Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Tuesday, 22 August 2017

Adriana Sports Day 2017 Photo Memories

Ummul Azkee

Adriana Sports Day 2017


     Rasanya hampir 2 bulan lebih UA tak update blog, akhirnya UA paksakan diri menaip di sini demi sebuah memori sebagai seorang ibu. Memori membesarkan anak yang pastinya menggembirakan mana-mana ibu. Dua tiga bulan ini UA berehat dari blog dan cuba menyusun kembali masa dan hidup sebagai ibu yang macam rollercoster ini. huhu. Jadi untuk bermula kembali dan disebabkan sekarang kita tengah hangat dengan Sukan Sea 2017, entri kali ini UA ingin kongsikan gambar Adriana dan kawan-kawan di Sports Day 2017 pada 29 Julai 2017. Memandangkan tahun ini tahun akhir anak-anak di sekolah ini, jadi harus titipkan jadi kenangan. Ibu pula sedih lebih sebab 4tahun juga anak-anak sekolah disini.

    Seawal pukul 7, UA bersama suami dan kakak Afrina sampai di Kampus baru yang terletak di Cyberjaya. Macam tahun sebelumnya apabila melibatkan anak-anak mesti lah meriah Sports Day. Tengok telatah anak kecil seawal umur 3 tahun bersukan. Macam-macam telatah dan ragam,Yang menangis cari mak ayah mesti lah ada, comel sangat! terhibur sangat tengok telatah anak-anak kecil yang tak ada dosa ini. Lupa semua masalah, Asal tengok anak-anak comel ini je mesti terasa nak jadi cikgu kindergarden, terfikir mesti hari-hari senyum terhibur dengan telatah si kecil. hihi..

    Seperti biasa acara bermula pukul 8 dengan perarakan anak-anak kecil ini bersama kawan-kawan. Tahun ini Adriana di bagi amanah untuk bawa sepanduk, Suprise UA, sebab tak tahu pun dia pembawa sepanduk sampai lah Adriana dan kawan-kawan beratur get ready untuk perarakan.hihi..
dan gambar di bawah gambar paling UA suka. Thank you pada photogher sekolah yang snap gambar ini untuk kenang kenangan. Tapi sayang semua gambar Adriana tak senyum.
  













        Macam biasa seperti kebiasaan nya , selepas perarakan akan ada nyanyian lagu negaraku, lagu sekolah, ikrar dan doa. Selepas itu baru lah acara sukan bermula. Tahun ini Adriana join tiga acara sukaneka. Macam biasa semua mak ayah berpusu-pusu snap gambar anak-anak buat kenangan hikhik.. Jadi jom layan gambar Adriana bersukaneka dengan kawan-kawan..Seronok dia kata hari tu walaupun tak senyum. hihi..


adriana friend, ferhan, comel!ibu berkenan.kihkih



acara pertama, bawa kacang dalam mangkuk haha













Acara kedua mix dan match








acara ketiga, row row boat katanya hihi












      Itu sahaja gambar Adriana yang UA dapat kumpulkan dari page sekolah Adriana,sebenarnya ada beribu-ribu gambar telatah anak kecil di sekolah Adriana ni bersukan tapi kita fokus pada Adriana jelah hihi.. Sesiapa rasa nak hilangkan stress tengok telatah anak-anak kecil ni bersukan boleh lah pergi ke Facebook page Brainybunch. Memang terhibur.:)

Terima Kasih sudi melawat dan baca entri kali ini.

Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

17 comments:

  1. Cute nyaaa tak sabar rasanya nak ada anak sendiri

    ReplyDelete
  2. Gambar keceriaan dan kemeriahan yang akan menjadi kenangan indah untuk keluarga.

    ReplyDelete
  3. Lama tak bersiaran.Sports day memang acara tahunan sekolah yang best! tak best sebab panas ajer. HAHAH! COmel Adriana bawak sepanduk sekolah.

    ReplyDelete
  4. Bestnya tgk diorang. Btw Adriana mmg cantik hihi

    ReplyDelete
  5. comelnya adriana pegang sepandukkk! adriana menang tak main game tu? hehhee

    ReplyDelete
  6. Comel sangat tengok budak2 ni happy. Terpancaar gembiranya tuu . hehe

    ReplyDelete
  7. wah seronoknya dia...
    salam kenaal dari kak lina
    www.linliena.com

    ReplyDelete
  8. Seronok bila tmgok anak-anak seronok kan

    ReplyDelete
  9. cute bila tengok anak-anak bersukan

    ReplyDelete
  10. Comelnya.....meriah tgk sports day dorang

    ReplyDelete
  11. do follow blog nie...

    betul... memori indah bersama anak2 mmg x mungkin dapat kita lupakan, menerusi blog kita boleh paparkan pada sikecil catatan memori ni apabila dia besar nanti...

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib