AMALAN BERBALAS JUADAH DI BULAN PUASA
Amalan berbalas juadah di bulan puasa mengikut pandangan UA semakin hari semakin dilupakan.Seingat UA dahulu masa UA kecil,waktu sekolah rendah selalu juga umi suruh berikan juadah berbuka puasa pada jiran sebelah rumah mahupun jiran yang agak jauh dari rumah,mengikut siapa yang umi mahu beri.
Disebabkan UA ni anak sulung selalunya memang UA jadi mangsa menghantar makanan di rumah jiran.Selalunya umi UA yang mulakan memberi juadah berbuka puasa,Umi memang suka memasak dan suka memberi juadah pada jiran-jiran samada bulan puasa ataupun bukan.Pastinya umi tak pernah mengharapkan balasan tetapi mungkin kerana adat sopan orang melayu berbalas juadah di bulan puasa menjadi kemestian.Jika tidak pasti salah seorang berasa kurang senang di hati.Salah satu cara umi mahu mengelakkan jiran rasa tak senang hati,sebelum UA pergi memberi juadah pada jiran-jiran umi selalu pesan pada jiran yang umi mahukan bekas yang digunakan kembali pada masa itu.Itu sebenarnya taktik umi tak mahu jran-jiran rasa terbeban mahu membalas juadah pada umi.Biasanya ada yang memberikan kembali bekas kosong tapi kebanyakkannya pasti akan membalas juadah kembali.Ia seperti sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas juadah yang diberikan.
google image |
TRADISI MANGKUK TINGKAT
Bercerita tentang amalan berbalas juadah, di bulan puasa,apa yang terlintas di fikiran UA adalah mangkuk tingkat.Sebab,umi UA ada satu mangkuk tingkat yang masih digunakan sehingga kini yang digunakan sebagai bekalan walid UA sekiranya berbuka di masjid.
Selain itu mangkuk tingkat ini juga digunakan untuk membawa juadah hari raya ke rumah nenek UA.Setiap tahun selepas selesai solat sunat hari raya ,umi pastikan akan isikan mangkuk tingkat dengan lauk pauk hari raya seperti kuah kacang,kuah masak lodeh dan juga ayam masak kicap.
Tetapi pastinya tahun ini berbeza kerana tahun ini tahun pertama kami akan beraya tanpa nenek.Nenek meninggal dunia pertengahan tahun lepas.Walaupun nenek telah tiada UA niat mahu teruskan tradisi mangkuk tingkat ini dikalangan kami adik beradik .dan juga saudara mara.Pasti seronok berkongsi juadah antara satu sama lain,dan lebih mengamit nostalgia mangkuk tingkat di hari raya.
#cabaran20hari #jamalan berbalas juadah #exchangefeedgroup #kbba
jalan berbalas juadah ..hihi typo jangkit ke blog eh?
ReplyDeleteberbalas juadah adalah amalan mulia yg harus di buat tak kira bila-bila masa...
jamalan..sadiss..typo di entry..ngantuk ngn mamai gknyer masa tu.hihihi
Delete