RESEPI MUDAH IKAN SIAKAP STIM
![]() |
sebelum di masak. |
![]() |
selepas makan.. .hehehe..tak sempat ambil gambar dah ngappp..
Selamat petang semua.Lagi beberapa jam waktu kerja akan habis kan .UA pasti ibu-ibu bekerja di luar sana itu terfikir-fikir mahu masak apa untuk makan malam ini.Jadi UA nak kongsikan resepi mudah,sihat dan menyelerakan,iaitu resepi mudah ikan siakap stim.
BAHAN-BAHAN
1ekor ikan siakap
1 1/2 bawang merah
1 batang serai
2 inci halia
2 biji tomato
2 biji cili merah
1 sudu makan lada hitam
1 biji limau nipis
CARA-CARA
Pastikan ikan siakap direndam dengan asam jawa atau limau nipis secukupnya bagi menghilangkan hanyir.
tumbuk atau kisar bahan-bahan seperti bawang merah.halia dan serai(hiris halus sebelum tumbuk atau kisar)hingga lumat.
lumurkan bahan tadi pada ikan bersama lada hitam dan garam.perap dalam 10minit.
kemudian masukan tomato yang di potong dan cili yang di hiris bersama ikan dan stimkan ikan selama 20 minit.
perahkan limau nipis 5minit sebelum ikan masak.
Siap untuk dimakan.
Ikan siakap stim ini sedap di makan panas-panas.Lagi elok kalau kita stim 20 minit sebelum makan.Sedap juga makan bersama tempe goreng rangup cara UA,boleh lihat resepi di sini.
Selamat mencuba!memang sedap dan menyelerakan.paling penting sihat tanpa minyak.
|
lain sikit dengan cara kak ana ummul, pasti sedap bila kita gunakan ikan siakap yang lemak ni kan :)
ReplyDeleteperghhh...sedap niii..
ReplyDeleteMasya allah. Silap masuk entri....terus lapo
ReplyDeleteikan siakap kalau buat stim limau memang sedap...makan panas-panas
ReplyDeletetambah asam boi pon lg sedap ...nyumss
ReplyDeleteWahh sedapnya... Nanti mummy nak try wat gaklahh..
ReplyDeletetak berminat nak tahu cara masak,cuma nak tanya...ni masak sendiri ke?
ReplyDeleteWahhh sedapnye.... tq share resepi
ReplyDeletemmg sedap siakap steamed ni. menu sihat
ReplyDeletememang sedap ni.. makan hari-hari and jangan makan benda lain.. confirm kurus la kot.. hehehehehee... :)
ReplyDeleteSaya pling suka siakap steam lemon!
ReplyDeleteAduih boleh tmbah 3 pinggan