Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Wednesday, 22 February 2017

Taman tersembunyi di Taman Botani & Musim sejuk di Rumah 4 musim

Ummul Azkee

TAMAN CANTIK TERSEMBUNYI DI TAMAN BOTANI & RUMAH 4 MUSIM




     Entri kali ini masih berkisahkan Taman Botani, Shah Alam. Jangan bosan baca entri UA ya, Huhu.. Taman Botani kalau kita betul explore macam-macam ada, dan macam-macam aktiviti boleh dilakukan. UA 3 kali pergi pun tak habis lagi jalan semua tempat. Rasanya tahun ini UA akan ke sini lebih kerap, maka bolehlah UA explore lagi dan lagi dan kongsikan di sini sampai yang rasa tempat ini tak menarik pun akan rasa memang menarik datang sini. Jadi nak mempengaruhi semua orang ke sini. Haha..



       Ha, cuba tengok pemandangan gambar di atas ini, cantik kan? Rasanya tak ramai tak tahu tentang tasik ini tersembunyi di Taman botani, shah alam. UA pun tak tahu pada mulanya, Jumpa taman ni masa jalan-jalan outdoor sketching dengan Adriana, Waktu itu kali kedua ke sini. Jauh ke dalam Tasik ini, cantik sangat! Sempat la UA posing kali ke 3 ke sini. Sila tengok gambar di bawah.haha.. 




  Waktu ini jalan dengan Umi, adik perempuan bongsu, Afrina dan Adriana selepas ke Rumah 4 musim. Taman tersembunyi ini kalau nak cari boleh lihat di map yang diberi di kaunter. Cari lah LAMAN KONSERVASI TANAMAN HERBA & UBATAN.

        
   Lalu sahaj menerusi tangga laman ini, tersergamlah rumah seakan rumah pokok dibawah ini, boleh naik dan nikmati pemandangan dari aras yang tinggi dan dibawah rumah ada buaian. Memang best lah untuk bersantai. Tak ramai orang datang sini, ramai yang mungkin tak tahu. Dan seterusnya bertemulah UA dengan taman bunga-bungaan favourite UA dan menggila lah UA snap gambar bunga yang cantik di sini.











RUMAH 4 MUSIM


    Sebelum ke Taman tersembunyi hari itu, kami ke rumah 4 musim. UA tak pernah ke sini, jadi niat hari itu nak bawa anak-anak sahaja merasai musim sejuk di Malaysia. Afrina dan Adriana memang ada hasrat tu nak ke overseas, nak main salji katanya tapi belum ada rezeki lagi. Jadi ibu bawa pergi Rumah 4 musim ni..Kita ambil feel dulu ya. hihi..



    Dengan suhu 2'c di situ, memang sejuk hingga ke tulang rasa nya. mengigil la juga Afrina dan Adriana masa ini. hehe.. Macam mana nak pergi main salji di Overseas ini kalau tak tahan sejuk di Malaysia anak-anak lahai hehe.. Tengok saja lah riak muka Afrina dan Adriana memang tak tahan la kot.huhu..





       Kalau ada yang nak merasai macam mana sejuknya musim salji, jom datang ke Taman Botani, Shah alam, Tiket pun tak mahal mana, dewasa RM5 dan kanak-kanak RM3. Tiket perlu dibeli di kaunter masuk di main entrance. Ramai yang tak tahu bab ni, jadi UA beritahu awal.
    



       Jadi, itulah sahaja pengalaman kali ketiga kami di Taman Botani, Shah alam. Nanti kalau ada pengalaman lain lagi di sini akan dikongsikan lagi di lain entri. Bertabahlah sepanjang tahun baca coretan UA tentang aktiviti di sana. hihi... Terima kasih sudi singgah dan baca.


Monday, 13 February 2017

Artwork | Teknik pointillism menggunakan oil pastels

Ummul Azkee


POINTILLISM MENGGUNAKAN OIL PASTELS



        Hi, entri kali ini UA nak berkongsi serba sedikit tentang artwork yang UA hasilkan pada bulan lepas, Cactus yang UA hasilkan menggunakan medium oil pastels. Oil pastels merupakan salah satu medium paling mudah digunakan untuk menghasilkan artwork kerana berbentuk stick. Oil pastel ini merupakan antara medium paling menjimatkan kos dan sesuai untuk kanak-kanak juga. 







     UA pelajari teknik menggunakan oil pastel ini waktu zaman belajar dulu masa itu part 2 di dalam subjek drawing. Masa itu ada dua teknik yang diajar tapi UA memilih teknik pointillism untuk assignments waktu itu. Sebenarnya ada banyak teknik menggunakan oil pastels ini. Kalau berminat boleh google, ada banyak info tentang teknik in oil pastels.

      Pointillism ini merupakan antara teknik yang popular dan ada beberapa artist barat yang menggunakan teknik ini dalam menghasilkan oil painting. Antara yang paling popular adalah Georges Seurat. Antara karya Seaurat yang paling popular ialah Sunday Afternoon on the Island of La Grand Jatte (1884-86)

 Sunday Afternoon on the Island of La Grand Jatte (1884-86)

    Teknik pointillism ini sebenarnya memakan masa untuk menghasilkannya dan memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Walaupun memakan masa tapi menyeronokkan bagi UA sebab kita bermain dengan banyak warna untuk hasilkan ton pada artwork. Walaupun agak rumit untuk menghasilkan puluhan dot tapi hasil nya memang sangat menarik jika betul teknik yang digunakan. UA memang sukakan teknik ini. Waktu belajar dulu puas juga UA mengetuk siang malam tapi hasilnya memang buatkan UA sangat berpuas hati, sayangnya UA tak ada gambar artwork UA itu, kalau tak boleh share di sini.


TUTORIAL |  Teknik pointillism menggunakan oil pastels





BAHAN YANG DIPERLUKAN 

   Antara bahan yang diperlukan untuk hasilkan pointillism menggunakan oi pastel ini adalah

    - Board
    - masking tape
    - Sugar Paper
    - Oil pastels (UA guna brand buncho sbb mudah lekat pada kertas)
    - cutter


CARA MENGHASILKAN POINTILLISM ARTWORK MENGGUNAKAN OIL PASTELS


1. Ukur dan gunting sugar paper mengikut saiz yang diingini. Saiz besar lebih baik sebab kalau kecil sangat agak sukar untuk menghasilkan dot apabila saiz oil pastel semakin mengecil. Saiz paling kecil paling elok adalah sebesar A4. Kalau telah sediakan frame, ukur kertas mengikut saiz frame agar artwork itu tidaklah terlebih atau terkurang pada frame,baru cantik.



2. Setelah itu lekatkan sugar paper pada board menggunakan masking tape. Board mestilah yang keras seperti playwood atau papan kek yang lebih dikenali sebagai MDF. Sebab kenapa kena keras? sebab untuk memudahkan proses dot atau dalam bahasa UA ketuk. hihi.


3. Setelah itu bolehlah pilih subjek apa yang ingin dilukis. dan lukis menggunakan pensel terlebih dahulu.



  4. Selesai melukis boleh mulakan memilih warna yang paling sesuai dan mulakan menghasilkan dot secara berselerak terlebih dahulu. Campur dua warna berbeza untuk pastikan dot kelihatan dengan jelas.



5. Setelah dot memenuhi permukaan kertas sehingga tidak menampakkan warna sugar paper, bolehlah fokus pada ton dan detail subjek.


     Mungkin ada yang rasa rumit sangat kan, tapi yang rumit tulah yang best pada UA. Jadi kalau ada yang betul-betul berminat,bolehlah mencuba ya! UA ada buat video pendek cara buat dot diinstagram,
bolehlah tengok di @ummulazkeearts. Kalau ada pula yang berminat tapi rasa tak mampu nak buat, bolehlah beli atau buat tempahan dari UA. Boleh lah deko rumah dengan artwork , mesti bertambah berseri rumah apabila kita hias rumah dengan lukisan selain dari gambar family kan? betul tak?



     Jadi sampai sini saja bebelan UA buat kali ini, Nanti UA share lagi tentang oil painting artwork yang UA hasilkan bulan ini.Tunggu!!! Good nite. Assalammualaikum.

 
     












Sunday, 12 February 2017

KUALA LUMPUR BIRD PARK | Foto Kenangan kami.

Ummul Azkee


KUALA LUMPUR BIRD PARK | LOKASI MENARIK CUTI SEKOLAH DAN TERBAIK UNTUK PENCINTA ALAM



      Hi, Selamat Malam dan happy weekend untuk semua! Di malam yang ahad yang sendu ini UA nak berkongsi gambar kenangan UA, anak-anak dan suami di Kuala Lumpur Bird Park pada cuti tahun baru cina yang lalu. Banyak lah juga foto kami dan juga pemandangan indah di sana. Seronok UA snap gambar. Semuanya cantik dan menarik di sini!


wefie di waterfall aviary yang sangat cantik!



    UA memang tak jangka yang Kuala Lumpur Bird Park ni cantik tempatnya dan burung-burungnya bebas berkeliaran. UA bayangkan semua burung tinggal di dalam sangkar. Itulah tanda orang tak buat survey langsung. hehe. Semua suami yang uruskan. Agak teruja jugalah sampai sana dan seronok sebab pemandangan sangat-sangat cantik, macam dalam hutan, ada sungai, ada air terjun. Memang syok! semua tu favourite Ua, Nature!!!

   Buat pengetahuan semua Kuala Lumpur Bird Park ini terletak di taman tasik di tengah bandar Kuala Lumpur. Ada lebih 3000 ekor burung di sini yang terdiri daripada 200 spesis dari dalam dan luar negara. Selain itu Kuala Lumpur Bird Park ini merupakan the largest walk-in free flight aviary in the world.





   Besar kawasan di Kuala Lumpur Bird Park ini, tengok saja lah map di atas ini besar ke? Puas kami berjalan, boleh kurus. Hihi..  Kalau nak pergi ke sini pertama sekali kita kena pastikan pakai kasut yang sesuai, Sport shoes, jangan pakai heels atau wedge pula, habis sakit kaki nanti hihi.. dan adalah lebih elok pergi awal pagi tak terlalu panas untuk anak-anak dan lebih selesa.




LOVE AVIARY

      Tempat pertama kami lalui adalah Love Aviary. Masa ini tak adalah teruja sangat sebab burung di sini kebanyakkannya dalam sangkar. Adalah beberapa spesis yang bebas. Burung ini. Ada pelbagai  jenis dan info nama burung juga ada disediakan. Jadi boleh lah tahu nama burung-burung ini. Afrina dan Adriana teruja tengok burung-burung ini, mereka ini memang sukakan sangat apa jua jenis haiwan.










     Keterujaan bermula apabila kami melepasi love aviary. Apabila ternampak burung merak yang cantik tengah bersantai di tepi kolam, bukan di dalam sangkar lagi. Ibu pula yang excited lebih masa ini, jadi terus bergambar walaupun nampak sipi je nampak burung merak itu.haha.
   Memang tersangatla banyak burung merak di sini. Berkeliaran di sini sana sampaikan tak sudah-sudah bergambar dengan burung merak ini.Teruja punya pasal! hihi..

  UA pun tak lepaskan peluang cari angel yang menarik capture gambar burung merak ini sebab UA suka kan alam dan photography.
















FLAMINGO POND

    Flamingo Pond di Kuala Lumpur Bird Park ini adalah antara tempat favourite UA disini. Pemandangannya masyallah cantik sangat, terlupa sekejap yang UA ini di Kuala Lumpur. Sejuk mata memandang keindahan disini. Ada pond yang dikelilingi berpuluh-puluh burung flamingo ini. Bebas berkeliaran di sini. dengan selamba di berjalan sebelah UA, takut juga pada mulanya, sebab paruh di panjangnya lahai. hehe.. 










BRAHMINY LAND

    Dan selepas itu berjalan lah lagi seterusnya ke zone 2 terjumpa lah dengan en. burung hantu, 
dan satu jalan ke Brahminy land, brahimy ini spesis burung helang .Gambar tak ada pula. hihi. dan ada juga burung unta dan kami terus berjalan sehinggalah sampai ke kawasan pemberian makan di satu tempat yang cantik. Tempat yang cantik  itu tak ada di senaraikan pun dalam map, hanya tulis zone 2.. Memang rezeki dapat pengalaman lihat tempat secantik itu..
     

  














HORNBILL PARK 


Setelah selesai berjalan di zone 1 dan 2 kami beralih pula ke zone 3 dan 4. Di zome 3 adalah Hornbill Park. Di sini terdapat pelbagai jenis burung Hornbill. Kalau sebelum ini kita sangka cuma ada satu jenis sahaja teryata salah tekaan kita  Sebenarnya Hornbill ada pelbagai jenis.Datang sini sememangnya bertambah ilmu, pelbagai maklumat tentang burung akan kita ketahui di sini. Di Hornbill park ini juga ada Hornbill Gift Shop jadi boleh lah singgah beli souveniur sambil jalan-jalan kan.

    



WORLD OF PARROTS

    Ha!, bahagian World of Parrots ini UA pasti akan jadi tempat favourite anak-anak sebab ada birds feeding sessions.
Masa ini Afrina dan Adriana seronok lah nak bagi burung makan walaupun agak mencabar nak berikan burung-burung ini makan sebab masa kami pergi tu penjaga situ kata masa itu tengah musim bercinta dan dating, Lovebirds gitu katanya! hihi.. 


















WATERFALL AVIARY

    Waterfall Aviary! ini salah satu tempat yang UA paling suka selain Flamingo Pond. Landskap dan waterfall di sini memang menakjubkan. Sangat-sangat cantik! Sesiapa sukakan alam pasti akan sukakan waterfall aviary ini. Rugi kalau tak datang sini.








 


  AMPHITHEATRE ( BIRD SHOW)




     Selepas menikmati cantiknya waterfall aviary kami ke pertunjukaan burung yang menghiburkan di Amphitheatre. Masa ini tak ada capture gambar dan video pun sebab masing-masing dah keletihan dan cuaca semakin panas, 12.30 tengahari waktu itu. Selepas pertunjukkan kami ke Birds School, Education Station dan Bird Gallery yang merupakan bahagian maklumat tentang burung-burung yang terdapat di Kuala Lumpur Bird Park ini. Selepas dari itu ada juga Parrot Kiosk dan Photo booth disediakan untuk pengunjung berehat nak makan atau pun bergambar kenangan bersama burung yang disediakan dan pengembaraan kami di Kuala Lumpur Bird Park pun berakhir.

   Pada yang berminat untuk ke Kuala Lumpur Bird Park, boleh dapatkan maklumat lanjut di laman web mereka di sini KL BIRD PARK . Terima kasih sudi baca entri panjang lebar ini.



Tuesday, 7 February 2017

Memori perkahwinan 2017 & naluri seorang ibu.

Ummul Azkee


 PERKAHWINAN DALAM KELUARGA






     Hai! Rasa lamanya tak bersiaran di blog ini. UA sibuk betul sejak awal januari hinggalah ke akhirnya. Sekarang pun agak sibuk dengan bermacam-macam plan untuk tahun ini, ini pun curi-curi masa nak menulis di blog. Rindu blog dan rindu nak membebel. hehe.

    Rasanya siapa yang rajin singgah blog ini dan ada follow UA di instagram mesti tahukan UA baru sahaja dapat adik ipar baru 21hb Januari hari tu. UA sibuk macam mak pengantin pula padahal cuma buatkan bunga tangan je untuk dia. haha.


gambar ihsan dari adik ipar hihi


   Alhamdulilah dengan sekali lafaz adik UA yang ke-4, Ummu Hafizah sah bergelar isteri pada suaminya, Shaffeq.
  Dan kami sekeluarga happy semuanya berjalan dengan lancar pada majlis hari itu. Pada yang membaca blog UA dari tahun lepas mesti tahu tahun lepas pun adik UA yang ke-5 berkahwin kan. Mesti tertanya-tanya kan sebenarnya UA ini ada berapa adik beradik kan. hehe..

   

      Disebabkan tak pernah bercerita tentang keluarga, maka kali ini UA cerita lah serba sedikit tentang keluarga UA bersempena entri perkahwinan ini.sedikit jela tapi.. hehe..

  UA sebenarnya ada 7 orang adik beradik, 6 orang perempuan dan 1 lelaki. ramai kan? memang ramai tapi bila ramai meriahlah. Seronok! Lagi-lagi kalau hari raya. Seronok berkumpul dan meriah bergambar.

  Dalam gambar di atas itu ada semua keenam-enam anak perempuan umi dan walid UA. Yang bertudung kuning di hadapan tu bukan, tu anak angkat umi merangkap photographer. Umi UA pula bertudung kelabu yang berniqab itu. Walid dengan adik lelaki tak ada, depa dah pergi dewan masa itu. Kami lah sakan bergambar. haha..





    Seronok tengok gambar-gambar di hari perkahwinan adik ini, tengok lama-lama terasa cepatnya masa berlalu, adik-adik dah semakin membesar dan masing-masing dah makin dewasa, ada yang sudah berkeluarga dan jalani kehidupan baru dengan cara mereka sendiri.

     Sebagai kakak sulung, kadang-kadang terdetik lah juga dihati UA ini," da besar ke adik-adik aku ni?", "betul ke nak kawen adik-adik ni?", kenapa cepat sangat nak kawen. hihi.. UA punya risau tu macam mak-mak pula. Lama-lama fikir, lepas ini anak-anak sendiri pula, sedih pula rasa apabila fikir turn sendiri nanti.






     Tetapi apabila difikir-fikirkan kembali, hidup, begitu la putaran nya kan, sampai satu saat kita harus melepaskan. Anak-anak itu, amanah dan tanggungjawab.bukan hak kita dan satu hari nanti kita harus juga pulangkan pada pemilikNya.

    Jadi, daripada fikirkan kesedihan mereka akan tinggalkan kita satu hari ini nanti, adalah lebih baik kita nikmati hidup bersama mereka sebaik mungkin. Cipta memori dan kenangan bersama setiap ketika agar kita kekal dalam ingatan mereka walaupun mereka akan berjauhan dari kita satu hari nanti.








Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib