Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Monday, 22 May 2017

DC SuperHero Girls | sumber inspirasi kanak-kanak perempuan masakini!

Ummul Azkee









     Hai! Esok isnin, bermulanya hari sekolah setelah cuti dua hari. back to reality. So entri kali ni UA nak bercerita tentang DC SUPERHERO GIRLS. Siapa pula mereka ni ya? nak tahu? jom terus membaca..

DC SUPERHERO GIRLS | Jadi sumber inspirasi dan yakin diri pada kanak-kanak perempuan



 DC SuperHero Girls? Apa tu? Kartun ke?  Tak pernah tengok pun. Itulah first impression UA apabila di perkenalkan dengan DC SuperHero Girls. UA tahu, kebanyakan dari kita memang tak tahu menahu dan tak pernah pun menonton kartun DC SuperHero Girls ini kan? Jadi di entri ini UA akan bercerita panjang mengenai DC SuperHero Girls ini dan mengapa ia menjadi sumber inspirasi pada kanak-kanak perempuan di Amerika.




DC SUPERHERO GIRLS? SIAPA MEREKA INI?





   DC SUPERHERO GIRLS

     Dc SuperHero girls adalah superhero atau adiwira Amerika yang dicipta dari Komik DC,anak syarikat Time Warner dan Mattel yang telah dilancarkan kali ketiga pada tahun 2015.

    Dc SuperHero Girls terdiri daripada 7 orang gadis cantik dengan karakter berbeza yang mempunyai  kuasa luarbiasa tersendiri.Mereka adalah Wonder Woman, Batgirl, Supergirl, Harley Quinn, Poison Ivary, Katana dan Bumblebee. 

    Dc SuperHero Girls mengisahkan tentang superhero dengan kuasa luarbiasa dan tersendiri mereka belajar di SuperHero High School. Di SuperHero High School mereka belajar cara mengatasi perkara yang buat mereka rasa kekok, tidak selesa di saat menghadapi proses kedewasaan dengan tekanan yang dialami kerana mempunyai kuasa luarbiasa. Ya, walaupun ada kuasa luarbiasa mereka juga seperti kita adalah masalah tentang mengatasi tekanan.

   Dc SuperHero Girls juga percaya semua orang mempunyai keistimewaan tersendiri untuk menjadi hero dan melakukan perubahan. Dan Dc SuperHero Girls menjadi inspirasi pada kanak-kanak perempuan menyedari yang mereka juga ada keistimewaan dan boleh jadi superhero seperti mereka.

  Dc SuperHero Girls juga boleh diikuti di Media sosial, Kalau berminat boleh ke DC Facebook Page atau follow Instagram di DC in Instagram


   Afrina, Adriana dan anak patung Dc SuperHero Girls

   
       Baru-baru ini setelah diperkenalkan pada DC SuperHero Girls, UA terpilih memiliki  anak patung DC SuperHero Girls untuk diberikan pada Afrina dan Adriana. Ada tiga anak patung berserta permainan walkie talkie DC SuperHero Girls. Karakter anak patung DC SuperHero Girls yang Afrina dan Adriana dapat adalah Wonder Woman, Batgirl dan Supergirl.





Ketiga-tiga anak patung ini memang sangat menarik bagi UA, ia boleh berdiri sendiri tanpa sokongan dan kita boleh mengayakan pelbagai pose yang kita suka,semasa bermain pun kita boleh tukar posisi badan mereka dengan mudah,samada posisi duduk,membongkok, mendongak malahan mendongak. Macam-macam pose dan gaya kita boleh lakukan dengan anak patung DC SuperHero Girls ini.


    




Afrina dan Adriana super excited nak main anak patung tu, tapi UA terfikir kenapa 3 ya? dan UA fikir mungkin ia mewakili kami bertiga dan UA pun join Afrina dan Adriana main dolls.huhu..




    Setelah tonton siri dan baca tentang karakter 3 SuperHero Girls itu, (OST DC SuperHero Girls memang sangat best,UA, Afrina& Adriana suka sangat lagu dia) UA dapati ada persamaan antara Wonder Women, Batgirl, Supergirls dengan kami bertiga. Mereka bertiga ini Best Super Friends, macam UA, Afrina dan Adriana. Maka jadilah kami DC SuperHero Girls versi Malaysia. Ada video kami main bersama. Its was fun & funny. hehe. nanti tonton lepas baca celoteh UA ni.

Save the best in the end story,ok! 


 Selain itu DCG Mattel Toys dan mainan LEGO kini sudah dijual di Toys "R" Us dan di kedai-kedai terpilih . DCG beg, alat tulis, pakaian dan kasut pula akan dijual pada akhir Mei ini. Bestkan? Nanti boleh kami tambah koleksi DC SuperHero Girls. Tak sabarr!!!





CONTEST MENARIK DC SUPERHERO GIRLS DI INSTAGRAM

    Sebelum kita tonton video DC SuperHero dit hadiah menarik menanti anda menangi iaitu 3x DC SuperHero Girls Action Playset daripada Mattel bernilai RM229.90 setiap satu.



Cara untuk menyertai instagram contest ini adalah dengan mengikuti garis panduan di bawah.




-  Berpakaian seperti  karakter DC SuperHero Girls Favourite anda  

  -  Snap gambar anda dengan aksi superhero paling menarik 

  PASTIKAN AKAUN INSTAGRAM ANDA DI SET PUBLIC.

 TARIKH PENYERTAAN BRMULA DARI 21 MEI- 20JUN 2017.   

-  Post gambar di instagram  dengan hastag #DCSuperHeroGirlsMY


Jadi sebelum tu mari tonton video UA bersama Afrina dan Adriana seperti yang dijanjikan..

   









Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

6 comments:

  1. Alahaii comel jeee memasing jadi superhero. kehkehh :)

    ReplyDelete
  2. wah menarik...comel patung tu....kalau cik puteri tengok dia pun nak juga ni

    ReplyDelete
  3. Hai Assalamualaikum

    Saya Mayy (MJ) datang melawat/follow dari group AFB :D

    ReplyDelete
  4. Hihi...saya lom pernah tahu kewujudan super hero ni sebab yaya minat didi je...hahaha

    ReplyDelete
  5. Lah DC ne super wira jugak alahai siannya miza tak tahu patutlah cik qilah sebok nak

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib