Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Saturday, 27 January 2018

Tahun baru 2018. Rutin baru, cabaran baru.

Ummul Azkee

 SELAMAT TAHUN BARU 2018
  
      Assalammualaikum. Hai! Setelah berbulan -bulan lamanya menyepi, Ua harap tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Tahun Baru di penghujung januari 2018 ni.😂😂

Sepanjang bulan disember ke januari ini bulan kritikal dan bulan paling sibuk buat Ua. Terlalu banyak perkara perlu difikirkan dan diselesaikan, Niat nak kembali aktif menulis di awal tahun ni tertangguha-tangguh, maka terbengkalai lagilah blog Ua ni. Kesian blog, padahal memang rindu sangat nak mengarang ayat. 


    Buat pengetahuan semua rutin tahun 2018 berubah dari tahun sebelum nya, dan semakin mencabar buat Ua sebagai ibu dan pengurus rumahtangga.  Adriana melangkah ke alam persekolahan baru di tahun 1. Kalau tahun lepas dia preschool dan waktu persekolahan sehingga ke pukul 12, tahun ni berlainan rutinnya. 

   Adriana bersekolah pagi dan petang , sama sesi pesekolahan bersama kakak dia, Afrina. Pada mulanya rasa mudah sebab sama sesi kan, tapi sebenarnya kebarangkalian mereka ini meleka dan bertelagah sangat tinggi ya dan itu sangat perlu dielakkan sebab mereka berdua ni ke sekolah dengan Van, jadi masa itu sangat lah perlu dihargai. Kalau tak jadi haru biru segalanya. Haha.. Jadi nya Ua lah kena guide mereka ini dia awal tahun ini.


31Dis 2017Adriana di hari orientasi.

Hari pertama Adriana di KAFA

First day school, together!!


   Jadi bulan januari ini merupakan bulan untuk Ua menyusun kembali jadual harian Ua agar lebih teratur supaya tak kelam kabut dan terlupa sesuatu yang penting, lebih-lebih lagi hal berkaitan anak.  Alhamdulilah di hujung bulan januari ini semua urusan buku, pakaian dan juga segala berkaitan sekolah Ua sudah selesaikan, cuma perlu tinggal perlu guide Afrina dan Adriana tentang masa dan pengurusan diri dari semasa ke semasa. 


Jadi, insyallah Ua akan ada lebih masa untuk diri sendiri dan menulis di blog.Doakan urusan Ua dipermudahkan di sepanjang tahun ini ya. Ua Doakan juga urusan ibu dan wanita di luar sana. Sampai nanti Ua sambung celoteh di entri seterusnya. Banyak lagi yang Ua nak kongsikan, nanti Ua sambung ok! 







Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

2 comments:

  1. Anak saya pun mula bersekolah tahun 1 tahun ni...

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru semoga dipermudahkan Kita utk uruskan anak2 tahun ni Dan seterusnya

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib