Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Monday, 29 January 2018

Planner terbaik 2018 | Planner dari One Syabab,planner terbaik pernah dimiliki.

Ummul Azkee

Planner 2018 | Planner terbaik untuk perancangan harian

       
    Azam baru, impian dan juga keinginan untuk menjadi manusia yang lebih baik dari tahun ke tahun sudah menjadi perkara paling biasa kita dengar apabila tahun baru tiba.
   Salah satu benda terpenting yang kita selalu cari apabila tahun baru tiba mestilah planner kan? Sepertimana orang lain, Ua pun tak terlepas dari memiliki planner setiap tahun. Planner ni seumpama semangat kita untuk terus usaha mencapai segala impian kita. Akan tetapi nak mencari planner yang menepati citarasa dan sesuai dengan rutin harian agar sukar bagi Ua, walaupun kini terdapat banyak lambakan planner di kedai-kedai buku.


    Berbeza pula dengan tahun 2018 ni, Ua rasa macam bernasib baik sebab terjumpa planner 2018 yang sangat menepati citarasa dan keperluan Ua. Planner 2018 ni Ua terjumpa secara tak sengaja di instagram bulan disember tahun lepas, bila ternampak ada rakan ig promote rasa berminat sangat dan terus beli. Ua rasa berbaloi sangat beli planner ni. Dengan harga yang memang sangat berpatutan,dan yang paling penting Ua tersangat berpuas hati dengan kandungan planner ni. Nak tengok kandungan planner ni bolehlah scroll down  ya..Sorry sangat terpanjang sangat pula bebelannya.๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


     Buat pengetahuan semua ada dua jenis planner yang berbeza dijual, satu untuk dewasa dan satu lagi untuk remaja. Ua beli kedua-kedua jenis. Dewasa untuk Ua, dan remaja untuk afrina dan adriana. Untuk entri kali ini Ua kongsikan kandungan Planner dewasa terlebih dahulu, entri akan datang Ua akan kongsikan pula kandungan Planner remaja, sebab kandungan planner yang berbeza, terlalu banyak yang hendak dikongsi isi kandungannya.


KEISTIMEWAAN PLANNER 2018 DARI ONE SYABAB SDN. BHD

1.KALENDAR BULANAN


  Seperti kebanyakkan planner, pasti ada kalendar tahunan kan tapi kandungan planner ini ada kalendar mengikut bulanan. Terdapat ruangan untuk kita catat tarikh penting seperti tarikh lahir, Anniversary, peristiwa penting seperti achievement kita pada tarikh tertentu dan juga boleh catat perkembangan anak-anak dari hari ke hari secara ringkas sebagai ingatan di kemudian hari.



2. WEEKLY PLAN


    Selain kalendar harian, terdapat juga mukasurat untuk perancangan minggu (weekly plan) di dalam planner ini. Weekly plan ini antara favourite page UA sebab dia ada goals untuk mingguan yang membolehkan kita fokus pada satu goals untuk setiap bulan.
   Dan terdapat ruangan untuk kita catat perkara penting sepanjang 4 minggu. Juga daily checklist perkara paling utama yang perlu lakukan.
   Ruangan memorize quran dan tadabbur quran antara ruangan yang paling menarik pada UA, kerana perancangan untuk mencapai redhaNya turut penting walau sesibuk mana pun kita dengan urusan dunia. Perkara ni yang Ua terkadang lupa dan terlepas pandang, jadi apabila hari-hari kita ternampak akan menarik kita untuk jadikan ia sebahagian dari rutin dalam hidup kita.



3. MUTABBAH AMAL DAN WAKTU SOLAT 


         Ruangan Mutabbah Amal ini juga antara satu tarikan buat Ua untuk beli Planner ini, dan buat Ua sedar sebesar mana pun goals Ua untuk hal dunia, goals yang paling utama iaitu akhirat juga perlu diusahakan. Alhamdulilah, sepanjang bulan januari ini, Ua usaha untuk praktikkan senarai yang terdapat dalam page ini. Dan ia menjadi ingatan Ua apabila terlupa. Dan senarai waktu solat mengikut tarikh juga memudahkan Ua untuk mengetahui waktu solat setiap waktu pada setiap hari.




4. RUANGAN UNTUK CATATAN PERBELANJAAN DAN SIMPANAN


         Terdapat juga ruangan untuk kita catat segala perbelanjaan yang Ua rasa berguna untuk kita mengetahui keluar masuk duit kita setiap bulan. Juga ada Finance tracker bagi setiap minggu untuk kita melihat kembali income, perbelanjaan dan simpanan kita pada setiap minggu. UA rasa ini tersangat penting kerana membolehkan kita untuk merancang kewangan kita dengan lebih baik.




5. MONTH REVIEW


      Terlalu banyak keistimewaan planner ni,sehinggakan ada month review untuk kita catat pencapaian kita setiap minggu dan juga sebagai satu cara untuk kita muhasabah diri tentang setiap perkara yang berlaku di setiap bulan juga merenung kembali kelebihan, kebaikan dan juga kelemahan dan keburukan yang kita buat dan membuat catatan jujur di ruangan ini. Satu cara yang sangat baik bagi Ua untuk terus memperbaiki diri.





6. PERANCANGAN DI BULAN RAMADHAN


    Dengan adanya ruangan Ramadhan zone ni buat Ua terfikir betapa pentingnya perancangan awal dalam sesuatu tindakan.
Terlalu teliti dan rapi planner ni disusun bagi menjadi pemiliknya menjadi manusia yang lebih baik dari bulan ke bulan. insyallah moga ruangan ini jadi pembakar semangat untuk Ua lakukan aktiviti di bulab ramadhan nanti.



7. Quotes

       Ciri utama yang Ua terlalu Ua suka pada Planner ni adalah ia mempunyai quotes yang berselerakkan dari awal mukasurat sehingga ke penghujungnya.Ua sangat suka baca quotes yang memberikan semangat jadi, dengan ada nya quotes di dalam planner ni, Juga kata-kata hikmah tentang kehidupan. Quotes ini dapat berikan Ua semangat sekiranya Ua down ,mengingatkan Ua untuk terus kuat melangkah ke depan, juga mengingatkan Ua tentang hakikat kehidupan.


 
      Pada pandangan yang membaca entri Ua tentang planner ni? Best kan Planner ni? Pada yang berminat nak dapatkan Planner ni, mungkin masih belum terlambat untuk dapatkan. Masih ada masa untuk merancang, kita masih di bulan pertama 2018. Cuma Ua tak pasti masih ada stok atau tidak. Insyallah kalau ada rezeki mesti boleh dapatkan lagi. Nak tahu boleh ke instagram Ua di @ummulazkeearts, Ua ada post mengenai ig di mana planner ni di jual. Pada yang ingin tahu harga, harga planner ni berharga Rm20 sahaja.

Salam jumpa lagi di entri seterusnya. Thank you sudi baca entri panjang lebar ini ๐Ÿ˜Š

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

4 comments:

  1. Best kan planner zaman sekarang.. semua lengkap.. kita tinggal nak fill in je.. :)
    Dah la menarik dan warna-warni pula tu.. hehehehee..

    Semoga istiqomah kita guna planner sebaiknya sampai hujung tahun..!

    ...

    ReplyDelete
  2. Best planner ni. Alhamdulillah sempat grab satu haritu, hehehehe.

    ReplyDelete
  3. wahhh
    best planner macam nih
    lengkap serba serbi

    ReplyDelete
  4. wah bagusnya planner ni..macam2 info ada..

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib