KELAS MEMASAK DI SMART JUNIOR CHEF
Selamat malam semua,selamat berhujung minggu.Hari ini hujung minggu UA diisi dengan membawa anak-anak ke kelas masak percubaan di Smart Junior Chef.Bersempena ulangtahun pertama penubuhan kelas memasak ini hari ini,Smart Junior menawarkan kelas memasak percuma untuk 100 orang.Jadi ibu tak lepaskan peluang untuk Afrina dan Adriana berseronok dengan kelas ini memandangkan mereka berdua ini memang berminat dengan dunia masakkan,selalu di rumah kalau ibu mahu buat donut,cupcake,pizza dan macam-macam lagi memag beria-ia mahu membantu.
Buat pengetahuan semua ini kali kedua Afrina sertai kelas memasak,sebelum ini Afrina sertai kelas memasak ini bersama rakan-rakan sekolah,pada rombongan sekolah yang lalu.boleh baca di sini.
Buat Adriana ini merupakan pengalaman pertamanya.Mari lihat gambar-gambar mereka khusyuk membuat kek bulan hari ini.Seronok Afrina dan Adriana hari ini,walaupun Adriana mulanya takut-takut,maklum lah pertama kali berdikari sebab selama ini berkepit sahaja dengan ibu.huhuhuhu..Nasib ada kakak Afrina yang menemani dan ajar adik dia.Hari ini akan jadi kenangan yang manis buat Afrina,Adriana,ibu dan babah.Insyallah nanti akan hantar kamu berdua ke kelas memasak ini akan datang.
Terima kasih Smart Junior Chef untuk kenangan manis ini.Pada sesiapa yang ingin tahu maklumat lanjut mengenai Smart Junior Chef boleh ke halaman facebook Smart Junior Chef.

eiii..comelnyee
ReplyDeletewah wah seronoknya anak-anak memasak kan ummul... :) sedap tak ?? hihi
ReplyDeletebesnya
ReplyDeleteComel2 cheff cilik ni. Huhu
ReplyDeleteJom meriahkan
giveaway mimin