BAGAIMANA MAHU JADI ORANG YANG POSITIF?
![]() |
google image |
UA pasti ramai yang mahukan kehidupan yang bahagia dan gembira kan?tapi kadangkala apa yang berlaku tak seperti yang kita rancangkan dan itu sedikit sebanyak membuatkan kita kecewa,
sedih dan berputus asa dengan apa yang berlaku.Dengan semua perasaan negatif itu kita lupa bahawa itulah kehidupan,berwarni warni,penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan serta emosi yang mematangkan diri.Untuk menghadapi cabaran kehidupan kita perlu sentiasa positif dan tidak menjadikan setiap cabaran hidup itu alasan unutk kita putus asa atau negatif dengan setiap perkara.
Menjadi orang yang positif memerlukan semangat dan keazaman dalam diri.Jadi Bagaimana ya mahu menyuntik aura positif dalam diri,agar kita lebih bersemangat dan bersedia hari-hari mendatang yang penuh cabaran tanpa kekecewaan.
Antara perkara yang UA aplikasikan untuk memastikan UA tidak putus asa dan sentiasa positif adalah..
-PERMULAAN HARI
Mulakan hari setiap pagi dengan niat ingin maju dan bermanfaat pada orang lain.Panjatkan doa pada Allah Swt setiap pagi agar dipermudahkan segala urusan dan mohon kekuatan untuk tabah menghadapi setiap dugaan.
-QUOTES
Cari dan baca satu quotes yang positif setiap hari,quotes tentang positiviti boleh membangkitkan aura positif dalam diri kita.Terdapat banyak quotes yang mampu membuatkan kita menghadapi kehidupan dengan lebih bersemangat dan positif.
-SUMBER INSPIRASI
Ikuti akaun media sosial mereka yang berjaya,samada sama dengan bidang yang anda ceburi ataupun tidak.Biasanya mereka akan berkongsi tips kejayaan,dan pengalaman mereka sebelum mencapai kejayaan dan baca setiap kata-kata positif dan tips kejayaan mereka agar kita sentiasa ingat,kejayaan tak mudah untuk capai dan cabaran hidup itu pasti dilalui oleh semua orang.
FIKIRAN DAN SANGKAAN
-jangan fikirkan perkara buruk yang akan berlaku,fikirkan perkara baik yang akan terjadi dalam setiap tindakan yang kita ambil.Bersangka baik,dan letakkan sepenuh pergantungan hidup kita pada Allah Swt kerana Dialah sebaik-baik perancang.
ANGAN-ANGAN DAN IMPIAN
-Angan-angan itu tak salah untuk kita asalkan di selarikan dengan tindakan.Tetapkan impian kita dan cuba tulis impian jangka pendek dan jangka panjang samada setahun,5tahun ataupun 10tahun yang ingin dicapai,bergantung pada kemampuan diri,agar kita lebih positif,bersemangat dan fokus dalam hidup.
IKHLAS DAN REDHA
-Apabila rancangan yang kita lakukan tidak berjalan dengan baik,Jangan terlalu kecewa.ikhlas kan hati kita,redha dengan ujian dan cabaran yang Allah Swt berikan.Dengan perasaan itu kita akan lebih tenang,tidak berputus asa dengan hidup.dan sentiasa gembira.
nice sharing ... kena la selalu positif kan :)
ReplyDeleteya..bru lah hidup sentiasa ceria kn..
Deletethanx dear atas motivasi pagi ni..yelah kdg2 mood sekejap ok, sekejap down..hehe
ReplyDeletemost welcome..hehe..sure punya mood bertukar2 kn.huhu
Deletepositif di pagi hari, sepanjang hari memang best. betul tu
ReplyDeletekan...enjoy the journey of life...
Deletethanks for the monday motivation...
ReplyDeletebe positif my dear, supaya tersingkir jauh yang negatif dalam hidup, in shaa allah .
ReplyDelete