Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Wednesday, 22 March 2017

Resepi Cendawan goreng rangup, tanpa gunakan tepung segera

Ummul Azkee

TIPS JADIKAN CENDAWAN GORENG RANGUP



       Hai, Good morning. tengah sarapan ke? Lama UA tak kongsikan resepi di sini. Jadi kali ini tergerak nak kongsikan resepi ringkas dan tips jadikan cendawan rangup tanpa gunakan tepung segera dan boleh buat sendiri bancuhan tepung itu.

      Dulu UA gunakan tepung kentucky segera itu, tapi terlalu masin jadi UA stop gunakan dan mula cuba buat bancuhan tepung sendiri. Setelah beberapa kali mencuba, menjadi juga rangup dan rasa dia ikut citarasa UA dan tidak terlalu masin.

      Senang saja nak buat cendawan goreng rangup ini. Cendawan goreng ini favourite UA, suami, Afrina dan Adriana. Afrina dan Adriana suka cendawan ini sebab rangup.krap kung krap makan.




RESEPI CENDAWAN GORENG RANGUP


   BAHAN-BAHAN


    1 paket cendawan
    
    1 cawan tepung gandum

    1 1/2 cawan tepung beras

    1/2 cawan tepung jagung

     serbuk lada hitam

     sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna.

     garam

    serbuk cili (jika ingin pedas)






    CARA-CARA


     - Cuci cendawan terlebih dahulu.
    
     - Gaulkan semua bahan tadi.tak perlu bancuh dengan air.

    -  Panaskan api, celup cendawan campura tepung tadi dan goreng sehingga garing.

   -  Gunakan api sederhana setelah masukkan cendawan tadi di dalam kuali.


   - Angkat setelah warna cendawan kuning keperangan. Siap!


    Selamat mencuba.

     


Aktiviti Seni Cuti Sekolah | Collage/ Kolaj

Ummul Azkee

IDEA AKTIVTI CUTI SEKOLAH | COLLAGE / KOLAJ




     Selamat tengah malam semua! hehe.. mesti ramai dah tido, UA je jadi burung hantu memalam buta ni. Almaklumlah hari ini hari ke- 5 cuti sekolah, siang memang sibuk. Walaupun UA tak bekerja macam orang lain tapi sibuk juga uruskan semua perkara. Kalau tahun lepas rasa cuti sekolah bolehlah melepak sekejap, bila da lalui sebenarnya tiada erti kata rehat sebenarnya, lagi bertambah sibuk adalah. hihi.. Cuti sekolah kalau tak ke mana pun kena ada kan aktiviti untuk anak-anak dan pastikan makanan mencukupi. Tahap kelaparan di cuti sekolah lain macam.hehe..

    Jadi ceritanya kali ini, beberapa hari lepas UA ada aktviti seni sempena cuti sekolah yang baru bermula. Sebelum cuti lagi Adriana nak buat projek seni ini, tapi tertangguh. Hari sekolah biasanya UA lebih sibuk dan Adriana biasanya dia letih luarbiasa di hari sekolah, jadi waktu yang tepat adalah cuti sekolah.


COLLAGE | KOLAJ


     Jadi aktiviti seni kali ini, kami buat collage / kolaj. Kolaj merupakan salah satu teknik dalam menghasilkan artwork. Ada pelbagai bahan yang sering digunakan dalam menghasilkan kolaj, ini termasuklah keratan majalah, suratkhabar, lukisan, reben, atau keras berwarna, gambar , barang terpakai yang di gam pada kertas ataupun kanvas.

   Kolaj ini telah digunapakai sejak 100 tahun dahulu lagi akan tetapi  mula makin popular pada awal abad ke 20 dalam menghasilkan artwork. Antara pelukis terkenal yang menggunakan teknik kolaj ini adalah Pablo Piccaso dan Geoges Braque sehingga menjadi sebahagian dari teknik dalam Modern Art.


ADRIANA DAN KOLAJ

    Jadi teknik kolaj yang Adriana hasilkan kali ini adalah asas ataupun pengenalan pertama kepada teknik kolaj ini. iaitu tear and paste ( koyak dan tampal ).




   1.  Perkara pertama yang dilakukan, koyakkan kertas mengikut warna objek yang dilukis. Terpulang kita mahu lukis objek apa, kalau mahu lakukan dengan kanak-kanak dengan kadar segera dan tak terlalu lama, pilih objek yang senang seperti buah dan pastikan tidak terlalu besar bagi elakkan kanak-kanak cepat bosan dan keletihan. Letih juga buat kolaj ini ya. Adriana buat kolaj ini dari tengahari sampai petang baru siap. Siap boleh berhenti rehat, lepas itu smbung balik sebab lukisan bendera itu besar dan agak rumit.




2. Siap sahaja koyakkan kertas mengikut warna yang dimahukan,bolehlah mulakan dengan menampal. Part ini agak menguji kesabaran sebab perlu gam satu-satu. Disini lah UA kagum tengok Adriana fokus dan gigih dia nak siapkan kolaj dia. Kakak dia , Afrina awal-awal dah tewas, di koyak je kertas itu. lepas itu lari dah tak nak buat. hihi.. Maka tampal lah adriana sampai lebam.hihi.






. Lama kelamaan dia jadi hilang sabar juga sebab tak siap-siap, jadi UA pun bantu lah dia tampal menampal tu. Lastly UA pula syok buat kolaj ni dan terdapatlah idea dan rasa nak buat satu artwork kolaj nant.hehe.. tunggu ya nnti UA buat satu.



      Bahagian paling mencabar nak buat adalah di bahagian bulan sabit itu, UA bantu Adriana part tu saja. Dan hasil kerjasama kami berdua terhasillah kolaj bendera Malaysia yang tercinta. Maka senyum bangga lah Adriana, Sengih sampai ke telinga. hehe..





   Sekian, itulah saja perkongsian aktiviti seni cuti sekolah kali ini, nanti UA kongsikan lagi aktivit lain ya. Moga memberi manfaat pada mereka yang tercari-cari aktviti yang menyeronokkan anak-anak di cuti sekolah kali ini.

Sunday, 19 March 2017

PROJEK SENI | Persediaan untuk April

Ummul Azkee


PROJEK SENI 2017





       Hai.rasanya dalam entri Januari lalu  UA ada mentions tentang fokus UA untuk tahun ini, Kalau ada baca entri itu mesti masih ingatkan yang UA majukan diri dalam bidang yang UA minati sejak dari kecil, SENI LUKIS. Jadi UA sedang mencari ruang dan peluang untuk berjaya dalam bidang ini dan UA sedang memulakan langkah untuk terus mencapai impian UA.


    Sebenarnya skarang ni UA tengah sibuk siapkan painting, insyallah UA akan sertai satu charity exhibition pada bulan hadapan,tak lama lagi. Tu yang UA pulun siapkan artwork dari bulan lepas, di tambah pula dengan nervous nya bercampur baur perasaan, tapi UA usaha juga tenangkan diri sebab kalau nak melukis ini memang tak boleh nak rushing alamatnya tak menjadilah nanti. Jadi berperang lah dengan diri sediri ibarat berperang di medan perang.huhu.



ARTWORK FEBRUARI




    Pada yang mengikuti Instagram UA pasti tahu yang UA ada hasilkan satu lukisan yang agak besar bulan lepas. Alhamduliah lukisan sudah 90% siap. Mencabar ya nak hasilkan sesuatu lukisan, selain 
memerlukan fokus dan pemerhatian yang tinggi, masalah dari segi penggunaan medium dan juga lapisan warna membuatkan proses menghasilkan sesuatu lukisan memakan masa.


     Untuk Lukisan ini UA menggunakan cat minyak /Oil paint di atas kanvas. Oil paint merupakan satu medium yang tersangat  popular dan hampir semua pelukis menggunakkan medium ini untuk berkarya  termasuk pelukis terkenal seperti Leonardo Di Vincci, Piccasso , Vincent Van Gogh dan ramai lagi.

    Setiap lukisan yang dihasilkan tak kira apapun medium yang digunakan sebenarnya perlu di warna lapisan demi lapisan,menjadikan lukisan itu perlu di hasilkan sedikit demi sedikit dengan penuh ketelitian lebih lagi jika ia melibatkan anggota badan manusia.

 


    Ketepatan struktur anggota badan itu perlu sempurna jika kita ingin menghasilkan lukisan yang real.
UA sukakan lukisan berbentuk real/ realism tapi tak cenderung pada hype realism yang mana penggunaan warna yang digunakan dalam aliran seni hype realism lebih tepat dengan warna sebenar kulit manusia.

  UA lebih suka bereksperimen dengan bentuk dan bermain dengan  warna  pada sesuatu subjek dalam lukisan, juga effect sapuan berus pada kanvas. Jadi boleh lihat ,penggunaan warna yang dipilih oleh UA , terang dan kontra.

   Setelah setiap hari berusaha untuk melengkapkan lukisan ini, siap juga subjek tangan seperti yang UA mahukan.Cuma masih ada sedikit lagi yang perlu diperbetulkan dan ditambah pada lukisan ini.




     Doakan semuanya berjalan lancar ya. Entri akan datang UA akan bercerita dengan lebih lanjut tentang Oil Paints,sifat dan bahan sampingan yang diperlukan untuk menggunakannya.
 

Thursday, 16 March 2017

Ulangtahun ke-3 blog, dan sejarahnya

Ummul Azkee

Blog | bagaimana semuanya bermula..












   Sedar tak sedar hari ini  hari ke 15 di bulan mac, dan bersempena bulan bersejarah ini bagi UA sebagai blogger, UA terimbaulah bagaimana permulaan perjalanan UA dalam dunia blog ini dan nak juga berkongsi bagaimana semuanya bermula.

PERKENALAN DENGAN DUNIA BLOG



     Sebenarnya UA mula diperkenalkan dengan blog ini pada tahun 2007 kalau tak silap. Waktu itu belum berkawen lagi. Suami lah yang masa itu tunangan UA, cadangkan UA buat satu blog untuk promosikan artwork UA. Masa itu memang kosong pasal blog. Lepas dicadangkan waktu itu, UA adalah sign up blogger, tapi selepas itu memang blur , tak tahu macam mana nak mulakan blog itu, dan waktu itu juga tak begitu berminat dengan penulisan, jadi terbengkalailah blog itu dan akhirnya terhenti di situ saja.

   Dan beberapa tahun selepas berkawen, sekali lagi suami UA galakkan untuk buat blog tapi kali ini cadangkan UA berkongsi cerita tentang anak-anak pula. Waktu itu Adriana masih baby lagi. Suami UA berikan keratan akhbar tentang Red Mummy yang aktif berblog dan dapat side income dari blog yang dibinanya.

   Selain dari itu adik UA juga blogger suatu ketika dulu tapi sekarang tak aktif, dan ada juga seorang kenalan juga blogger menggalakan UA aktif kembali berblog,

  Waktu tu berkobar la, dan UA create lagi blog untuk Afrina dan Adriana pada tahun 2012. boleh
baca di sini .Adalah beberapa entri yang UA tulis tentang mereka tapi akhirnya terbengkalai juga kerana tak ada laptop mahupun komputer di rumah dan UA agak terbatas disitu dan tak konsisten menulis . Waktu itu tak ada lagi aplikasi dan smartphone yang canggih macam sekarang, yang ada pun Blackberry yang aplikasi nya agak terbatas, jadi sekali lagi ia terhenti di situ.






SEJARAH BLOG ARTYAZKEE.COM





  UA kembali menulis blog pada  4 mac 2014, yang mana blog ini dibina dengan nama url lain pada mulanya,housewifearts.blogspot.my. Waktu itu UA sudah mula cintakan dunia penulisan dan berjinak-jinak dengan penulisan buku kanak-kanak. Pada tahun yang sama UA ada sertai bengkel penulisan dan merupakan antara perkongsian pertama UA tulis di blog ini. Tahun yang sama suami UA beri sokongan dengan membeli laptop yang UA gunakan sehingga kini dengan harapan UA serius menulis di blog.dan sehingga lah tahun lepas UA decide untuk rebranding blog ini dengan menghasilkan rekaan logo blog ini sendiri dan memilih  artyzkee sebagai nama baru blog dan beralih ke .com dan
akhirnya  terhasillah www.artyazkee.com dengan bantuan seorang rakan blogger.




   Setiap ilmu blog, UA perolehi dengan belajar sendri,try and error dan selain dari itu UA juga mula  menyertai satu group blogger  pada 2015 yang dulunya dikenali sebagai EFG (kini dikenali sebagai AFB)

  Disini UA berkenalan dengan blogger lain yang dari pelbagai bidang dan latarbelakang. Banyak ilmu tentang blog UA pelajari, dari segi pengisian blog, template, coding dan macam-macam lagi untuk menjadikan blog ini lebih baik. dan alhamdulilah ukhuwah masih terjalin hingga kini dan 2015 merupakan tahun paling UA bersemangat menulis di blog. Terima kasih Afbians!

   Itulah dia sejarah blog UA ini, punyalah panjang kan perjalanan dia dan akhirnya ditahap seperti yang dilihat kini. Harapan UA blog ini akan menjadi satu platform terbaik untuk UA mempromosikan hasil seni UA, juga berkongsi cerita tentang ilmu seni yang UA perolehi waktu bergelar pelajar Fine art suatu ketika dulu dan berkongsi juga tentang kehidupan UA sebagai seorang pelukis, blogger, ibu dan pengurus rumahtangga yang ingin berjaya dalam dunia seni!


Sekian. Selamat Malam.






Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib