KEISTIMEWAAN SOLAT SUBUH
'as-solatu khairun minan naum'
(solat itu lebih baik dari tidur)
dugaannya mencabar sungguh..waktu ini sejuk,memang sedap sangat kalau tidur.huhuhu..UA pun
kadang-kadang liat juga mahu bangun subuh ni,lagi-lagi waktu muda remaja dulu,memang payah nak bangun.Pasti ada yang tak mengetahui istimewanya Solat subuh pada kita umat islam.Terlalu banyak keistimewaan solat subuh ini,bukan sahaja menjadi sebab kita terselamat di akhirat nanti tetapi juga bermanfaat pada kita di dunia ini.Betapa sayang nya Allah pada kita,terlalu banyak kebaikan dari setiap suruhanNya.Ketahui istimewanya Solat subuh dan kebaikannya pada diri kita.
Manfaat Solat Subuh pada kesihatan
-menjadikan wajah putih bercahaya,akan menenangkan hati dan menguatkannya.
-mencergaskan jiwa dan memberi semangat
-menghapuskan rasa malas,menyegarkan badan.
-mengembalikan peredaran darah setelah tidur
-menjauhkan kesedihan dan kegelisahan
-mengusir pelbagai penyakit jiwa dan penyakit badan
-mencergaskan jiwa dan memberi semangat
-menghapuskan rasa malas,menyegarkan badan.
-mengembalikan peredaran darah setelah tidur
-menjauhkan kesedihan dan kegelisahan
-mengusir pelbagai penyakit jiwa dan penyakit badan
KEBAIKAN YANG DIPEROLEHI DARI SOLAT SUBUH
-Mereka yang bersolat subuh,mereka adalah sentiasa di dalam perlindungan Allah Swt.maknanya mereka dijaga dan dipelihara oleh Allah Swt dari bahaya dan musibah.
-Antara jalan atau kunci menuju ke syurga.kerana nekadnya mereka yang bersolat subuh
meninggalkan tempat tidur walaupun dengan kepayahana demi keredhaan Allah Swt dan keazaman menuju ke syurga.
-dijamin terselamat dari seksa api neraka dan dijauhkan dari kemurkaan Allah SWT.Juga berkemungkinan besar akan bebas dari berbagai perkara seperti azab seksa kubur,menunggu lama di masyar,dari timbangan,hisab buruk,dari tergelincir ketika melintasi titi sirat dan semua yg kita pohon dari Allh Swt supaya di selamatkan darinya.
-Memperolehi cahaya yang sempurna (cahaya dari iman dan amal soleh) ketika melalui titian sirat.dikatakan kegelapan menyelubungi titian sirat dan sesiapa yang tiada cahaya menerangi langkahnya tidak akan berjaya melalui titian sirat itu.
-Akan dapat memandang Allah Swt di hari kiamat.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah S.A.W bersabda...
"Sesiapa yang menunaikan solat dua hujung siang(subuh dan asar)nescaya masuk syurga".
-riwayat Iman Al-Bukhari dan Imam Muslim-
Moga segala kebaikan dan manfaat yang kita ketahui diatas,akan menjadikan kita sentiasa bersemangat bangun di awal pagi dan tidak berasa berat untuk menunaikan solat subuh setiap hari.
Insyallah,Amin.
rujukan dari buku Solat Subuh dalam dunia Islam.
Insyallah.. Moga kita semua tak liat nak bangun solat subuh..
ReplyDeleteinsyallah
Deletealhamdulillah perkongsian yang indah ummul :)
ReplyDelete