Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Monday, 9 July 2018

Aidilfitri 2018 | Pengalaman pertama yang berbeza

Ummul Azkee

Aidilfitri 2018 |  Aidilfitri pertama kami sekeluarga


    Pejam celik, pejam celik, minggu ni sudah ke minggu terakhir Aidilfitri 2018. Bercerita tentang Aidilfitri, sudah pasti semua bergembira dapat bertemu sanak-saudara kan? Di bulan perayaan ni lah selalunya kita  berkesempatan untuk bertemu sanak-saudara yang jarang-jarang kita temui kerana mungkin atas faktor tempat tinggal yang berjauhan ataupun kerana kesibukan dengan urusan keluarga masing-masing. Pasti semua seronok kan kembali berjumpa, bermaafan dan bertukar-tukar cerita tentang perkembangan hidup masing-masing. Bercerita tentang pengalaman raya tahun ini, agak-agak kan bagaimana dengan Aidillfitri 2018 UA?



#teamrayaselangor forever ?



     Buat pengetahuan semua tahun ini, dan mungkin beberapa tahun ke depan ni UA akan diketegorikan sebagai #teamrayaselangor forever rasanya. Hihi. Memandangkan keluarga sebelah suami sudah berpindah kembali ke Selangor, dan ibubapa UA memang asal dari selangor. Jadi kami #teamrayaselangor sejati forever and ever lah nampak nya, Tak akan ada kampung lah jawabnya dalam kamus hidup kami. hihi.

   Tahun ini, Aidilfitri berbeza buat kami sekeluarga berbanding tahun sebelumnya. Semua persiapan hanya untuk anak-anak UA, sekadar untuk membuatkan  #afrinaadriana bergembira. Kehilangan ibu mertua pada hujung tahun lepas membuatkan sambutan aidilfitri tahun ni disambut ala kadar sahaja. Raya tahun ini tahun pertama keluarga kami tanpa ibu mertua.

  Aidilfitri tahun ini juga merupakan tahun pertama kami beraya di rumah sendiri. Berbeza dengan tahun sebelumnya, selalunya dua hari sebelum raya kami akan pulang ke rumah ibubapa mengikut giliran. Memandangkan keluarga sebelah suami pindah berdekatan, maka terjadilah pengalaman beraya di rumah sendiri. Kekok dan blur UA tahun ini sebab pertama kali, sampaikan tak masak apa di rumah.hehe..



Pengalaman pertama #afrinaadriana 




  Pengalaman manis dan menggembirakan UA Aidilfitri tahun ini, adalah kami sekeluarga dapat pergi solat sunat Aidilfitri bersama-sama, kali pertama kami dapat bersama-sama solat sunat Aidlfitri, Ini juga merupalam pengalaman pertama #afrinaadriana bersolat sunat Aidilfitri.

Alhamdulilah,bersyukur sangat di beri kesempatan merasai pengalaman  ini setelah beberapa tahun yang sudah sentiasa sahaja ada halangan untuk pergi bersama-sama. Memandangkan #afrinaadriana semakin membesar, less drama lah mereka ni di pagi raya  berbanding tahun-tahun sebelumya,waktu mereka kecil lagi. Dua-dua seronok nak pergi beraya, ajak bergambar raya pun mood ok tahun ini berbanding tahun lepas. hihi. Setakat itu sahajalah  cerita raya dari UA, cerita raya semua macam mana pula, kalau sudi kongsikan lah di komen di bawah.

Dan tak terlambat lagi kan untuk UA ucapkan, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin andai ada penulisan UA yang membuatkan semua kurang senang. Salam Kemaafan.




Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

3 comments:

  1. Ya, yang seronoknya, bebudak sebenarnya..hehe~
    Salam Aidilfitri ya

    ReplyDelete
  2. Beraya kat rumah sendiri, lain mcm sikit tapi seronok =)

    ReplyDelete
  3. Dah lama teringin nak raya warna tema peach lembut2 macam ni tapi asyik tak jadi je.. hehehehee.. nice colour and nice picture Ummul.. :)

    ...

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib