Resepi hidangan sahur yang mudah,cepat dan menyelerakan
Apabila terbaca tajuk hari ketiga cabaran20hari ini,iaitu resepi hidangan sahur paling ringkas,serta merta resepi ikan bilis kentang goreng kicap lah yang terlintas dalam fikiran UA,baru minggu lepas masak lauk ini untuk bersahur,waktu itu memang buntu mahu makan apa untuk bersahur.Bangun-bangun untuk bersahur terus dapat idea masak lauk ini.Apalagi terus lah masuk dapur dengan mamai.hehehehe..Memang senang nak masak lauk ini tahu,semudah ABC.Tak sampai 5minit dah siap!
dan paling penting menyelerakan,UA sampai bertambah-tambah makan nasi walaupun sahur berseorangan.Resepi ini sebenarnya resepi umi UA,dahulu kalau umi tak masak,inilah lauk yang selalu UA masak untuk makan.Memang senang sangat.Nak tahu resepi?mari UA bagi..boleh cuba!sedap tahu!
IKAN BILIS KENTANG GORENG BERKICAP
BAHAN-BAHAN
Bawang merah 1biji
Bawang putih 2ulas
ikan bilis segengam
kentang 2biji
cili padi ikut kepedasan yang anda mahu
kicap secukupnya
CARA-CARA
1.Mula-mula goreng ikan bilis dan kentang
2.Panaskan minyak,kemudian,tumis bawang merah,bawang putih dan cili
3.seterusnya masukkan kicap,kuantiti kicap mengikut banyak mana kentang dan ikan bilis
kalau UA suka smpai hitam.
4.masukkan kentang,gaul smpai sebati,kemudian tutup api
5.akhir sekali masukkan ikan bilis dan gaul rata..siap!
Kalau ikut UA kadang-kadang suka lebihkan minyak macam dalam gambar di atas itu jika tiada lauk berkuah..minyak dan kicap bergabung memang sedap!
senang kan...cubalah yer,memang sedap!
Salam...
ReplyDeletewahhh bonde pon ade masak menu ni... memang ringkas dan sedap Fatin suka...
baca sini : http://kumahuitu.blogspot.com/2015/06/cabaran20hari-yang-ke-3-resepi-hidangan.html
nak ringkas semua resepi berasaskan kicap.. hehehe..yoorin pon..
ReplyDeletesungguh menyelerakan kan ummul di makan dengan nasi panas, kicap memang wajib bagi kak ana haha :)
ReplyDelete