RESEPI MUDAH APAM POLKA DOT
Entri hari ini di petang-petang yang hening UA nak kongsi resepi minum petang yang sangat sedap dan ceria,Apam polka dot yang berwarna warni.Ini kegemaran anak-anak UA.katanya sedap dan cantik.huhuhu..mari tengok bahan-bahan dan cara buat ..memag mudah!
BAHAN-BAHAN
Telur 4biji
Santan kotak 200ml (UA guna santan M&S sbb umi kata guna santan ini lebih sedap)
Gula castor 250g (kalau tak berapa suka manis sangat boleh kurangkan)
Tepung Superfine 250g (ada jual juga di tesco)
Ovelette 2sudu kecil
Baking powder 2sudu kecil
esen vanila 1 sudu
pewarna makanan
CARA-CARANYA
1.Telur dan gula pukul sampai kembang,
2.kemudian masukkan ovelete.
3.Masukkan santan pula,diikuti esen vanila
4.akhir sekali masukan tepung dan kacau rata
5.untuk warna dan cara buat corak polka dot...
asingkan adunan di atas pada 2bahagian pada dua mangkuk jika mahu buat dua warna berbeza.
contoh 1.pink dan 2.putih)kalau mahu lebih warna asingkan mengikut pilihan masing.
masukkan pewarna pada adunan dan kacau.
setelah itu,masukan adunan pada piping bag.Gunakan dua piping bag yang berbeza untuk dua warna aduan diatas.
![]() |
google image |
sebelum pam adunan.susun mangkuk kertas di dalam tray.gunakan mangkuk kertas yang kecil.
untuk langkah seterusnya pam adunan warna pertama pada mangkuk kertas setengah dr mangkuk kertas tersebut seperti gambar di atas.
Kemudian pam adunan warna kedua sedikit di atas aduanan dlm mangkuk kertas tadi.pam sedikit sahaja seperti titik.(sederhana,jgn terlalu kecil.)secara rawak seperti polka dot.
6.kukus selama 15-20minit.
siap..apam polka dot ini sesuai untuk minum petang atau untuk parti hari jadi mahupun piknik..Jadi,selamat mencuba...mesti anak-anak suka..Kalau libatkan mereka dalam membuat apam polka dot ini pun seronok tau!..
bestnyeee
ReplyDeleteooo mudah je buatnya yea UA.. tq share resepi :))
ReplyDelete