NOSTALGIA KAD RAYA
Kalau mahu bercerita tentang nostalgia kad raya ini memang banyak..huhuhu..kalau dulu masa zaman sekolah,UA dengan kawan-kawan suka berbalas kad raya walaupun hari-hari jumpa di sekolah..hahaha..kelakar kan..siap tulis jemput datang rumah dalam kad raya lagi..tapi seronok apabila dapat banyak kad raya.hihihihihih..tak lupa juga bagi pada guru kelas dan juga guru kesayangan.seronok apabila teringat kembali waktu itu.
Sepupu UA pun ada yang pos kad raya di rumah.Punyalah seronok dulu kalau ada surat nama sendiri.Lagi -lagi kalau waktu hampir raya..boleh agak mesti kad raya..hahahaha...
![]() |
antara koleksi kad raya dari kawan-kawan sekolah dan sepupu dulu...UA masih simpan lagi hingga kini..memori ..memamg tersenyum-senyum kalau baca.hihihihi |
Teringat dulu,umi pernah bawa masuk pokok yang berdaun ke dalam rumah semata-mata sebab nak gantung kad raya..memang seronok masa itu.Umi melayan kami adik beradik sebab mahukan suasana hari raya di rumah sendiri..sebab di rumah nenek pun begitu juga.Disebabkan rumah nenek dekat dan pagi raya baru ke sana..maka, suasana raya di rumah sendiri itu pun penting..untuk menaikkan mood raya...hahahaha...contoh macam gambar di bawah ini..tapi gambar bawah ini ranting kan.UA dulu gantung pada pokok yang ada daun lagi ok...hahahaha..
![]() |
antara kad raya cintan cintun dari en.suami dari zaman bercinta..konon.hehehee..apa yang ditulisnya itu rahsia...hahaha |
Tahun ini UA baru sahaja dapat satu kad raya.Dari rakan EFG,Kak SA..Itu satu sahaja!Di rumah umi tak tahu lah ada ke tak..tunggu balik sana baru tahu..terima kasih kak S.A..seronok dapat kad raya...hihihihi
#Cabaran20hari #nostalgia kad raya #exchangefeedgroup #kbba
meriahnyaaaa kad raya...
ReplyDeletenostalgia sungguh cerita kad raya ni kan..he
ReplyDeleteKad raya pengganti diri...seronok bila dapat kan...even dapat satu je pun
ReplyDelete