INKTOBER |BERSAMA MR JAKE PARKER
Mulai esok bermula lah Inktober,Mesti ramai yang tahu mengenai Inktober kan?Ni UA nak bercerita panjang.heheehe..
APA ITU INKTOBER?
Inktober adalah cabaran 31hari melukis pada bulan oktober yang dianjurkan oleh Mr Jake Parker.Setiap tahun pelukis seluruh dunia akan menyertai cabaran melukis setiap hari dengan menggunakan dakwat selama 31 hari di bulan oktober.Cabaran ini telah dimulakan oleh Jake Parker pada 2009 dengan tujuan untuk memperbaiki skill melukis dirinya sendiri dan membina habit melukis yang positif.Namun tanpa disedari cabaran ini berkembang dan telah menjadi ikutan ramai pelukis di luar sana setiap tahun.
![]() |
Google image |
PERATURAN INKTOBER
1.hasilkan lukisan menggunakan dakwat(boleh juga kalau mahu lukis dengan pensil terlebih dulu)
2.pos kan lukisan anda itu pada blog,atau tumbr,instagram,twitter,facebook,pinterest atau pin pada wall/dinding.
3.letakkan juga hastag #inktober
4.ulangi langkah di atas setiap hari.
Ps: boleh melukis setiap hri atau lakukan pada hari tertentu mengikut kesesuain dan kelapangan masing-masing.dan pos kan sekali setiap minggu di media sosial.cumanya perlu pastikan kita konsisten kerana inktober berperanan untuk mengembangkan,memperbaiki dan membentuk habit positif.Jadi jika kita konsisten,itu lebih baik.
Contoh Cabaran 31hari inktober tahun 2014..sempena halloween rasanya ni..
Contoh Cabaran 31hari inktober tahun 2014..sempena halloween rasanya ni..
![]() |
Google image |
Peralatan yang digunakan oleh Jake Parker untuk INktober..UA ingat nak sertai juga cabaran ini.tapi nak kena cari semua pen di bawah ini yang masalah sikit sebenarnya.
heehehe..
![]() |
Image from jake parker website |
Siapa berminat?Jom sertai...siapa nak tahu siapa Jake Parker,lepas ini UA akan buat satu entri khas tentang dia,ok..
Tq sharing...baru tau
ReplyDeletewow, ummul menyahut cabaran ni ke..nanti share kat blog ye kak ana nak sangat lihat hasil seni ummul :) all the best
ReplyDeleteAlaa takde bakat melukis pulak. Huhuhu
ReplyDeletemcm best je...!! lukisan simple2 pun boleh ke...? errmm.. nak join.. ehhh... jom join...!! hehehehehee.. Ummul citer la lagi pasal Inktober ni... menarik lah... :)
ReplyDeleteKak Ummul yang terer melukis ni kena join. Macam Sha ni, bukan setakat tangan keras, kreativiti pun idok, huhu. Jadi pom-pom girl Kak Ummul boleh la, hihi ^^
ReplyDeleteSalam singgah dan salam ukhuwah dari BUNDA..
ReplyDeletebagi orang x kreatif macam kita, kita nampak tulisan tu sama je. hahaha. gudluck kak ummul! ukenduit!!
ReplyDelete