HARI JUMAAT,PENGHULU SEGALA HARI
Kerap kali kita mendengar kata-kata dari mereka yang berilmu bahawa hari jumaat itu penghulu segala hari,tapi tahukah kita mengapa hari jumaat dikatakan penghulu segala hari dalam Islam.Jadi UA mahu kongsikan.Hari jumaat sangat istimewa dalam islam kerana terdapat peristiwa penting yang berlaku pada hari tersebut.Antaranya adalah..
1.Hari jumaat merupakan hari dimana Allah S.W.T menciptakan Adam,manusia pertama.
2.Pada hari ini jumaat jugalah Allah mengusir Adam dari syurga ke bumi setelah Adam terpedaya dengan bisikan syaitan.
3.Pada hari jumaat juga Allah S.W.T mematikan Adam.
4.Pada hari jumaat,ada satu saat yang mana apabila kita sebagai hambaNya meminta atau berdoa,pasti akan dimakbulkan oleh Allah asalkan pada saat tersebut.Saat yang mana kita sendiri pun tidak ketahui.
5.Dikatakan akan terjadinya Hari kiamat(HR Ahmad,Abu Daud
Begitu istimewanya hari jumaat sehingga adanya amalan yang disarankan oleh islam yang mana apabila dilakukan akan memperolehi pahala dari Allah S.W.T.Mari baca dan amalkan adab-adab di hari jumaat di bawah ini dan diamalkan dalam kehidupan.Pahala ini,umpama kita menabung,
walaupun sedikit tetapi jika berterusan melakukannya semakin lama akan makin bertambahlah tabungan kita.Semua adab dan amalan disunatkan bagi mengingati bahawasanya hari jumaat adalah hari raya bagi umat muslimin yang harus dihormati
AMALAN DI HARI JUMAAT
1.Bagi menghormati hari jumaat,kita mulakan langkah dan mempersiapkan diri pada hari khamis dengan seperti memotong kuku dan juga memotong rambut.
2.Disunatkan memakai wangi-wangian(HR bukhari)
3.dianjurkan memakai pakaian yang terbaik.(HR bukhari)
4.Dianjurkan membaca surah Al-Kahfi sebelum atau sesudah jumaat
5.dianjurkan agar memperbanyakkan berselawat ke atas Rasullullah S.A.W
Moga perkongsian ini bermanfaat buat semua.Sekiranya ada amalan lain yang mungkin UA tertinggal disini..bolehlah kongsi dengan komen di bawah ya..sama-sama kita berkongsi ilmu..
Salam Jumaat buat semua.
4.Dianjurkan membaca surah Al-Kahfi sebelum atau sesudah jumaat
5.dianjurkan agar memperbanyakkan berselawat ke atas Rasullullah S.A.W
Moga perkongsian ini bermanfaat buat semua.Sekiranya ada amalan lain yang mungkin UA tertinggal disini..bolehlah kongsi dengan komen di bawah ya..sama-sama kita berkongsi ilmu..
Salam Jumaat buat semua.
Wana singgah sini dan salam jumat..
ReplyDeleteTq perkongsian ni..
singgah petang & happy weekend kak ummul..
ReplyDeletewawa singgah cni.. jom perbanyakkan doa dihari jumaat..")
ReplyDeleteSalam jumaat :-)
ReplyDeleteThanks sharing...
ReplyDeleteSalam Jumaat :)
ReplyDelete