Lily Umi..
Dari fotografi menjadi lukisan
Ok,hari ini UA mahu cerita tentang seni lukis dan fotografi.Sebenarnya fotografi dan lukisan berkait rapat dan bersatu dalam seni lukis dan seni reka.Dan kedua-dua bidang ini memerlukan sentuhan magik dan kreativiti bagi menghasilkan satu karya yang memukau dan bermakna.,Melalui lukisan dan fotografi kita boleh menyampaikan sesuatu mesej atau cerita apabila dilihat dengan pandangan mata.
UA memang sukakan fotografi dan lukisan.Jadi selalunya kalau UA sukakan sesuatu objek UA akan abadikan dalam bentuk fotografi mengikut komposisi yang UA suka.Dan selepas itu,sekiranya UA dapati yang objek tersebut menarik untuk dilukis maka UA akan lukis objek tersebut mengikut komposisi yang sesuai dengan sesuatu lukisan.
Tahu tak yang gambar memang memainkan peranan penting bagi setiap pelukis?memang ada yang melukis hanya dengan melihat terus objek terus,tetapi kebanyakkan nya akan menyimpan gambar sebagai rujukan lukisan,seperti UA.
Gambar bunga lily dibawah itu di ambil dari halaman rumah umi UA hanya menggunakan blackberry.Hasilnya memang memuaskan kan? .Umi memang sukakan bunga. dan suka menanam pelbagai jenis bunga.sebab tengok lily ini cantik sangat,teruja pula nak melukisnya.
Lukisan yang dihasilkan sama mengikut gambar atau objek yang realistik dipanggil realism.Jadi langkah yang biasa di ambil untuk menghasilkan lukisan realistik ialah melalui fotografi seperti lukisan Lily umi yang UA hasilkan ini.Dan aktiviti melukis diluar tanpa menggunakkan foto disebut "Plain air".UA tak begitu gemar plain air sebab...ketar bila melukis depan orang..tak boleh fokus..huhuhuhu..Untuk lukisan Lily Umi ini UA mengunakkan medium pensel warna pada kertas lukisan..buat pengetahuan semua lukisan ini telah dipamerkan pada Pameran Pensel Warna Malaysia 2014 di Menara Kuala Lumpur dan merupakan aktitivi pameran pertama yang UA sertai.Untuk cerita mengenai Pameran itu boleh baca di sini
Dari FOTOGRAFI...
Akhirnya......
MENJADI LUKISAN....
Lily Umi
Pencil colour on paper
-------------------------------------------------------------------------
Cantiknya ummul...tangan seni nihh...
ReplyDelete#clickclicknufnang
cantiklah Ummul!!
ReplyDeletetq kak azi..
ReplyDeletetg kak eny..