Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Friday, 31 July 2015

Selamat Ulangtahun yang ke-7...

ummul azkee



   Alhamdulilah,hari ini bertarikh 31julai 2015,usia perkahwinan UA dan suami sudah 7 tahun.Moga kita bersama hingga ke jannah.Insyallah,
    Terlalu banyak suka duka dalam perkahwinan telah kami lalui.moga sentiasa dikurniakan ketabahan untuk menempuh hari mendatang bersama dua puteri kami Afrina dan Adriana.











Perlu ke iklan tuala wanita di televisyen?

ummul azkee

Iklan tuala wanita di televisyen






    Apa pendapat anda semua?perlu ke iklan tuala wanita di televisyen?UA rasa macam tak patut sahaja ada iklan tuala wanita..grrr..memalukan sangat apabila lelaki tonton di televisyen,dengan dialog.."ala,bocor,..tak suka"aduhai,pening UA tengok.Budak-budak tengok lagi la pening,sudahnya ibu ayah dapat soalan cepu emas.."apa tu ibu?".

    Inilah jadi nya apabila wang diutamakan dari segalanya,Kalau mahu perkenalkan barangan pun agak-agak lah iklan nya ya..bagi beribu pun tak sanggup rasanya nak terlibat dalam iklan sebegini.

    Iklan lain pun tak kurangnya.lagi-lagi iklan deodrant,dengan pakaian seksi,sendat mandat.tergedik-gedik tunjuk ketiak..euwwww..tolonglah ye,memang tak sopan langsung.Bagi pendapat sikit yang kaum perempuan.apa anda rasa?


Sampul Duit Raya Paling kreatif 2015

ummul azkee


Sampul Duit Raya


   Setiap tahun antara perkara yang menarik hati UA pada hari raya adalah rekaan sampul duit raya.UA suka kumpul dan simpan sampul duit raya.Suka lihat rekaan dan bentuk sampul duit raya yang pelbagai.Tahun ini sampul duit raya yang paling menarik hati UA adalah sampul duit raya dari Petronas.kreatif sangat rekaannya.Tahun lepas juga  rekaan sampul duit raya petronas jadi pilihan.
sangat unik dan comel.Kagum sangat dengan kekreatifan pereka sampul duit raya ini,rasa macam teringin nak reka sampul duit raya juga rasanya..insyallah,tahun depan lahh..huhuhu..(kononlah)


Rekaan sampul duit raya petronas 2015

sampul duit raya petronas 2015
google picture

Rekaan sampul duit raya petronas 2014


google image

kreatif dan comel kan??Selain dari itu rekaan sampul duit raya dari lovely lace pun cantik,nampak klasik dan feminin sangat.Habib jewel pun cantik juga suka pattern dia ringkas tapi menarik.Yang lain-lain pun rekaan sangat cantik...








Kongsikan kisah cinta dan menangi jam tangan Solvis et Titus

ummul azkee


Time is love





   Masa itu cinta...chewahhh..mood romantik hari ini.hihihi..Dalam entri kali ini UA mahu maklumkan satu kempen pada peminat jam tangan Solvil et Titus yang sudah mempunyai cinta hati atau pun pasangan hidup.fokus pada yang sudah berkahwin lah ya.huhuhuhu

  Solvis et Titus kini menjalankan kempen menarik sehingga 15ogos ini.Apa yang perlu anda lakukan adalah kongsikan kisah cinta anda dalam bentuk video,ala-ala rancangan ROMANTIKA itu dan anda berpeluang memenangi jam tangan pasangan(couple watches) Solvis et Titus bernilai RM2860 juga voucher percutian bernilai RM10 000.Selain itu sekiranya bertuah anda akan menyertai pembikinan video Solvis et Titus bersama Scha Alyahya dan Leo Ku.siapa Leo Ku?UA Pun tak berapa tahu.huhuhuhu..

Untuk menyertai kempen ini layari http://timeislovemy.solvil-et-titus.com/form.php

Langkah-langkah untuk menyertai kempen ini adalah seperti gambar dibawah..












Hadiah-hadiah menarik untuk di menangi..



Sambutan Hari Raya 2015

ummul azkee



         Hari ini ada sambutan hari raya di sekolah Afrina.tapi ibu tak dapat nak turut serta..maaf ya sayang.babah kerja.huhuhuhu..tapi ibu masih boleh lihat kemeriahannya di laman facebook sekolah Afrina.Teriman kasih pada yang muat turun gambar-gambar ini.Seronok lihat semua gambar di bawah ini..keriangan kanak-kanak sambut hari raya di sekolah.comel je pakai baju raya.






















Happy Eid Mubarak dari kawan Afrina..


Thursday, 30 July 2015

"I LOVE YOU TOO.."

ummul azkee


  Rasanya lama UA tak bercerita tentang telatah anak-anak..kali ini UA mahu bercerita tentang Adriana yang sedang berjinak-jinak berbahasa inggeris.Nanti boleh baca balik cerita di sini tentang anak-anak apabila mereka sudah besar.Maklumlah terlalu banyak kenangan membesarkan anak-anak..pasti akan ada yang terlupa.

  Tindak tanduk Adriana banyak dipengaruhi kakak dia,Afrina.UA ingat lagi bagaimana bermulanya Afrina berminat untuk bercakap dalam bahasa inggeris.Semuanya bermula apabila dia bertemu dengan anak kawan en.suami,yang merupakan anak kacukan inggeris-cina.Seperti selalu yang kita lihat,pasti anak kacukan ini akan bercakap dalam bahasa inggeris.Waktu mereka bertemu dan berborak UA lihat mereka berdua berborak macam itik dan ayam bercakap.huhuhuhu.Afrina berbahasa melayu,anak kawan en.suami pula bebahasa inggeris.Maka,UA lah yang jadi jurubahasa mereka berdua.Kanak-kanak kan,kalau berjumpa walaupun tak kenal pasti mahu berkawan dan main bersama walaupun tidak memahami bahasa antara satu sama lain.huhuhu..

  Sejak dari hari itu,UA dan suami lihat Afrina banyak mengomel seorang diri dalam bahasa inggeris dan suka mengikut ayat-ayat bahasa inggeris yang dia dengar dari cerita kartun dan senang memahami apabila menonton kartun mahupun apabila mendengar en.suami berbual di telefon.UA dan en.suami yang mahu gunakan bahasa inggeris sebagai bahasa rahsia pun xboleh..mesti dia tahu!


  Ok,berbalik pada Adriana,dia pun sudah terikut-ikut kakak dia mahu mempelajari dan bercakap dalam bahasa inggeris.Kebiasaanya setiap malam sebelum tidur pasti Afrina akan bersalaman dan berpelukan,dengan UA dan en.suami dan ayat wajib semestinya..'Good night,ibu..love you!,dan pasti nya UA akan balas" love you too!".Kalau tak dia takkan tidur dan akan tunggu sampai UA balas ucapankan selamat malam dia.huhuhuhu..Buat pengetahuan,kebiasaan ini bermula secara spontan dan semestinya Afrina yang mulakan.huhuhhu...

  Adriana pun tak mahu terlepas untuk berbuat perkara yang sama,ucapkan selamat malam pada UA,tapi yang kelakarnya,walaupun dia yang mulakan ucapan selamat malam itu, mesti dia akan sebut."Good night,ibu...love you too,ibu.." Puas UA betulkan ayat dia,kalau dia yang mulakan cakap kena kata "I love you,ibu.."tapi dia tetap juga mahu sebut"I love you too,ibu..."
huhuhuhu..UA pun layan je lah dengan membalas I love you too..hahahaha..





Wednesday, 29 July 2015

Iklan Raya mengusik jiwa

ummul azkee


Iklan Raya  Petronas





Rumah kampung Atuk dan wan


    Siapa pernah tonton iklan di atas?iklan raya di atas ini iklan raya Petronas  2014.Iklan raya ini iklan paling terbaik bagi UA.Nak tahu kenapa?sebab iklan ini mengingatkan UA pada rumah lama arwah atuk dan wan UA dahulu.Sama sangat!Waktu mula-mula tengok iklan ini,UA terus simpan dan hantar di whaspp umi.Umi pun kata sama sangat rumah itu dengan rumah atuk dengan wan UA.
sampaikan umi sebak tonton iklan ini sebab teringatkan arwah atuk dan wan.
    Sayang sekali semuanya tinggal kenangan.rumah itu kini tiada lagi dek kerana kemajuan kampung waktu itu.ia sudah dirobohkan dan tapak rumah itu kini padang bola...sedih pun ada apabila tengok iklan ini teringat arwah atuk dan wan,juga kenangan di rumah itu.
    Kenangan zaman kanak-kanak terimbau apabila menonton iklan raya petronas ini.Kenangan dengan atuk yang selalu duduk di kerusi malas di beranda rumah itu.UA dulu nakal lah juga selalu tak dengar cakap umi..selalu nak curi-curi keluar sebab nak main bawah rumah atuk..seronok main nyorok-nyorok bawah rumah itu,sejuk sahaja.hehehe..
     Yang paling UA ingat atuk bertindak menjadi jaga di beranda.kalau UA nak keluar di cubit guna jari kaki macam ketam..Apabila tengok kanak-kanak dalam iklan ini teringat diri sendiri.Seronok nya zaman itu..Rindunya sampaikan UA terfikir "kalaulah boleh bina kembali rumah kenangan itu"pasti seronok..sudah tentu umi,walid,pakcik dan makcik suka..hm..tak mustahil kan impian ini..
   



Thursday, 16 July 2015

#cabaran20hari pengalaman main mercun masa raya

ummul azkee


Pengalaman Main mercun masa raya




    Pengalaman main mercun masa raya??hm...serius UA tak pernah main mercun!!!....bahaya okay!nanti putus jari!macam gambar bawah ini..ngeri!elok-elok sempurna..sekelip mata sahaja hilang jari lah,telinga lah..errr..mimpi ngeri..

google image


Beringat sebelum kena!!ingat ya semua,nanti elok-elok riang gembira di hari raya akan bertukar duka pula...Jadi jauhi mercun..



google image



Salah siapa???Diri sendirilahh...mak ayah sudah tentu melarang,kita yang ketegakkk..



AMARAN:


JAUHI MERCUN!


PESANAN DARI INSAN PRIHATIN



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2015

MAAF ZAHIR DAN BATIN...




#cabaran20hari #pengalamanmainmercunmasaraya #exchnagefeedsgroup #kbba

#cabaran20hari Senarai kuih raya pilihan hati

ummul azkee


SENARAI KUIH RAYA PILIHAN HATI


Apabila bercakap mengenai kuih raya pilihan,satu malam fikir kuih apa yang UA akan pilih apabila pergi beraya..setelah mengimbau kembali raya yang lepas rasanya inilah kuih raya pilihan hati UA..
Moh tengok apa piliha hati UA...


1.kuih tat nenas


google image



2.Bangkit Kelapa


google image







3.Kuih semperit

google image




4.Biskut Coklat chip



Hah!itula dia antara kuih pilihan hati UA.yang akhir sekali itu memang kesukaan UA.dari kecil lagi setiap tahun umi tak pernah tak buat biskut coklat chip.selalunya biskut inilah paling cepat habis.adik-beradik UA suka biskut ini,tetamu pun sukakannya..lagi-lagi kanak-kanak..yummy!!!!!!!!


SELAMAT HARI RAYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


#cabaran20hari #kuihrayapilihan hati #exchangefeedsgroup #kbba

Wednesday, 15 July 2015

#cabaran20hari Nostalgia kad raya

ummul azkee


NOSTALGIA KAD RAYA


  Kalau mahu bercerita tentang nostalgia kad raya ini memang banyak..huhuhu..kalau dulu masa zaman sekolah,UA dengan kawan-kawan suka berbalas kad raya walaupun hari-hari jumpa di sekolah..hahaha..kelakar kan..siap tulis jemput datang rumah dalam kad raya lagi..tapi seronok apabila dapat banyak kad raya.hihihihihih..tak lupa juga bagi pada guru kelas dan juga guru kesayangan.seronok apabila teringat kembali waktu itu.

   Sepupu UA pun ada yang pos kad raya di rumah.Punyalah seronok dulu kalau ada surat nama sendiri.Lagi -lagi kalau waktu hampir raya..boleh agak mesti kad raya..hahahaha...


antara koleksi kad raya dari kawan-kawan sekolah dan sepupu dulu...UA masih simpan lagi hingga kini..memori ..memamg tersenyum-senyum kalau baca.hihihihi


 Teringat dulu,umi pernah bawa masuk pokok yang berdaun ke dalam rumah semata-mata sebab nak gantung kad raya..memang seronok masa itu.Umi melayan kami adik beradik sebab mahukan suasana hari raya di rumah sendiri..sebab di rumah nenek pun begitu juga.Disebabkan rumah nenek dekat dan pagi raya baru ke sana..maka, suasana raya di rumah sendiri itu pun penting..untuk menaikkan mood raya...hahahaha...contoh macam gambar di bawah ini..tapi gambar bawah ini ranting kan.UA dulu gantung pada pokok yang ada daun lagi ok...hahahaha..


google image




Zaman bercinta pun ada juga dapat kad raya tau!ehemmm...hehehehe...dan UA masih juga simpan hingga kini.Tergelak seorang kalau baca kad raya cintan cintun.muahhaha...tapi kad raya cintan -cintun UA tak ada bedak-bedak wangi ok!hahaha...

antara kad raya cintan cintun dari en.suami dari zaman bercinta..konon.hehehee..apa  yang ditulisnya itu rahsia...hahaha


Tahun ini UA baru sahaja dapat satu kad raya.Dari rakan EFG,Kak SA..Itu satu sahaja!Di rumah umi tak tahu lah ada ke tak..tunggu balik sana baru tahu..terima kasih kak S.A..seronok dapat kad raya...hihihihi








#Cabaran20hari #nostalgia kad raya #exchangefeedgroup #kbba


#cabaran20hari Menu wajib di pagi raya

ummul azkee


MENU WAJIB DI PAGI RAYA


Menu wajib pagi raya kalau di rumah umi UA sejak dari dulu lagi..semestinya ketupat atau nasi imipit berlaukkan....



AYAM MASAK KICAP


google images






KUAH MASAK LODEH  



google image






KUAH KACANG





erm....sedapnya...tak sabar nak balik rumah umi.....


#cabaran20hari #menu wajub raya #exchangefeedgroup #kbba

Sunday, 12 July 2015

#cabaran20hari aktiviti di pagi raya

ummul azkee


AKTIVITI DI PAGI RAYA


  Pagi raya selalunya pagi yang paling sibuk buat umi UA sejak dulu lagi.dari siapkan pakaian walid untuk solat sunat hari raya,kemas rumah dan juga sediakan juadah pagi untuk walid sebelum ke masjid.Cumanya apabila kami adik beradik sudah boleh berdikari,semua akan tolong umi apa yng patut.Biasanya akan ada salah seorang kena tinggal di rumah untuk kemas rumah kali terakhir pagi raya itu sebelum ke rumah nenek.
  Pagi raya selepas subuh memang riuh dah rumah..Walid balik dari solat subuh dia dah jerit suruh anak-anak dia bangun bersiap-siap ,Bangun!!!!!!!!hari ini hari raya..hehehehe..disebabkan anak-anak dia 6 orang anak dara,tahu-tahu jerla bersiap kan.hahahaha..itu yang dia suruh bangun awal,gosok baju raya kena bergilir,mandi pun bergilir-gilir..almaklum,ramai..hehehe..

  Tahun ini UA beraya di rumah umi dan walid sebab tahun lepas beraya di rumah mertua.Jadinnya pagi raya UA mula-mula sekali mestilah ke dapur dulu tolong umi sediakan juadah untuk dimakan sebelum pergi solat sunat di masjid.Lepas semua orang sudah ke masjid barulah kemas dapur sebelum bersiap.
  Selesai bab dapur siapkan anak-anak pula,dan akhir sekali barulah ibu nya bersiap..selaunya masa UA selesai jer bersiap,umi,walid suami  dan adik-adik pun pulang dari masjid.
 Aktiviti selepas itu mestilah bersalam-salaman dan bermaaf maafan antara satu sama lain.Kemudian,aktviti bergambar satu keluarga,aktiviti yang paling seronok buat UA dan keluarga.

   Selesai sesi bergambar barulah kami semua akan bergerak ke rumah nenek di pelabuhan klang,tapi tahun pasti terasa kelainannya kerana tahun ini merupakan tahun pertama kami beraya tanpa nenek.hm...sedihhh...

 Itulah aktiviti pagi raya UA... sekian..


#cabaran20hari #aktiviti pagi raya #exchangefeedsgroup #kbba




Saturday, 11 July 2015

#cabaran20hari Ucapan raya dan foto kenangan raya yang lepas

ummul azkee

UCAPAN RAYA BUAT SEMUA



       Selamat Hari Raya Aidilfitribuat semua pembaca blog UA,blogger-blogger semua yang sudi mengikuti blog UA yang biasa-biasa sahaja,juga pada yang sudi tinggalkan komen,
tak jemu-jemu membaca..terima kasih.Tak lupa juga pada rakan-rakan Exchangefeedsgroup yang sentiasa menceriakan dunia blog UA.Sayang kamu semua!Semoga Aidilfitri tahun ini memberi kegembiraan buat kita semua.


  Maaf dipinta andai ada penulisan UA menyinggung hati kalian semua.Jadikan hari raya kali ini penuh bermakna dengan saling maaf memaafi antara satu sama lain.
  Buang yang keruh,ambil yang jernih.Tahun depan belum tentu akan bertemu lagi.Jadi,jangan lepaskan peluang ini mengeratkan silaurahim yang terjalin antara kita.
Andai ada sengketa,lupakan dengan seikhlas hati,Kita semua hamba yang  takkan pernah terlepas dari membuat kesilapan.Memaafkan amalan mulia,penenang jiwa,hidup pun gembira sentiasa...


  Untuk tambahkan mood raya,mari UA belanja dua tiga gambar kenangan raya kesukaan UA..

SALAM AIDILFITRI













Adriana si kaki posing...hehehe..




PECAH KACA,PECAH PEN,
SUDAH BACA HARAP KOMEN...



apa punya pantun daa...hehehehehe......


#cabaran20hari #ucapan raya dan gambar raya #exchangefeedgroup #kbba

Friday, 10 July 2015

#cabaran20hari Memori indah raya 90an....

ummul azkee


Memori indah raya 90an






afrina main bunga api..hihihihi



   Indah ke raya 90an??sesiapa yang zaman kanak-kanaknya tahun 90an mestilah indahkah.Mana tak indahnya,zaman ini lah seronok berhari raya,tak fikir apa zaman ini..tahu nya kalau raya nak baju raya baru,kasut baru,segalanya nak yang baru tanpa tahu mak ayah kita pening fikirkan bajet untuk memenuhi keperluan raya.heheehe..UA pun sama begitu!hikhik..

   Tapi yang seronoknya raya tahun 90an ini,malam raya mesti main bunga api,di kawasan rumah meriah dengan suara kanak-kanak seusia bersama-sama bermain bunga api,seronok apabila teringat zaman itu.Meriah sangat!

   Selain itu apabila malam,cantik bercahaya kawasan rumah dengan pelita di sepanjang jalan
.Biasanya pelita di pasang 7hari sebelum raya,atau di sebut Malam tujuh lekur..Semua pun tak sabar menanti malam itu.Biasa malam tujuh lekur kami sekeluarga akan keliling kawasan rumah melihat pelita.Dulu UA tinggal di kawasan yang agak dalam jadi setiap jalan ada cara tersendiri memasang pelita.Lebih meriah lagi di kampung nenek UA..Satu kampung sepanjang jalan ada pelita..terasa suasana raya.Bunyi meriam silih berganti apabila raya semakin hampir.

  Dari kecil lagi UA tak pernah merasa balik kampung jauh-jauh,rumah nenek UA di kedua belah pihak umi dan walid tinggal di selangoe sahaja.Kebiasaannya pagi raya baru kami pulang ke rumah nenek,bertemu dengan pakcik dan makcik serta sepupu sepapat sebaya.waktu ini lah yang paling meriah,penuh rumah nenek dengan kami sahaja.riuh sekampung.Seronokkk!!!!!!!!!!!!

   Kalau dah berkumpul mestilah dapat duit raya dari makcik dan pakcik,UA dalam raya pertama sahaja dah dapat banyak duit raya sebab pakcik dan makcik ada 9orang..masyukkkk..hehehehehe...
Lepas itu kalau balik dari beraya masing-masing,UA dengan adik-adik kira duit raya masing-masing..lawan siapa yang banyak..hehehe..Selalunya UA lah paling banyak..yang sulung dan paling besar lah katakan...hahahahaha..

  Lepas itu seminggu raya tak habis beraya rumah makcik dan pakcik..sibuk hari raya mengalahkan menteri,duduk rumah pun tak sempat..hehehe..


#cabaran20hari #memoriraya90an #exchangefeedgroup #kbba

  


Thursday, 9 July 2015

#cabaran20hari Biskut atau kerepek?Mana satu pilihan hati?

ummul azkee


KUIH RAYA PILIHAN


BISKUT ATAU KEREPEK?MANA SATU PILIHAN HATI?


  OK,hari ini untuk #cabaran20hari topiknya kuih raya.hm..Bab kuih raya ini UA lemah sikit,
hehehe..bukan apa,sebab UA ini bukan jenis yang suka sangat makan kuih raya yang kebanyakkan nya biskut pelbagai jenis..rasa muak apabila makan.Dari zaman remaja hingga sekarang,kaalau pergi beraya UA takkan menjamah kuih-kuih raya ini melainkan jeruk ataupun kerepek.hehehe..itulah UA..

kerepek bawang
google image



karipap mini
google image



   Kalau waktu zaman kanak-kanak,kalau pergi beraya UA suka makan kerepek bawamg dan karipap mini.Memang itu sahaja dua jenis kuih raya yang UA suka.Biskut raya yang macam-macam itu memang UA tak pandang..heheehe..
   Satu-satu nya kuih raya popular di kalangan masyarakat melayu yang UA suka adalah kuih tat,kalau ikutkan kuih tat pun UA tak layan sebab kurang suka makanan manis,tetepi desebabkan umi dan en.suami suka sangat kuih tat ini,UA pun terlayan la juga.tapi tidaklah menggila sangat sukakannya
macam mereka berdua.hihihihi.


kuih tat
google image


Kalau nak tahu apa pilihan kuih raya UA sekarang yang UA betul-betul suka,sampaikan satu peket boleh makan seorang adalah .........


kerepek pisang
google image

KEREPEK PISANG.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



sedapnya kerepek pisang....hihihihi.itu sahaja.Sekian.



#cabaran20hari #kuihrayapilihan #exchangefeedsgroup #kbba

  
  

Wednesday, 8 July 2015

#Cabaran20hari Bajet Raya?

ummul azkee

BAJET RAYA 2015


duit raya
google images



  Bercerita tentang bajet raya tahun ini,rasanya ramai yang agak pening memikirkan bajet raya tahun ini,lebih-lebih lagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai tanggungan,keluarga UA pun tak terlepas dengan situasi yang sama.Berbeza dengan tahun lepas,orang ramai pasti terasa dengan harga barang yang meningkat selepas  perlaksanaan GST tahun ini,ditambah pula dengan harga minyak yang naik baru-baru ini,harga barangan pun semakin naik.

  Jadi bajet raya keluarga UA pun berkurangan tahun ini,kami membeli barang ikut keperluan dan dahulukan keperluan anak-anak sahaja.Bajet untuk duit raya tahun ini pun nampaknya tiada.Selalunya setiap tahun kami pasti akan peruntukkan bajet untuk duit raya tapi tahun ini kewangan agak menyesakkan,dengan perbelanjaan rumah,keperluan raya anak-anak,jga persekolahan anak-anak.Jadi tahun ini kami beraya secara sederhana sahaja.Yang paling penting dapat berkumpul bersama sanak-saudara,bermaaf-maafan dan gembira meraikan hari kemenangan pada 1syawal nanti.Kekurangan jangan dijadikan alasan untuk tidak bergembira ya?Syukur selalu,sekurang-kurangnya kita masih boleh menyambut hari raya dengan aman dan damai.


#cabaran20hari #bajet raya #exchangefeedgroup #kbba

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib