Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Tuesday, 30 June 2015

#Cabaran20hari Menu wajib bulan puasa

ummul azkee

MENU WAJIB BULAN PUASA

  Menu wajib bulan puasa?hm...sebenarnya banyak menu yang UA suka makan apabila tiba bulan puasa.Kuih muih untuk berbuka puasa dan juga lauk-pauk untuk bersahur.Untuk berbuka UA biasanya akan makan makanan yang ringkas sahaja seperti kuih muih,jarang makan nasi untuk berbuka sebab sudah terbiasa berbuka puasa dengan kuih muih dari kecil lagi.Antara kuih-muih dan makanan yang selalunya wajib ada apabila tiba bulan puasa ialah




1.Jemput-jemput

     Jemput-jemput ini memang kesukaan UA,walaupun ringkas UA suka sangat!Dulu umi selalu masak jempu-jemput ini untuk berbuka puasa.Yang istimewanya jemput-jemput ini ia rangup di luar.Itu yang sedap itu.Gambar di atas itu UA ambil beberapa hari lepas,UA masak untuk berbuka puasa.Kalau rajin selalunya UA akan buat sos nya sendiri menggunakkan cili giling,bawang putih yang ditumbuk,asam keping dan sedikit gula,juga garam.panaskan atas api sehingga masak dan tambah tepung jagung untuk memekatkan sos.Memang sedap!nyummm..terliur sudah..





2.karipap

    Suka karipap sangat,walaupun masa bukan bulan puasa selalu jer beli,kalau bulan puasa lagi lah mencari.hihihihi.Tapi tahun ini bulan puasa UA buat karipap sendri.Puasa hari kedua sudah selamat menu wajib ini ada waktu berbuka puasa







3.Ayam percik

  Ini pun suka!memang tiap tahun akan mencari di baazar ramadhan dan beli.aduhai tergoda tengok gambar ayam percik ini.Menyesal tak update cabaran20hari ini malam tadi.










4.Sambal goreng

  Ha!Menu ini paling wajib apabila bulan puasa sebagai penambah selera waktu bersahur.Lauk ini sahaja pun sudah cukup untuk UA








5.Tempe goreng

Ini pun wajib ada kalau bersahur,makan dengan nasi berlauk dengan tempe goreng rangup...memang terbaik..


itulah antara menu wajib bulan puasa UA,Sebenarnya ada banyak lagi tapi rasanya sahaja yang mahu dikongsi sebab rasa dah tergoda dengan gambar-gambar diatas..gluppp..


#Cabaran20hari HARI KEEMPAT menu wajib bulan puasa #exchange feed group #kbba




Monday, 29 June 2015

#Cabaran20hari resepi hidangan sahur paling ringkas,cepat,mudah dan menyelerakan

ummul azkee

Resepi hidangan sahur yang mudah,cepat dan menyelerakan


    Apabila terbaca tajuk hari ketiga cabaran20hari ini,iaitu resepi hidangan sahur paling ringkas,serta merta resepi ikan bilis kentang goreng kicap lah yang terlintas dalam fikiran UA,baru minggu lepas masak lauk ini untuk bersahur,waktu itu memang buntu mahu makan apa untuk bersahur.Bangun-bangun untuk bersahur terus dapat idea masak lauk ini.Apalagi terus lah masuk dapur dengan mamai.hehehehe..Memang senang nak masak lauk ini tahu,semudah ABC.Tak sampai 5minit dah siap!
dan paling penting menyelerakan,UA sampai bertambah-tambah makan nasi walaupun sahur berseorangan.Resepi ini sebenarnya resepi umi UA,dahulu kalau umi tak masak,inilah lauk yang selalu UA masak untuk makan.Memang senang sangat.Nak tahu resepi?mari UA bagi..boleh cuba!sedap tahu!



ikan bilis kentang goreng kicap


IKAN BILIS KENTANG GORENG  BERKICAP

 BAHAN-BAHAN

 Bawang merah  1biji
 Bawang putih    2ulas
 ikan bilis            segengam
 kentang              2biji
 cili padi             ikut  kepedasan yang anda mahu
 kicap                 secukupnya


CARA-CARA

1.Mula-mula goreng ikan bilis dan kentang
2.Panaskan minyak,kemudian,tumis bawang merah,bawang putih dan cili
3.seterusnya masukkan kicap,kuantiti kicap mengikut banyak mana kentang dan ikan bilis
   kalau UA suka smpai hitam.
4.masukkan kentang,gaul smpai sebati,kemudian tutup api
5.akhir sekali masukkan ikan bilis dan gaul rata..siap!

Kalau ikut UA kadang-kadang suka lebihkan minyak macam dalam gambar di atas itu jika tiada lauk berkuah..minyak dan kicap bergabung memang sedap!

senang kan...cubalah yer,memang sedap!


Sunday, 28 June 2015

#cabaran20hari pengalaman sahur zaman kanak-kanak

ummul azkee


sunnah bersahur
google image

PENGALAMAN SAHUR ZAMAN KANAK-KANAK


  Berceita tentang pengalaman sahur,UA rasa semua orang ada pengalaman masing-masing yang takkan boleh dilupakan.Mungkin ada yang pengalamannya manis,ada pula mungkin pahit.Tapi bagi UA pengalaman sahur yang paling UA ingat adalah pengalaman bersahur waktu zaman kanak-kanak.
Selalunya zaman kanak-kanak lah zaman yang paling kita kenang kan.maklumlah zaman kanak-kanak
zaman yang penuh gelak tawa,zaman naif ,tak tahu tentang hakikat hidup sebenar.Yang tahu hanya main,makan tidur..ye tak??hikhik..

  Bersahur bagi kebanyakkan orang adalah satu benda yang amat berat dan payah kan bukan?Lebih-lebih lagi kanak-kanak.UA pun kadang-kadang tak terlepas juga dengan tabiat malas bersahur ini.tapi malas macam mana pun pasti bangun untuk bersahur sebab sudah terbiasa dari kecil lagi tak pernah tinggal sahur.


google image


  Dulu,semasa  zaman kanak-kanak memang UA lah paling liat mahu bangun sahur.Berkali-kali walid kejutkan pun tak bangun-bangun.Lagi sayang tidur masa itu.huhuhuhu..kasihan walid apabila teringat balik.hikhik.kadang-kadang sampaikan walid  pam air di muka sebab mahu pastikan UA dan adik-adik bangun bersahur.Macam itu sekali dia buat sebab mahu anak-anak dia bersahur.Dia tak mahu anak dia rasa letih sangat di siag hari.Satu lagi sebab sahur kan sunnah,jadi walid sebolehnya mahu anak-anak ikuti sunnah seperti yang sepatutnya.Dapat pahala dengan mudah katanya.

  Suasana bersahur  dulu sebelum kahwin memang sangat meriah!macam makan malam!Umi masak lauk sedap-sedap macam makan malam.Semua lauk-pauk segar dan panas sebab umi masak sebelum sahur.Kami adik-beradik yang walaupun liat mahu bangun sahur ini pun jadi berselera makan.sampai bertambah-tambah.hehehe..Ditambah pula kami adik-beradik semua makan bersama dengan umi dan walid lagi lah bertambah berselera kan.

  Selepas selesai sahur memang kami semua tak tidur,sebab walid tak bagi.Kalau tidur memang akan kena bebel..Jadi biasanya lepas sahur,unutk hilangkan mengantuk kami adik-beradik akan berborak-borak dengan umi,Umi pun ceritalah tentang suasana puasa,bersahur dan beraya masa zaman muda-muda dulu.Sampai lah azan berkumandang barula berhenti..hehehe.. 

  Itulah pengalaman bersahur zaman kanak-kanak UA,selalu memang akan terkenang saat itu sebab sekarang bersahur sendiri sahaja tak semeriah dulu dengan adik-beradik,umi dan walid.Kalau ada peluang pun bersahur bersama mungkin sekali dua,itupun tak semua ada sebab ada yang sambung belajar,ada yang sudah berkahwin kan.

Pengalaman sahur anda semua pula bagaimana?mestilah lagi menarik bukan..?Mari berkongsi cerita!

#cabaran20hari 



   


Saturday, 27 June 2015

#Cabaran20hari Apa erti Puasa pada anda?

ummul azkee

APA ERTI PUASA


perkara yang perlu dan tak perlu dalam bulan ramadhan
google image

Apa erti puasa pada anda?


 Puasa dalam bahasa arab bermaksud 'menahan diri'

 Manakala dari segi syarak pula bermaksud '"menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar  sehingga terbenam matahari berserta niat".

 Mengikut pemahaman UA tentang erti puasa ini,dari sejak kecil hinggalah dewasa berubah mengikut kematangan dan ilmu yang kita perolehi. Kalau dulu masa zaman kanak-kanak apa yang terlintas di fikiran masa itu,Puasa itu ertinya kita tak boleh makan atau minum sepanjang bulan ramadhan.Pasti semua pun fikir macam itu kan dulu masa zaman kanak-kanak.huhuhu..Selain itu kita tak tahu apa faedahnya puasa.Mengapa perlu berpuasa?Pasti dahulu semua itu bermain dalam fikiran kita,kan?

 Selepas itu,semakin dewasa kita di didedahkan sedikit demi sedikit tentang erti kata sebenar puasa.Di alam persekolahan kita didedahkan dengan ilmu-ilmu tentang puasa dalam erti puasa yang sebenar mengikut agama.Kalau dulu kita tak nampak apa faedahnya puasa,melainkan hanya lapar dan dahaga,semakin hari semakin kita mengerti tentang erti puasa yang sebenar dalam ajaran Islam.

Bagi UA puasa ini bukan setakat menahan diri dari makan dan minum sahaja.Puasa ini juga bermaksud kita juga perlu menahan diri kita dari perkara-perkara yang negatif  yang dilarang atau tidak disukai dalam islam.Itulah erti puasa secara keseluruhannya.

Selain dari tidak makan dan tidak minum.Kita juga perlu menahan diri kita dari tidak menipu,
mengumpat,mengadu domba,bergaduh,berkata perkataan yang buruk.

Puasa menjadikan kita manusia yang sentiasa taat dalam melaksanakan setiap perintahNya,melatih diri kita menjadi manusia yang sabar dan tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran.


Itulah Erti puasa bagi UA,ada bagaimana??Mari kongsikan...#cabaran20hari

Asam pedas untuk dia

ummul azkee

Asam Pedas untuk Dia...



asam pedas


  Sesiapa yang lihat gambar asam pedas UA ini dalam gambar di atas ini,mesti fikir macam tak sedap je kan..hikhik..Ini asam pedas yang UA masak beberapa haril lepas untuk hidangan berbuka dan sahur sekali.Maaflah ye gambar memang tak berapa nak selera untuk dilihat,sebab memang ini sahaja gambar yang sempat diambil,itupun setelah ikannya habis di makan.huhuhu.Tapi jangan pandang pada rupa ok,cubalah rasa dulu..huhuhuhu.
  Encik.suami kata sedap..paling sedap sepanjang perkahwinan kami.Cukup rasa katanya asam pedas UA kali ini.Sebelum ini,banyak kali juga cuba masak tapi kelaut..huhuhuhu..Suami UA ini juri tetap di rumah,,kalau UA masak dialah yang mengadilinya sedap ke,..tak sedap ke..kurang itu ke,kurang ini ke..Almaklum Encik suami memang suka makan,jadi,sebab itu banyak komennya.hikhik..tapi dalam pada komen itu,UA cuba perbaiki kekurangan masakan UA.Memang selalu UA yang tanya,Ok tak?sedap tak?Memang jawapan jujur lah yang dapat kan..hehehe..Kalau dulu rasa kecil hati juga apabila di komen itu,di komen ini tentang masakan tapi sekarang UA rasa elok juga ada orang komen jujur,boleh perbaiki masakan sendiri.
  UA ini terus terang dulu sebelum kahwin memang tak berapa pandai masak lauk-pauk.Masak yang ringkas-ringkas hentam keromo boleh lah sikit-sikit.Tapi selepas kahwin semangat mahu belajar masak menggunung tinggi sebab dalam hati mahu suami dan anak-anak makan dari air tangan UA.Kalau sudah niatnya macam itu mestilah kena bersemangat kan sebab mahu pastikan setiap masakan sedap untuk dimakan sekeluarga.
 Jadi,dari hari ke hari sambil masak,sambil belajar.Kalau rasa kurang di tambah apa yang patut.Kira macam eksperimen juga masak memasak ini.Kena banyak praktis dan rajin  mencuba.Selalunya UA google resepi yang tak pernah dicuba.Kalau sedap di teruskan,jika tak menepati citarasa sendiri ubah ikut selera suami dan anak-anak.
 Setakat ini UA rasa misi UA untuk sentiasa masak masakan yang sedap untuk keluarga tercapai dengan usaha tanpa henti sampaikan Afrina anak UA  cakap 'Ibu ni selalu masak sedap-sedap hari-hari.'Dengar dia cakap macam itu rasa gembira sangat sebab impian mahu berikan yang terbaik untuk keluarga tercapai.Dan yang paling penting Asam pedas untuk Dia ,suamiku..lulus ujian rasa akhirnya..
Seronok sangat!Jadi pada sesiapa yang tak pandai masak atau baru nak belajar masak untuk keluarga jangan putus asa ya!Cuba dan terus mencuba..Practice Make Perfect!!!!!!!!!!

Friday, 26 June 2015

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

ummul azkee




Sesungguhnya cabaran dan dugaan itu hadir untuk menguji kekuatan kita. Kali ini, #Cabaran20Hari untuk menguji adakah anda blogger TEGAR?

#Cabaran20Hari adalah cabaran selama 20 hari di mana setiap hari anda perlu membuat entri menggunakan tajuk yang di beri beserta kata kunci atau keyword   #Cabaran20Hari di dalam setiap entri.

Cabaran akan bermula pada esok, 27 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015. 

Wahh!! Dah mula? 

Ya! 

Jom sahut cabaran ini!

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015  Hari 1 - 6

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 7 - 13

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 14 - 20 

Saguhati akan diberi kepada 10 penyertaan awal yang berjaya menghabiskan ke semua cabaran mengikut tajuk dan tarikh yang diberi. Penyertaan terbuka kepada semua Blogger.

Saguhati akan diberitahu kemudian. Apa tunggu lagi??

Jom mula sekarang!

Happy blogging!


Mencari hikmah disebalik ujian

ummul azkee


HIKMAH DI SEBALIK UJIAN




  Beberapa hari lepas rumah UA gelap gelita sebab ada masalah dengan bekalan elektrik.Pukul 1 masa tu,dengan cuaca yang panas memang bersauna kami anak beranak.Anak-anak apalagi merengeklah kan sebab terganggu tidurnya.Sabar jela masa itu,dugaan..
 UA sebenarnya sudah 5 tahun duduk di rumah sekarang,memang tak pernah ada masalah macam ini,dua hari juga lah rumah bergelap.Masa itu fikir mungkin dah terlalu lama suis-suis digunakan dan tiba masanya memang akan rosak juga.Fikir positif sahaja masa itu.
 Nak masak untuk berbuka pun bergelap,goreng ikan pun tak tahu da masak ke belum.huhuhhu.. Sahur bercahayakan lilin,berbuka pun sama,ala-ala candle light dinner gitu.hihihihi.Anak-anak seronok lah nampak lilin kan.semangat nak berbuka.huhuhuhu..macam-macam..
  Apabila diduga macam ini,memang kita yang sudah terbiasa bersenang lenang akan rasa hidup begitu susah kan.Hm..Masa itu terfikir orang dulu-dulu masa zaman nenek  kita lagi susah..Jadi,sesekali kita susah kenalah banyak bersabar kan.Boleh juga mengajar anak-anak agar lebih tabah.Terangkan pada mereka hidup ini bukan tempat bersenang lenang.Di sinilah kita akan diduga dengan bermacam-macam kesusahan walaupun selalunya kesenangan yang kita nikmati.
 Kesusahan itu mengajar kita untuk lebih sabar dan tabah.Kalau dulu,UA rasa tak mahu anak-anak susah,tapi persepsi sekarang mungkin berbeza,.Rasanya tak salah sesekali anak-anak kita bersusah payah kerana kesusahan akan membuatkan anak-anak kita lebih mengerti makna dan tujuan hidup ini.
Yang paling penting kita sebagai ibubapa perlu bijak memberi pemahaman pada mereka tentang kehidupan.



Wednesday, 24 June 2015

. Kekal Berseri @ Cantik dengan Madeena Skincare by Helenz Signature

ummul azkee
---------------
Anda ingin kelihatan lebih anggun bergaya di Aidil Fitri ini? Malu dengan masalah jerawat anda? Anda mempunyai kulit muka kusam?

Jika anda ada masalah itu jangan pergi dari sini


Jawapan ada di sini!!


Lihat apa yang terjadi pada kulit muka mereka ini. Semakin bersinar dan berseri.

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature

Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Logo Helenz Signature

Memperkenalkan Madeena Skincare by Helenz Signature. Produk yang disahkan Halal, mendapat jaminan KKM dan juga diformulasikan dengan teknologi terkini dengan menggunakan bahan semulajadi.

             

Manfaat Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Dapatkan Madeena Skincare by Helenz Signature yang mampu:-
  1. Mencerahkan dan Melembapkan Kulit
  2. Mengecutkan Jerawat dan Menghilangkan Jeragat
  3. Menghilangkan Whitehead dan Blackhead
  4. Menghilangkan Kulit Kusam dan Tidak Bermaya
  5. Menghilangkan Kesan Lebam di Bawah Mata
  6. Menyingkirkan Minyak Berlebihan Pada Wajah
  7. Merawat Tekstur Kulit dari Dalam
  8. Melindungi Kulit Muka dari sinaran terus UV
  9. Menghilangkan Garis-Garis Halus dan Kedutan Pada Wajah
  10. Menjadikan Wajah Lebih Cantik, Berseri dan Tampak Muda!

Harga Madeena Skincare by Helenz Signature

Dengan hari raya yang akan datang tidak lama lagi, marilah kita mempersiapkan penampilan kita.

Harga yang ditawarkan amat berbaloi. 5 in 1 complete set dengan harga RM150 dan mampu menaikkan seri muka anda. Ianya sangat BERBALOI

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature


Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan


Jadi, apa tunggu lagi?


Cara pembelian Madeena Skincare

Pembelian boleh di buat terus dengan menghubungi:

1. Helenz Signature HQ
013-3155373 (Aishah) (Whatsapp/call)

2. Facebook page
Helenz Signature Official

3. Instagram
@helenzofficial

4. Website
www.helenz.my

PERHATIAN!TAWARAN ISTIMEWA...


Khas untuk pembaca blog housewifearts,saya ada kuota voucher diskaun RM20 untuk mereka yang pertama kali nak mencuba Helenz Signature. Harga biasa ialah RM150. Selepas tolak diskaun, jadi RM130 saja. SANGAT BERBALOI kan? Dengan harga tersebut, boleh dapat 5 in 1 Helenz Signature Skincare Set. Free Poslaju pulak tu.
.
Namun, anda harus tahu, voucher ini Khas untuk 5 Pembeli terawal Sahaja. Anda harus cepat bertindak.. Jangan sampai Hq reply 'Maaf, kupon diskaun dah habis'.
.
Whatsapp kod ini sekarang: HSD130 dan hantar ke 013-3155 373
.
Jom jadi yang terawal untuk mendapatkan diskaun Khas ini.
.
Helenz Signature, Menyempurnakan Kejelitaanmu....



Agent & Stokis diperlukan
Disamping wajah anda menjadi lebih cantik dan berseri, anda juga boleh menjana pendapatan bersama Helenz Signature. Jom Whatsapp segera ke 013-3155373 (Aishah)


Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
As seen on

Nantikan juga kemunculan

MADEENA SKINCARE
by
HELENZ SIGNATURE
pada 
13 JUN 2015
dalam
NASI LEMAK KOPI O

Sunday, 21 June 2015

Penghargaan Google sempena Hari Bapa

ummul azkee


Selamat Hari Bapa


Buat Walid dan En.Suami

Selamat Hari Bapa buat semua bapa-bapa di seluruh dunia.Hari ini secara rasminya sambutan Hari bapa di sambut di seluruh pelusuk dunia.Walaupun anda hero yang tak didendang,yang mungkin kurang ditonjolkan pengorbanannya berbanding ibu-ibu .ketahuilah anda adalah hero sentiasa menjadi hero terbaik buat anak-anak.

UA dengan walid 

Selamat Hari bapa buat ayah tersayang,walid  UA yang sentiasa menyokong setiap perkara yang UA mahukan serta impikan,menjadi penyelamat di saat sukar juga manusia yang tak pernah jemu menasihati
UA agar berjaya di dunia dan akhirat.Walid sentiasa menjadi hero terbaik buat UA.Terima Kasih!!!!!

Tak lupa juga buat suami tercinta,yang sentiasa menyayangi anak-anak UA sepenuh hati sehinggakan kedang-kadang UA rasa cemburu dengan kemesraan seorang bapa pada anak-anaknya.hehehe......









Penghargaan Google buat bapa-bapa seluruh dunia

Jika ada yang sesiapa yang perasan,pagi ini,di google ada terpapar gambar yang comel antara bapa dan anak di tengah-tengah perkataan google di atas kotak pencarian.Ini merupakan satu cara google menunjukkan penghargaan mereka buat semua bapa-bapa di di seluruh dunia.Ternyata Bapa-bapa takkan pernah di lupakan oleh semua.Anda Superhero di hati anak-anak ya!!!ingat itu selalu..






Pada yang telah ketiadaan bapa di dunia ini,jangan terlalu bersedih,sentiasa sematkan di hati untuk kembali bertemu dan bersama di dunia abadi.Syurga illahi.Sentiasa ingat akan mereka dan anda masih boleh menjadi anak yang berbakti dan soleh mahupun solehah dengan menjaga aurat,ibadah serta selalu berdoa untuk kesejahteraan mereka di alam sana.



Saturday, 20 June 2015

Suasana bersahur dahulu dan sekarang

ummul azkee


SUASANA BERSAHUR DAHULU DAN SEKARANG

bersahur
google image

 SEBELUM KAHWIN

    Suasaan bersahur masa belum kahwin dengan selepas berkahwin memang berbeza sangat bagi UA.maklumlah UAadik beradik ramai.kalau bersahur memang penuh meja makan,kadang-kadang bergilir-gilir makan sebab tak cukup kerusi dan meja.huhuhu.
   Kalau bersahur suasana bersahur punyalah meriah macam makan malam.Lauk memang panas-panas sebab baru di masak,sebab umi UA memang sudah terbiasa bangun awal pagi dan masak lauk sebelum bersahur.Kata nya lebih berselera makan..sampaikan semua bertambah-tambah nasi.huhuhu..
   Itu meriah makan,belum lagi cerita betapa meriahnya waktu sahur dengan suara Walid(ayah UA panggil walid),mengejutkan kami tujuh beradik yang liat nak bangun sahur.Riuh sekampung nak kejutkan anak dara bangun sahur,hehehehe..Maisng-masing sahaja nak menguji kesabaran si ayah lah katakan.Hm..rindu pula masa dulu.hehehe..


SELEPAS KAHWIN

   Selepas kahwin,sudah semestinya banyak perubahan kan.Kalau dulu bersahur beramai-ramai,
sekarang sunyi sahaja tak semeriah dulu.Bersahur berdua,kadang-kadang seorang sebab suami UA kalau bersahur kadang-kadang minum air dan makan kurma sahaja.Anak-anak pula masih kecil lagi nak teman ibu dia bersahur,memang dia berdengkur lah waktu ibu dia bersahur kan.Memang tak meriah langsung rumah kalau bersahur di rumah sendiri ini,memag terasa masa mula berkawin dahulu.
   Begitulah suasana bersahur sekarang,setelah berkahwin.huhuhu..Makan pun lebih kurang sahaja,tak macam dulu,waktu hidup dengan keluarga besar UA.Meriah waktu bersahur dan berbuka,Hari raya jangan cakaplah,memang lagi meriah dan riuh rendah rumah dengan suara dan gelak tawa,gaduh-bergaduh antara kami adik beradik.







Friday, 19 June 2015

Dugaan di bulan ramadhan.

ummul azkee
google image


  Salam ramadhan untuk semua.Dua tiga hari ini semangat mahu menulis berkurangan sedikit.Sehari sebelum puasa UA tak sihat.Selsema teruk Jadi walaupun ada masih menulis di blog ini,tapi tidaklah berceloteh panjang seperti selalu.
  Itulah dugaan pertama ramadhan kali ini buat UA.Allah sw.t mahu menduga kekuatan diri barangkali.
samada redha atau tidak dengan ujian yang tak seberapa ini.Barangkali mahu melihat usaha diri UA ini untuk melakukan ibadah walaupun kesihatan tak mengizinkan.
   Hari ini telah masuk hari ke dua kita berpuasa dan kesihatan UA makin bertambah baik.Alhamdulilah.
Usaha mahu segera pulih dimakbulkan dengan usaha mencari penawar selsema ini.Amalan meminum air madu suam menunjukkan hasil.
  Kehidupan sebagai ibu dan isteri di bulan ramadhan ini mencabar ya!Dua kali ganda sibuk nya dari hari biasa.Mahu sediakan juadah berbuka puasa,ditambah lagi dengan lauk pauk untuk bersahur,
memang tak menang tangan di buatnya.Melayan kerenah anak-anak lagi.Begitulah mencabarnya dugaan di bulan ramadhan.dengan keadaan inilah kita di uji,bersabar atau tidak..mampukah kita menahan amarah apabila berpuasa.Moga kita tabah ya ibu-ibu semua.Insyallah besar ganjaran pahala nya,berlipat kali ganda pahala diberikan oleh Allah s.wt.Moga-moga kita dapat menjalani ibadah puasa dan juga amalan-amalan lain seperti bersolat terawih dan bertadarus Al-Quran dengan sehabis baik.Amin.


   

Thursday, 18 June 2015

Tampil Bergaya Dengan Kasut New Balance

ummul azkee


new balance sports shoes


New Balance?siapa yang tak mengenali jenama kasut ini?Rasanya rata-rata semua orang tahu akan kewujudan jenama kasut ini,bukan?New Balance adalah satu jenama kasut  sukan yang tak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia dan menjadi pilihan penggemar sukan mahupun pencinta fesyen tidak mengira lelaki atau perempuan.Rekaan yang segar dan terkini menjadikan jenama kasut ini menjadi pilihan ramai.

Bila kita cakap tentang jenama kasut sukan terkemuka New Balance pasti kita sudah terbayang dengan koleksi kasut New Balance terkini bukan? Apatah lagi kerana koleksi terbaru kasut NB yang terbaru diperbuat dengan bahan yang sangat bermutu lantas mengekalkan reputasi jenama hebat ini dalam pasaran di seluruh dunia. Namun sebenarnya antara faktor utama yang membuatkan jenama New Balance lebih menyerlah dalam industri sukan dan fesyen adalah kerana rekaan kasutnya yang sangat cantik, segar dan cukup fashionable!
Malah apa yang menarik ialah sekarang ini New Balance telah tampil dengan koleksi kasut larian dan sneaker yang sangat lawa rekaannya. Cukup lawa untuk anda pakai sepanjang hari! Ya!ini bermakna anda boleh memakai kasut sukan New Balance ini bukan semata-mata untuk tujuan bersukan sahaja ya! Sebaliknya anda boleh pakai untuk hari-hari biasa walau ke mana sahaja anda mahu pergi.





Tapi pasti ramai tertanya-tanya bagaimana mahu tampil menarik dan bergaya dengan kasut sukan dari New Balance?Seperti yang kita sedia maklum,imej yang sporty sekarang cukup ‘in’ dalam dunia fesyen. Anda boleh gabungkan pakaian kegemaran anda bersama kasut New Balance Malaysia untuk dijadikan outfit yang lebih segar penampilannya. Tidak percaya? Jom tengok gambar di bawah.




Dengan mudah anda mampu  menonjolkan gaya fesyen yang lebih maskulin hanya dengan memakai sepasang kasut ‘sneakers dari New Balance. Kasut New Balance itu pasti akan memberikan sentuhan yang lebih unik ke atas keseluruhan persalinan anda!




Jika anda lebih meminati gaya kasual yang ringkas kasut sneaker New Balance merupakan pilihan yang terbaik. Ia mampu membuatkan anda kelihatan lebih berfesyen tanpa mengenepikan gaya kasual pilihan anda.



Wednesday, 17 June 2015

10 things I hates about you!

ummul azkee


  Siapa pernah menonton filem 10 thing I hates about you!??cerita ini UA tonton waktu zaman universiti dulu,sekitar tahun 2002,sebenarnya sudah lama di tayangkan iaitu pada tahun1999.
  Beberapa hari lepas cerita ini ada ditayangkan di astro,jadi mengimbaulah kenangan lama waktu muda mudi dahulu.hihihi.Filem ini dibintangi oleh Julia stiles dan Heath Ledger yang berkisahkan cinta yang sangat romantik,kelakar  dan manis bagi UA,dan UA sebenarnya lebih tertarik dan sukakan sajak yang di baca oleh heroin cerita ini di akhir cerita,sangat menarik.Kebencian yang menipu.hihihihi..
Sesiapa yang pernah menonton cerita ini,mesti faham kenapa ia bertajuk 10 things I hates about you!Mari baca sajak yang menarik ini..Rasanya kalau kita marahkan pasangan kita pun macam inilah,tengah marah cakap lah benci..benci..lepas itu,akhirnya sayang juga!!Marah-marah sayang..hehehehe..


google image

Jadi penulis?terbitkan novel sendiri?bagaimana?

ummul azkee

Peluang menjadi Penulis/Novelis


     Siapa ada cita-cita untuk jadi Penulis?mahu terbitkan novel hasil penulisan sendiri?UA rasa di sinilah platform yang terbaik buat pengkarya untuk mencuba.Hantarkan karya anda pada Karangkraf dengan melayari laman web ilham.karangkraf.com. mualakn langkah dengan pendaftaran terlebih dahulu kemudian ikuti pula langkah-langkah menghantar manuskrip seperti yang tertulis di gambar di.Terdapat pelbagai genre buku yang boleh dipilih mengikut kesesuaian karya yang dihasilkan.
     Hasil penulisan yang dihantar dan berpotensi  akan berpeluang diterbitkan dan karya akan dibaca oleh sesiapa sahaja.Jadi jangan tunggu lagi,bagi yang mempunyai karya yang menarik,hantarkan sekarang.Pada yang tiada dan belum bermula,mulakan menulis sekarang!




Tuesday, 16 June 2015

Lily umi,Dari foto menjadi lukisan

ummul azkee

Lily Umi..

Dari fotografi menjadi lukisan


  Ok,hari ini UA mahu cerita tentang seni lukis dan fotografi.Sebenarnya fotografi dan lukisan berkait rapat dan bersatu dalam seni lukis dan seni reka.Dan kedua-dua bidang ini memerlukan sentuhan magik dan kreativiti  bagi menghasilkan satu karya yang memukau dan bermakna.,Melalui lukisan dan fotografi kita boleh menyampaikan sesuatu mesej atau cerita apabila dilihat dengan pandangan mata.

 UA memang sukakan fotografi dan lukisan.Jadi selalunya kalau UA sukakan sesuatu objek UA akan abadikan dalam bentuk fotografi mengikut komposisi yang UA suka.Dan selepas itu,sekiranya UA dapati yang objek tersebut menarik untuk dilukis maka UA akan lukis objek tersebut mengikut komposisi yang sesuai dengan sesuatu lukisan.

 Tahu tak yang gambar memang memainkan peranan penting bagi setiap pelukis?memang ada yang melukis hanya dengan melihat  terus objek terus,tetapi kebanyakkan nya akan menyimpan gambar sebagai rujukan lukisan,seperti UA.

  Gambar bunga lily dibawah itu di ambil dari halaman rumah umi UA hanya menggunakan blackberry.Hasilnya memang memuaskan kan? .Umi memang sukakan bunga. dan suka menanam pelbagai jenis bunga.sebab tengok lily ini cantik sangat,teruja pula nak melukisnya.

 Lukisan yang dihasilkan sama mengikut gambar atau objek yang realistik dipanggil realism.Jadi langkah yang biasa di ambil untuk menghasilkan lukisan realistik ialah melalui fotografi seperti lukisan Lily umi yang UA hasilkan ini.Dan aktiviti melukis diluar tanpa menggunakkan foto disebut "Plain air".UA tak begitu gemar plain air sebab...ketar bila melukis depan orang..tak boleh fokus..huhuhuhu..Untuk lukisan Lily Umi ini UA mengunakkan medium pensel warna pada kertas lukisan..buat pengetahuan semua lukisan ini telah dipamerkan pada Pameran Pensel Warna Malaysia 2014 di Menara Kuala Lumpur dan merupakan aktitivi pameran pertama yang UA sertai.Untuk cerita mengenai Pameran itu boleh baca di sini


                                                      Dari  FOTOGRAFI...


 Akhirnya......

 MENJADI LUKISAN....




Lily Umi

Pencil colour on paper

-------------------------------------------------------------------------


Monday, 15 June 2015

Dia Isteri Luarbiasa ..khas buat lelaki bergelar suami.

ummul azkee

DIA ISTERI LUAR BIASA





  Semalam,sebelum tidur UAterbaca satu artikel luahan seorang suami tentang isterinya,di satu halaman di Facebook.UA tidak pasti ianya kisah benar ataupun tidak..tapi mungkin boleh jadi iktibar buat suami-suami diluar sana yang tak pernah menghargai seorang isteri yang setia di sisi..baca sehingga akhir.Moga selepas membaca kisah ini kasih sayang seorang suami pada isterinya semakin mendalam dan jika sebelum ini pernah mengabaikan isteri,akan lebih menghargai.Baca sehingga akhir,sangat sedih cerita ini..Dia sememangnya seorang isteri luarbiasa dan semestinya tak semua isteri di dunia ini mampu menjadi seperti dia.

LUAHAN HATI SEORANG SUAMI


Luahan seorang suami kepada seorang ustaz..Menangis bigboss baca..isk..isk..isk..
Kisah benar suami yang menyesal...
Sebuah kisah benar yang boleh dikongsikan bersama.......Luahan dari seorang suami pada seorang ustaz...
KISAH BENAR...suami yang myesal..
Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…
Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?.....Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya
Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya... ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan...Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….
Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.
Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis
“Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.
Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…
P/s: Menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tiada gunanya.Sayangilah isteri...Janganlah diperlakukan sesuka hati kerana mereka juga ada hati dan perasaan yang benar2 halus..Setiap sekeping hati tidak ternilai harganya.Memang hati itu sama tapi tidak serupa.Terlalu ramai yang suka menyisihkan isteri sendiri...
Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring


Moga jadi iktibar buat semua...Hargai setiap saat insan yang berada di samping kita,kita takkan tahu bila ia akan pergi dari hidup kita..

Cara tarik minat anak seronok belajar

ummul azkee

aktivit menarik belajar

Cara belajar yang menyeronokkan untuk kanak-kanak 4-6
 

 Seperti yang kita ketahui setiap anak mempunyai minat dan kecenderungan yang berlainan.Begitu juga dengan anak-anak UA.Afrina dan Adriana mempunyai karakter yang berlainan dan sangat berbeza.
Adriana sangat berminat untuk belajar,tetapi Afrina ini berbeza pula,dia mudah bosan apabila terlalu lama dengan sesuatu perkara,lebih-lebih lagi perkara yang memerlukan fokus seperti belajar.


Bermain sambil belajar.

  Buntu memikirkan cara supaya Afrina berseronok agar dia tidak tertekan semasa sesi pembelajaran.
 Afrina sangat suka seni lukis dan aktivit kreatif.Jadi UA selitkan aktiviti seni dan kreatif agak dia seronok belajar dan tak bosan.Tahun ini Afrina 6tahun jadi dia lebih banyak belajar tentang huruf,
nombor dan perkataan.Jadi setiap kali belajar perkara yang sama berulang kali dengan cara yang berbeza Afrina akan lebih teruja dan bersemangat.

Aktiviti belajar di rumah.

  UA ingin kongsikan aktivti belajar bersama-sama Afrina yang tak memerlukan buku dan anak-anak berseronok.Jadi UA sediakan marker pen pelbagai warna dan mug tanpa sebarang corak untuk aktivit mengenal huruf dan membina perkataan.Harap boleh jadi rujukan untuk ibu-ibu yang buntu dengan anak yang mudah bosan belajar menggunakan buku.






Inilah hasilnya....





  

Saturday, 13 June 2015

Foto kenangan sepanjang hayat

ummul azkee

Setia ke hujung nyawa



foto kenangan cinta sejati
sumber dari facebook

   UA jumpa gambar ini di facebook.sangat menarik untuk di abadikan buat yang sudah berumahtangga.
Cinta sejati diabadikan dalam foto.segalanya mungkin berubah di mamah usia tapi ikatan cinta tetap utuh dan kekal selamanya..Jom ajak pasangan kita lakukan yang sama.Sangat manis ok!

Hati Perempuan

ummul azkee

hati perempuan
google image

Hati Perempuan...


Hati perempuan..

terpaut ia kerana kata-kata..

rapuhnya juga kerana angkara yang sama..

jangan di guris sehingga terhiris..

walau di rawat hingga pudar calarnya..

takkan hilang dari lubuknya.

Hati perempuan

penuh setia

menerima,redha seadanya

menanti rahmat dari Dia

yakini akan hidayahNya

dengan harapan dan cita-cita

kembali bertaut di surga Dia

dan berbahagia di akhir cerita.



                                                              

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Friday, 12 June 2015

Jom Beramal dan Menang wang tunai dengan Yeo's

ummul azkee

Beramal Bersama Bintang &Menang RM300,00 Duit Raya!



Jom sertai kempen ini,mana tahu boleh menang RM300,000 duit raya sambil beramal kerana setiap pembelian produk kita akan di salurkan pada rumah kebajikan yang diwakili bintang di atas.



Macam mana nak sertai?

caranya mudah sahaja tau!beli produk terpilih Yeo's yang diwakili setiap bintang di atas dan hantar gambar resit pembelian pada Yeo's menggunakan aplikasi WeChat.
Jangan lepaskan peluang!ada hadiah harian RM300 dan RM3000 untuk dimenangi

untuk langkah lebih lanjut layari http://www.yeos.com.my/

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib