Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Tuesday, 24 November 2015

IKEA Flush Toy drawing competition 2015

ummul azkee

IKEA  FLUSH TOY DRAWING COMPETITION




       Ahad lalu UA dan suami bawa anak-anak ke IKEA, bukan untuk shopping perabot atau barangan rumah tapi untuk Afrina dan Adriana menyertai pertandingan melukis.  Sebenarnya tahun 2015 adalah tahun kedua Flush toy drawing competition ini diadakan dan merupakan pertandingan melukis sedunia,yang disertai oleh kanak-kanak lain dari seluruh dunia. Baru tahun ini UA tahu adanya pertandingan ini dari adik UA yang terbaca surat dari IKEA FAMILY. Sebenarnya UA hampir terlupa selepas itu buka laman web IKEA ahad hari terakhir maka dengan pantas UA galakan Afrina dan Adriana untuk menyertai. Selepas sahaja UA ceritakan tentang pertandingan ini, mereka berdua sangat teruja dan mula melukis di rumah Flush toy yang mereka impikan.






      Ini pertama kali mereka sertai pertandingan melukis. Afrina dan Adriana memang sangat suka melukis, boleh dikatakan setiap hari mereka ini akan melukis. Jadi UA bagi galakan untuk mereka menyertai pertandingan melukis ini.Insyallah selepas ini akan ada pertandingan lagi akan UA sarankan untuk mereka sertai. 

KEISTIMEWAAN IKEA FLUSH TOY COMPETITION


   Istimewanya pertandingan IKEA flush toy competition ini adalah 20 lukisan flush toy impian yang dilukis akan dipilih dari setiap negara dan dihantar ke Almuhlt ,Sweden yang mana disana produk IKEA dihasilkan dan lukisan-lukisan ini akan diadili oleh panel dari pakar pembuat produk kanak-kanak di sana.

   10 pemenang akan dipilih berdasarkan keunikan dan potensi komersial pada awal januari 2016. Dan Flush toy akan dihasilkan dan dilancarkan sebagai koleksi terhad di IKEA.Setiap hasil pembelian flush toy ini, 1 euro akan disalurkan untuk tujuan kebajikan yang dipilih oleh IKEA untuk 
membiayai keperluan kanak-kanak yang memerlukan.

   Gambar  di bawah ini adalah salah seorang pemenang pada tahun 2014 dan tahu tak yang ia adalah hasil lukisan kanak-kanak berusia 5 tahun dari Malaysia bernama Terrance/wan. Comel kan? dan pasti seronok kanak-kanak ini apabila lihat flush toy impiannya jadi kenyataan. UA tunjukkan pada Afrina dan Adriana sebagai pembakar semangat, dan mereka teruja sangat dan terus melukis flush toy impian mereka berdua.


FLUSH TOY IMPIAN AFRINA DAN ADRIANA


     Nak tahu apa flush toy impian Adriana? cuba tengok gambar di bawah.. tahu tak apa?hehe..dia lukis arnab dan warna dengan warna kegemaran dia,Pink. Flush toy impian mereka ini harus dinamakan, Maka Adriana namakannya Mimi.hehe..


  Dan Afrina pula lukis kucing, yang dinamakan Rosie, hihi..mula-mula dia nak warna kan warna kegemaran dia ungu,tapi ungu tak ada jadi dia pilih pink dan merah. hehe..lukisan yang sudah siap tak sempat ambil gambar sebab Afrina dan Adriana hilang fokus lepas tengok badut buat belon.Haha.


 Selasai sahaja melukis,UA tuliskan maklumat pada lukisan Afrina dan Adriana dan mereka pun dapat diploma di bawah ini sebagai bukti menyertai IKEA flush toy drawing competition.


HADIAH JIKA MENANG FLUSH TOY DRAWING COMPETITION


  - sijil penyertaan "diploma"
  - 1 pemenang dari malaysia akan memenangi sebuah trofi dari sweden
  - 10 pemenang antarabagsa akan menerima flush toy sebenar dari hasil lukisan mereka yang 
    dihasilkan dan terdapat di Sweden.



 Tengok tu, belon pun pink ..Heart lagi tu.hihi.. lepas dapat belon ibu belanja makan aiskrim.sempat ambil gambar Adriana sahaja sebab di makan lambat habis, Afrina laju  makan nya.ibu tak habis lagi makan dia dah habis.Ya,ibu pun makan aiskrim juga.hehe..





  Senyum sampai ke telinga dapat makan aiskirm Adriana ni. Suka lah kan!hehe..

Buat pengetahuan semua pertandingan ini sudah tamat penyertaannya, hari ahad 22november itu hari akhir penyertaan.Almaklum UA pun lupa,nasib sempat ke sana,tapi jangan risau tahun depan ada lagi.Siapkan anak dengan melatih mereka melukis dan berimaginasi ya!Pertandingan ini hanya untuk kanak-kanak bawah 12 tahun sahaja..untuk maklumat lanjut bolehlah layari laman web IKEA di http://www.ikea.com/my/en/

Tuesday, 17 November 2015

ADRIANA | Dulu dan sekarang..

ummul azkee


MENGIMBAU KENANGAN

 SEMPENA HARI LAHIR ADRIANA


  12 november, minggu lepas genap lah Adriana 4tahun. Maka macam biasalah budak-budak seronok apabila menyambut hari lahir.UA sambut sederhana sahaja dengan keluarga di rumah,kek pun buat sendiri.huhu..Apabila menyambut hari lahir anak-anak ini,mestilah terkenang masa dia baru lahir kan.hehehe..Maka UA pun belek-belek lah gambar hari pertama dia dilahirkan.Nak tengok boleh scroll ke bawah hehehe..sama jer rupanya..nak tahu apa yang sama?tengoklah sendiri.hihi..sebelum itu layan dulu gambar sambutan hari lahir Adriana tahun ini.











DULU

Hari pertama lahir dia dah pandai cebik..



SEKARANG

sekarang pun kaki cebik juga.hahahaha..




Harap terhibur dengan entri tak seberapa ini :)

Thursday, 12 November 2015

BB Cream Nurrull's beauty | mencantikkan dan merawat kulit wajah

ummul azkee

BB Cream Nurrull's Beauty | mencantikkan dan merawat kulit wajah



      Selamat petang semua. Entri kali ini UA nak berkongsi produk BB Cream dari Nurrull's Beauty yang UA gunakan setelah diperkenalkan oleh blogger www.rianalittlecuties.blogspot.com. Mulanya ingatkan BB cream ini seperti BB cream yang biasa ada di pasaran.rupanya tak.Setelah dirisik dan bertanya rupanya BB cream ni sangat istimewa, bukan hanya boleh digunakan sebagai asas solekan sahaja tapi mempunyai kebaikan lain juga untuk kulit wajah tahu!.Nak tahu apa kebaikan dia?ini nak beritahu...

   - formula bb cream ini dibuat  bukan hanya untuk mencantik sahaja,tapi  juga untuk merawat wajah
   - bertindak sebagai rawatan kulit wajah, pencerahan wajah dan juga melembap
   - ia boleh menyelesaikan masalah tona warna kulit tidak sekata.
   - boleh menyelesaikan masalah jerawat dan jeragat
   - mengandungi stemcell untuk anti penuaan dan kekal awet muda.

  Yang bagusnya BB cream ini bagi UA setelah mencuba, ia tidak terlalu cair dan mudah diratakan ke seluruh muka. juga dengan sapuan nipis mampu menutup cela di muka.BB cream ini didatangkan hanya dengan satu warna sahaja,warna natural yang sesuai untuk semua jenis warna kulit. UA sudah gunakan nya memang selesa sangat guna BB cream ini, kalau suri rumah macam UA pun boleh juga gunakan setiap hari untuk kelihatan cantik dan sambil itu merawat kulit wajah. Sebagai isteri cantik bukan hanya apabila keluar rumah sahaja, di rumah lagi kena cantik. Cantik untuk suami.hehehe..

  Gambar UA di bawah ini selepas pengunaan BB cream Nurrull's beauty.UA gunakan sebagai asas solekan lepas itu sapu bedak compact.Itu sahaja.Siap..





abaikan pipi pau ini.hahahaha..






 Satu botol BB cream ini 15ml, berharga RM55 sahaja dan boleh digunakan sehingga 2 bulan lamanya.dan setiap pembelian juga menerima hadiah percuma. Siapa yang berminat boleh lah hubungi Riana di 0123756461 atau ikuti instagram @norhafizahalwi untuk testimoni lain produk BB cream dari Nurrull's Beauty.


   


Monday, 9 November 2015

Tips menulis dari Andrea Hirata,Penulis Laskar Pelangi

ummul azkee

TIP MENULIS NOVEL



google image


Tip menulis dari Andrea Hirata


  Semalam UA  belek-belek buku nota tip penulisan kepunyaan UA, waktu itu sedang mencatat nota tentang langkah dan tip menulis buku kanak-kanak dari sebuah buku yang UA pinjam dari perpustakaan. UA terjumpa satu catatan tip penulisan dari Andrea Hirata,penulis buku Laskar pelangi,sebuah novel yang telah difilemkan dan menjadi sangat popular.

  Seingat UA catatan tips itu UA tulis selepas menonton video satu temubual bersama Andrea Hirata di stesen televisyen di indonesia yang dikongsikan di laman facebook Yusof gajah tahun lepas.Buat pengetahuan semua Pak yusof banyak berkongsi tips penulisan di lamannya dan sangat memberi inspirasi pada UA untuk menulis.Nak tahu tak apa tipnya?jom baca..



1. KARANGAN SENDIRI

      Penulisan yang kita hasilkan perlulah hasil karangan dan kreativiti kita sendiri. Idea dan buah fikiran kita sendiri,dan bukan ditulis melalui pembacaan penulisan lain. atau copy dan paste karya orang lain.



2. CERITA UNIVERSAL

     Cerita dan penulisan kita itu perlulah tahan lama,tidak basi atau dalam erti kata lain tidak lapuk di makan zaman.Selain itu penulisan kita haruslah seperti kita melihat gambar, harus jelas dan terperinci. Contohnya, jika seseorang menaiki kereta.perlulah di jelaskan nama kereta,model,pandangan kiri kanan,muzik yang diputarkan.



3. KEGHAIRAHAN DAN MINAT

     Sentiasa tanya dalam diri kita, mengapa kita menulis?Adakah kerana cintakan dunia penulisan atau ada sebab disebaliknya kerana menulis memerlukan komitmen yang tinggi dan tak mudah untuk menulis sesuatu yang mampu menarik hati dan diterima oleh masyarakat.



4. TULIS SESUATU YANG BERMAKNA

      Tetapkan dalam diri untuk menulis sesuatu yang bermakna,sesuatu yang boleh membuatkan orang bersemangat.Tulis sesuatu yang memberi impak pada orang lain, kerana penulisan mempunyai kuasa yang boleh membuatkan persepsi seseorang tentang sesuatu berubah. Selain itu pastikan juga penulisan kita di tulis secara sederhana, realistik dan memberi impak semudah mungkin.



   Harap perkongsian tentang tips menulis dari Andrea Hirata ini bermanfaat buat semua.teruskan menulis dan pastikan ia memberi impak positif pada semua.








   




Friday, 6 November 2015

Festival sastera kanak-kanak 2015 | tahun depan mesti pergi lagi!

ummul azkee

FESTIVAL KANAK-KANAK 2015

PENGALAMAN KE FESTIVAL SASTERA KANAK-KANAK 2015


  Ok,seperti yang dijanjikan kali ini UA mahu bercerita tentang pengalaman UA sekeluarga ke Festival Sastera kanak-kanak 2015. Seronok pergi sini, macam-macam aktiviti untuk kanak-kanak ada, dah tentunya yang paling seronok ke sini anak-anak lah, tapi UA pun seronok juga. Hehehe..
Tengok sahaja gambar Afrina di bawah ini sudah tahu seronoknya dia ke sini.hihi..



    Pukul 10 pagi kami sudah berada di sana kerana UA daftarkan anak-anak untuk bengkel mewarna bersama Abg Uneh, Raja Pensel Warna Malaysia. Dalam bengkel ini Abang Uneh ajar dan bagi tips mewarna menggunakan pensel warna dengan cara yang betul. Bengkel ini diadakan secara percuma,
semua peralatan melukis dan mewarna disediakan dan yang seronoknya sesiapa pun boleh sertai, tak mengira usia. Mak,ayah,kakak abang semua boleh sertai.Seronok kan? Jadi masa ini memang ada  pakcik dan makcik yang sertai untuk tambah ilmu mewarna menggunakan pensel warna. UA sekadar lihat dan dengar sambil itu serap ilmu sebab kena anak berdua ini perlukan bantuan ibu dia ini.hehe...













Dan inilah hasilnya hehehe...


    Selepas selesai bengkel kami ke Ruangan Nami Island. Tahu kan Nami Island? Ala lokasi yang dalam cerita korea Winter Sonata tu. Hihihi.. Mesti semua pelikkan apa kena mengena Nami Island dengan sastera kanak-kanak. Ada kaitan nya, kerana setiap tahun di Nami Island pun ada menganjurkan Festival buku dan setiap dua tahun sekali mereka ada menganjurkan pertandingan ilustrasi buku kanak-kanak iaitu Nami Concours.Nanti UA cerita lebih lanjut tentang pertandingan ini di entri akan datang beserta ilustrasi yang pernah memenangi pertandingan ini.Buat pengetahuan semua,Pelukis Naif Malaysia, Yusof gajah juga pernah memenangi pertandingan ini.Jadi mari cuci mata gambar Afrina di ruangan Nami Island,cantik dan kreatif ruangan ini,anak-anak pun teruja apabila ke sini..UA pun sama.hihihi..Gambar di bawah ini adalah menara buku,juga bangku dari majalah terpakai.Kreatif kan..







    Punyalah seronok Adriana baca buku sampaikan begini.macam rumah sendiri dia buat.hihihi..
Ada wishing tree juga, bab ini seronok lah Afrina menulis.. apa sahaja yang dia suka ditulisnya pada daun maple yang diperbuat dari kertas kemudian tampal pada dahan.hehe..dan juga orang salji atau snowman.








    Selain dari itu Projek100buku pun ada di sini.yang menampilkan mini zoo...Ini pun kanak-kanak suka kan..Anak-anak UA pun suka juga tengok arnab,kucing,burung,hamster,ular dan banyak lagi.










  Terlalu banyak aktiviti dan perkara menarik di sini untuk anak-anak,memang tak rugi ke sini.ada pameran tokoh sastera kanak-kanak malaysia,permainan tradisional seperti congkak,jualan buku-buku dengan potongan harga yang menarik dan maskot kartun Chichi dan ChaCha. Seronok tak terkata Afrina dan Adriana hari itu..Insyallah tahun depan mesti mahu ke sini lagi!!




Friday, 30 October 2015

Anugerah FSK | Tahniah kak Emila Yusof !

ummul azkee


SIAPA EMILA YUSOF ?



  UA pasti mesti ramai yang masih tak mengenali siapa Emila yusof kan, buat pengetahuan semua kak Emila yusof ini penulis buku dan ilustrator buku kanak-kanak di Malaysia yang makin dikenali di malaysia.Beliau telah meghasilkan lebih dari 50 buah buku kanak-kanak dan aktif meluaskan pasaran buku nya di luar negara. UA amat kagumi bakat serta perjuangan kak Emila meluaskan bakat melukisnya dalam bidang penulisan buku kanak-kanak.

  Semalam bermulanya Festival Sastera kanak-kanak 2015, dan satu Anugerah telah diadakan bagi menghargai mereka yang terlibat dalam bidang penulisan dan ilustrasi buku kanak-kanak dan ia telah disampaikan pada majlis perasmian Festival Sastera Kanak-kanak semalam.Antara yang menerima Anugerah festival sastera kanak-kanak 2015 adalah kak Emila Yusof.

Antara Anugerah Festival Sastera Kanak-kanak 2015 yang dimenangi oleh kak Emila Yusof adalah..


 PEMENANG PERTAMA : kategori Buku Awal Kanak-Kanak Terbaik 

                                 Karya : My Father's Farm



 PEMENANG KETIGA : kategori Buku Awal Kanak-Kanak Terbaik 

                              Karya  :  My Mother's Kitchen



PEMENANG PERTAMA : kategori Buku Bergambar Kanak-Kanak Terbaik

                                  Karya : Lagendary Princesses of Malaysia


 Buku kak Emila Yusof  yang bertajuk My Father's Farm juga terpilih dalam kategori Buku Pilihan Ibubapa.

  Kak Emila terpilih sebagai Ilustrator Buku Kanak-kanak Terbaik bagi Anugerah Festival Sastera Buku Kanak-Kanak 2015.Tahniah kak Emila yusof !Semoga menjadi sumber inspirasi pada kanak-kanak dan pada mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan serta ilustrasi buku kanak-kanak seperti UA.Moga terus Sukses!!!

 Pada yang ingin mengenali kak Emila dan melihat karya beliau boleh lah ikuti instagram kak emila di @emilayusof atau boleh kunjungi blog kak Emila di Emilatopia





    
   

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib