New Balance?siapa yang tak
mengenali jenama kasut ini?Rasanya rata-rata semua orang tahu akan kewujudan
jenama kasut ini,bukan?New Balance adalah satu jenama kasut sukan yang tak perlu diperkenalkan lagi di
Malaysia dan menjadi pilihan penggemar sukan mahupun pencinta fesyen tidak
mengira lelaki atau perempuan.Rekaan yang segar dan terkini
menjadikan jenama kasut ini menjadi pilihan ramai.
Bila kita cakap tentang jenama kasut
sukan terkemuka New Balance pasti kita sudah terbayang dengan koleksi kasut New Balance terkini bukan? Apatah lagi
kerana koleksi terbaru kasut NB yang terbaru diperbuat dengan bahan yang sangat
bermutu lantas mengekalkan reputasi jenama hebat ini dalam pasaran di seluruh
dunia. Namun sebenarnya antara faktor utama yang membuatkan jenama New Balance
lebih menyerlah dalam industri sukan dan fesyen adalah kerana rekaan kasutnya
yang sangat cantik, segar dan cukup fashionable!
Malah apa yang menarik ialah sekarang
ini New Balance telah tampil dengan koleksi kasut larian dan sneaker yang
sangat lawa rekaannya. Cukup lawa untuk anda pakai sepanjang hari! Ya!ini
bermakna anda boleh memakai kasut sukan New Balance ini bukan semata-mata untuk
tujuan bersukan sahaja ya! Sebaliknya anda boleh pakai untuk hari-hari biasa
walau ke mana sahaja anda mahu pergi.
Tapi pasti ramai tertanya-tanya
bagaimana mahu tampil menarik dan bergaya dengan kasut sukan dari New
Balance?Seperti yang kita sedia maklum,imej yang sporty sekarang cukup ‘in’
dalam dunia fesyen. Anda boleh gabungkan pakaian kegemaran anda bersama kasut
New Balance Malaysia untuk dijadikan outfit yang lebih segar penampilannya.
Tidak percaya? Jom tengok gambar di bawah.
Dengan mudah anda mampu menonjolkan gaya fesyen yang lebih maskulin
hanya dengan memakai sepasang kasut ‘sneakers dari New Balance. Kasut New
Balance itu pasti akan memberikan sentuhan yang lebih unik ke atas keseluruhan
persalinan anda!
Jika anda lebih meminati gaya kasual
yang ringkas kasut sneaker New Balance merupakan pilihan yang terbaik. Ia mampu
membuatkan anda kelihatan lebih berfesyen tanpa mengenepikan gaya kasual
pilihan anda.
Trademark N tu mmg sempoi..
ReplyDeleteKalau dulu selalu beli kasut NB yang cetak rompak. Masa tu NB pun belum terkenal. Sekarang kena cari yang original
ReplyDeletecari arz jgn tak cri..di zalora pun adoo..senang,klik aja..
ReplyDelete