"Hei Orang sebelah!kau tak ada otak ke..apa yang kau bising pagi-pagi buta ni ha
Kau tak ingat ke orang sebelah ni nak tidur ke apa.."
Ha,siapa tahu dialog ini dari cerita apa...?mesti semua tahu lah.ala,cerita P.ramlee,cerita apa?cuba teka?Apa pula tiba-tiba cerita pasal orang sebelah UA ini kan.Siapa yang tengok tahu lah macam mana kelakar dan melampau nya pergaduhan 2 orang yang tinggal bersebelahan ini atau jiran lah senang.
Ua pasti semua orang pasti ada jiran kan.Jiran ini ada macam-macam jenis kan.Yang jenis senyap sunyi,ada yang riuh sekampung,ada yang suka bergosip..ada yang pemurah bagi macam-macam juadah,dan tak kurang juga yang suka melawat kawasan.hehehehe..jadi jiran awak-awak semua kategori yang mana?
Saja je UA mahu berkongsi cerita tentang jiran ini,sebab kadang-kadang ada juga kes pergaduhan antara jiran disebabkan oleh salah faham dan juga kerana kurangnya kesedaran tentang hak jiran.
Macam dalam cerita P.Ramlee itu lah tapi dalam dunia realiti pun ada juga.
Semua ini terjadi kerana sikap pentingkan diri sendiri dan juga kerana tak menghormati orang lain.
Jadi pada pendapat,UA Sebagai seorang jiran,sepatutnya kita peka dengan keadaan dan orang di sekeliling kita.Jangan ikut suka hati sendiri sahaja.Sebagai contoh,kalau kita berjaga lewat malam atau pulang lewat jangan lah kita terlalu bising sehingga mengganggu jiran kita yang sedang tidur.
Lagi satu bab berkaraoke,memasang radio di rumah atau pun menonton perlawanan bola juga satu masalah.Peka lah dengan situasi jiran kita,janganlah terlalu kuat dan bising sehingga mengganggu.
Akhir kata,jadilah jiran yang disenangi,sebab jiran ini orang yang terdekat dengan kita selain keluarga.Sekiranya ada permasalahan atau kejadian yang tak diingini berlaku di rumah kita,pasti merekalah orang yang paling dekat untuk kita pohon pertolongan.
ummul kak ana sambung dialog tu ye.. orang jantan tau pompuan tak tau hahaha cite masam-masam manis kan :)
ReplyDeletehahaha..betul kak anna..10markah!
DeleteSejak astro cut off citer p ramlee rasa rindu plak nak tgok citer dia kan..walau dh hafal jalan citer dan dialog
ReplyDeleteHoiiiiii orang sebelah... Mintak nasi siket. Laporrr la.. #SuamiBujang
ReplyDeleteHidup berjiran kena bermuafakat. Tolong-menolong dan saling membantu =)
ReplyDeleteassalamualaikum...yaya dah follow sini...saja...buat blogwalking..hehe....harap sudi follow yaya... www.yayacendana.com :) tq
ReplyDeleteHaiii orang sebelah.. masak apa hari ni :)
ReplyDelete