setiap hari setiap pagi...pasti kita akan lebih gembira dan yakin dengan kehidupan yang kita lalui..positif selalu..
                                                                                 

Tuesday, 6 October 2015

CABARAN 7HARI | Breakfast wajib setiap hari

ummul azkee


CABARAN INSTABLOG 7HARI EFGKBBA

CABARAN HARI KE ENAM

BREAKFAST WAJIB SETIAP HARI




   Setiap hari UA selalunya sebelum makan UA akan minum air madu suam bersama perahan limau kasturi.




   Kebiasaanya setiap hari UA sarapan ringkas sahaja.Roti.Roti memang wajib ada di rumah untuk sarapan.Roti kosong sahaja!memang tu sahaja la untuk sarapan,ringkas,tapi macam-macam cara boleh makan dengan roti kosong kan.



 Samada makan dengan telur scrambled eggs/telur hancur macam bawah ini,memang kesukaan UA.
Untuk resepi cara UA masak sramble eggs boleh klik scrambled eggs



Atau buat roti bawang putih/garlic bread seperti gambar di bawah ini,makan begitu sahaja atau cecah sup cendawan.Untuk resepi boleh klik sini


  Dan kalau ada sambal goreng lebihan masakan semalam,UA makan dengan roti kosong memang sedap.itu sahaja,sekadar mengisi perut yang kosong.klik sini


Roti kosong tu kadang-kadang UA buat roti telur,makan bersama sos cili.nyum..nyum..itulah breakfast wajib UA.Ringkas sangat kan..huhuhu..

Sunday, 4 October 2015

CABARAN 7HARI | APA ANDA SELALU CARI DALAM FREEZER?

ummul azkee

CABARAN INSTABLOG 7HARI EFGKBBA 





 APA ANDA SELALU CARI DALAM FREZZER?

   Cuba teka apa UA selalu cari dalam freezer?hehehe..air sejuk?salah!memang tak ada stok air sejuk dalam freezer di rumah UA,Ais adalah.huhu..
   Selalu kalau buka frezzer apa yang  UA cari dalam frezzer sudah tentulah bahan-bahan untuk masak.hehehhe..pasal setiap hari wajib masak kan seperti yang UA katakan dalam cabaran 7hari semalam.huhuhu..
    Sayur-sayuran,lobak,tomato,cili,ikan bilis,asam jawa,kicap,sos tiram,belacan,dan segala macam bahan masak UA sumbat dalam freezer.huhuhu..memang penuh dengan bahan memasak sahaja frezzer  di rumah UA.Buah-buahan memang tak letak dalam frezzer,dan sebarang stok makanan ringan seperti coklat atau gula-gula memang tiada dalam frezzer di rumah UA.Kalau anak-anak buka frezzer memang tiada yang menarik.bosan!hahaha..padan muka!!Itupun anak-anak UA setiap hari 10 kali,mesti nak buka tengok apa yang menarik dalam frezzer.tak fahamlah.hihihi..





Nak baca  entri cabaran instablog 7hari  EFGKBBA  UA yang lepas bolehlah klik link dibawah ya..






Saturday, 3 October 2015

INKtober 2015 | day 2

ummul azkee


INKTOBER 2015 | DAY 2

 
            Hari kedua untuk inktober UA lukiskan khas untuk anak saudara UA.Laith Rizqi sempena ulangtahun dia yang  pertama Happy birthday,sayang..Hari ini akan raikan sambutan haji jadi dia di rumah umi.Nannti UA buat entri ok!Untuk hari ini belum fikir lagi nak lukis apa.heheheh..tunggu lukisan Inktober UA untuk hari ketiga ya..

    











Laith Rizqi

CABARAN 7HARI | PERKARA WAJIB BUAT SETIAP HARI

ummul azkee


CABARAN 7HARI ISTABLOG EFGKBBA




  PERKARA WAJIB BUAT SETIAP HARI

       Perkara yang wajib UA buat setiap hari adalah..


Mandi
Gosok gigi
Solat
Memasak
Basuh baju
Sidai baju
Lipat baju
Mengemas rumah
Cuci pinggan mangkuk
Tonton tv
Uruskan anak-anak

Itu semua perkara yang UA wajib buat..lagi-lagi bab baju itu.memang tak pernah habis.hihihhi..Apalagi yea. ...cuba tambah sikit perkara biasa yang suri rumah buat..hihhihihi.




Friday, 2 October 2015

CABARAN 7HARI | Apa ada dalam wallet anda?

ummul azkee

CABARAN 7HARI EFGKBBA | APA ADA DALAM WALLET ANDA?


     Cabaran 7hari instablog EfgKbba, hari ini sudah masuk hari kedua dengan tajuk Apa ada dalam  wallet anda?Nak tahu apa ada dalam wallet UA?jom tengok..Sebenarnya kan lama tak kemas wallet sendiri.heehehe..baru hari ini selongkar.benda yang tak patut ada pun jumpa.huhuhu..
     Wallet UA di bawah ini sudah lama UA gunakan tau,hadiah dari walid.Beli di New Zealand.Nampak macam bukan dari sana kan?hehehe..sebab bukan kulit,tapi apapun,kulit ke tak ke..UA sangat sayang wallet ini.erm..walllet ke purse ya?selalu UA panggil purse.




  Nak tahu apa UA jumpa selepas selongkar wallet ini..Tu dia.macam-macam ada.mana tak kembung wallet UA.heheehe..Gambar bawah ini selepas pembersihan barang yang tak perlu.hikhik..Sampaikan tiket zoo pun nak simpan.Memori katanya.hahaha..tersesat pula tag bag hello kitty anak  di dalam wallet ini,comel sangat!nak buang pun sayang.heheehe..Selain tu barang-barang penting,mykad UA dan anak-anak,kad TAWAS pun ada,gmbar anak-anak,suami masa muda-muda dulu.Gambar mak mertua ada.Haahhaha..menantu pilihan sangat!konon!!tapi tak nak lah tunjuk hehehe..kad allergik ubat pun ada.ini penting kalau UA mahu dapatkan ubat di klinik.Alergik ubat apa?biarlah rahsia.huhu..



   dan ada satu lagi benda sesat terjumpa dalam wallet ini tadi..hehehehe..nak tau apa..tengok bawah...
                                                                             ;

                                                                             :


syiling Australia.mana datang pun tak tahu.hahahaha...

Apa ada dalam wallet anda?

Jom sertai Cabaran 7hari ini,,macam seronok pula.hihihi

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib