Memori indah raya 90an
![]() |
afrina main bunga api..hihihihi |
Indah ke raya 90an??sesiapa yang zaman kanak-kanaknya tahun 90an mestilah indahkah.Mana tak indahnya,zaman ini lah seronok berhari raya,tak fikir apa zaman ini..tahu nya kalau raya nak baju raya baru,kasut baru,segalanya nak yang baru tanpa tahu mak ayah kita pening fikirkan bajet untuk memenuhi keperluan raya.heheehe..UA pun sama begitu!hikhik..
Tapi yang seronoknya raya tahun 90an ini,malam raya mesti main bunga api,di kawasan rumah meriah dengan suara kanak-kanak seusia bersama-sama bermain bunga api,seronok apabila teringat zaman itu.Meriah sangat!
Selain itu apabila malam,cantik bercahaya kawasan rumah dengan pelita di sepanjang jalan
.Biasanya pelita di pasang 7hari sebelum raya,atau di sebut Malam tujuh lekur..Semua pun tak sabar menanti malam itu.Biasa malam tujuh lekur kami sekeluarga akan keliling kawasan rumah melihat pelita.Dulu UA tinggal di kawasan yang agak dalam jadi setiap jalan ada cara tersendiri memasang pelita.Lebih meriah lagi di kampung nenek UA..Satu kampung sepanjang jalan ada pelita..terasa suasana raya.Bunyi meriam silih berganti apabila raya semakin hampir.
Dari kecil lagi UA tak pernah merasa balik kampung jauh-jauh,rumah nenek UA di kedua belah pihak umi dan walid tinggal di selangoe sahaja.Kebiasaannya pagi raya baru kami pulang ke rumah nenek,bertemu dengan pakcik dan makcik serta sepupu sepapat sebaya.waktu ini lah yang paling meriah,penuh rumah nenek dengan kami sahaja.riuh sekampung.Seronokkk!!!!!!!!!!!!
Kalau dah berkumpul mestilah dapat duit raya dari makcik dan pakcik,UA dalam raya pertama sahaja dah dapat banyak duit raya sebab pakcik dan makcik ada 9orang..masyukkkk..hehehehehe...
Lepas itu kalau balik dari beraya masing-masing,UA dengan adik-adik kira duit raya masing-masing..lawan siapa yang banyak..hehehe..Selalunya UA lah paling banyak..yang sulung dan paling besar lah katakan...hahahahaha..
Lepas itu seminggu raya tak habis beraya rumah makcik dan pakcik..sibuk hari raya mengalahkan menteri,duduk rumah pun tak sempat..hehehe..
#cabaran20hari #memoriraya90an #exchangefeedgroup #kbba
seronok kalau kenang zaman raya kanak2 dulu
ReplyDeleteaduhaiiii tahun lepas cik puteri kecik lagi mana ada gambar main bunga api
ReplyDeletemain bunga api pun mantain comel...
ReplyDelete