BAJET RAYA 2015
![]() |
google images |
Bercerita tentang bajet raya tahun ini,rasanya ramai yang agak pening memikirkan bajet raya tahun ini,lebih-lebih lagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai tanggungan,keluarga UA pun tak terlepas dengan situasi yang sama.Berbeza dengan tahun lepas,orang ramai pasti terasa dengan harga barang yang meningkat selepas perlaksanaan GST tahun ini,ditambah pula dengan harga minyak yang naik baru-baru ini,harga barangan pun semakin naik.
Jadi bajet raya keluarga UA pun berkurangan tahun ini,kami membeli barang ikut keperluan dan dahulukan keperluan anak-anak sahaja.Bajet untuk duit raya tahun ini pun nampaknya tiada.Selalunya setiap tahun kami pasti akan peruntukkan bajet untuk duit raya tapi tahun ini kewangan agak menyesakkan,dengan perbelanjaan rumah,keperluan raya anak-anak,jga persekolahan anak-anak.Jadi tahun ini kami beraya secara sederhana sahaja.Yang paling penting dapat berkumpul bersama sanak-saudara,bermaaf-maafan dan gembira meraikan hari kemenangan pada 1syawal nanti.Kekurangan jangan dijadikan alasan untuk tidak bergembira ya?Syukur selalu,sekurang-kurangnya kita masih boleh menyambut hari raya dengan aman dan damai.
#cabaran20hari #bajet raya #exchangefeedgroup #kbba
betul tu UA
ReplyDeleteNani ala kadar je tahun ni. Heheh
ReplyDeleteye lah. huuu. tak boleh cm tahun2 lepas sangat. btw, dear cantik lah layout blog ni.
ReplyDeleteSama la UA ...dahulukan keperluan anak2...
ReplyDeletebukan ikut kehendak..
ReplyDeletewah kak ummul sampul raya bank islam tu
ReplyDeletebenda lain yang nampak....hehe ya betul perbelanjaan jagan sampai membazir
ReplyDelete