RESEPI NASI GORENG TOMYAM
Selamat malam.semua mesti sudah makan malam kan?UA tadi makan malam berlaukan Nasi gorng tomyam.Ringkas sahaja dan anak-anak pun begitu sukakannya.Sebelum ini macam-macam jeins nasi goreng sudah masak dan sekarang Nasi goreng ini yang jadi kesukaan kami sekeluarga,mudah saja nak buat nasi goreng tomyam ini.Rasa lama tak kongsi resepi disini.Jadi mari lihat apa bahan dan cara nak masak nasi goreng tomyam ini.mudah sahaja tau!
BAHAN-BAHAN
bawang merah 1biji potong nipis
cili padi ikut kepedasan masing-masing
pes tomyam 2sudu besar
serai 2batang
cili giling 3sudu besar
serbuk ikan bilis
lobak merah potong halus
isi ayam
CARA-CARA
- tumis bawang merah hingga lembut bersama serai.biarkan sekejap.
- kemudian masukkan cili giling,diikuti dengan pes tomyam.gaul hingga garing
- setelah itu masukkan isi ayam.diikuti lobak merah dan cilip padi.gaul rata sehingga ayam
masak dan lobak lembut.
- masukkan serbuk ikan bilis dan sedikit garam.
- akhir sekali masukkan nasi,dan gaul rata.siap untuk dihidangkan.
mudah sangat!masak untuk sarapan esok pun sedap!selamat mencuba.
Sedapnya.. Rasa nak makan je..")
ReplyDeletehehehe...cubalah masak utk sarapan..sedap..;)
Deletepergh pergh pergh pergh pergh... terbaik baca post ni tengah2 malam. mana lak nak cari nasi goreng ni? lapar la pulak...
ReplyDeletehahaha,,masak jer sendiri..,kacang jer.
ReplyDeleteselalu makan kat kedai je nasi goreng tomyam ni..tak pernah masak sendiri..nanti bolehlah cuba..
ReplyDeleteboleh la msak sendiri di rumah lepas ni..
Deleteok boleh cuba...hehehe..nampak sedap tu ha...
ReplyDeletepernah juga dengar tapi kak ana tak pernah buat lagi ummul :)
ReplyDelete