Now you can Subscribe using RSS

Submit your Email

Thursday, 16 March 2017

Ulangtahun ke-3 blog, dan sejarahnya

Ummul Azkee

Blog | bagaimana semuanya bermula..












   Sedar tak sedar hari ini  hari ke 15 di bulan mac, dan bersempena bulan bersejarah ini bagi UA sebagai blogger, UA terimbaulah bagaimana permulaan perjalanan UA dalam dunia blog ini dan nak juga berkongsi bagaimana semuanya bermula.

PERKENALAN DENGAN DUNIA BLOG



     Sebenarnya UA mula diperkenalkan dengan blog ini pada tahun 2007 kalau tak silap. Waktu itu belum berkawen lagi. Suami lah yang masa itu tunangan UA, cadangkan UA buat satu blog untuk promosikan artwork UA. Masa itu memang kosong pasal blog. Lepas dicadangkan waktu itu, UA adalah sign up blogger, tapi selepas itu memang blur , tak tahu macam mana nak mulakan blog itu, dan waktu itu juga tak begitu berminat dengan penulisan, jadi terbengkalailah blog itu dan akhirnya terhenti di situ saja.

   Dan beberapa tahun selepas berkawen, sekali lagi suami UA galakkan untuk buat blog tapi kali ini cadangkan UA berkongsi cerita tentang anak-anak pula. Waktu itu Adriana masih baby lagi. Suami UA berikan keratan akhbar tentang Red Mummy yang aktif berblog dan dapat side income dari blog yang dibinanya.

   Selain dari itu adik UA juga blogger suatu ketika dulu tapi sekarang tak aktif, dan ada juga seorang kenalan juga blogger menggalakan UA aktif kembali berblog,

  Waktu tu berkobar la, dan UA create lagi blog untuk Afrina dan Adriana pada tahun 2012. boleh
baca di sini .Adalah beberapa entri yang UA tulis tentang mereka tapi akhirnya terbengkalai juga kerana tak ada laptop mahupun komputer di rumah dan UA agak terbatas disitu dan tak konsisten menulis . Waktu itu tak ada lagi aplikasi dan smartphone yang canggih macam sekarang, yang ada pun Blackberry yang aplikasi nya agak terbatas, jadi sekali lagi ia terhenti di situ.






SEJARAH BLOG ARTYAZKEE.COM





  UA kembali menulis blog pada  4 mac 2014, yang mana blog ini dibina dengan nama url lain pada mulanya,housewifearts.blogspot.my. Waktu itu UA sudah mula cintakan dunia penulisan dan berjinak-jinak dengan penulisan buku kanak-kanak. Pada tahun yang sama UA ada sertai bengkel penulisan dan merupakan antara perkongsian pertama UA tulis di blog ini. Tahun yang sama suami UA beri sokongan dengan membeli laptop yang UA gunakan sehingga kini dengan harapan UA serius menulis di blog.dan sehingga lah tahun lepas UA decide untuk rebranding blog ini dengan menghasilkan rekaan logo blog ini sendiri dan memilih  artyzkee sebagai nama baru blog dan beralih ke .com dan
akhirnya  terhasillah www.artyazkee.com dengan bantuan seorang rakan blogger.




   Setiap ilmu blog, UA perolehi dengan belajar sendri,try and error dan selain dari itu UA juga mula  menyertai satu group blogger  pada 2015 yang dulunya dikenali sebagai EFG (kini dikenali sebagai AFB)

  Disini UA berkenalan dengan blogger lain yang dari pelbagai bidang dan latarbelakang. Banyak ilmu tentang blog UA pelajari, dari segi pengisian blog, template, coding dan macam-macam lagi untuk menjadikan blog ini lebih baik. dan alhamdulilah ukhuwah masih terjalin hingga kini dan 2015 merupakan tahun paling UA bersemangat menulis di blog. Terima kasih Afbians!

   Itulah dia sejarah blog UA ini, punyalah panjang kan perjalanan dia dan akhirnya ditahap seperti yang dilihat kini. Harapan UA blog ini akan menjadi satu platform terbaik untuk UA mempromosikan hasil seni UA, juga berkongsi cerita tentang ilmu seni yang UA perolehi waktu bergelar pelajar Fine art suatu ketika dulu dan berkongsi juga tentang kehidupan UA sebagai seorang pelukis, blogger, ibu dan pengurus rumahtangga yang ingin berjaya dalam dunia seni!


Sekian. Selamat Malam.






Ummul Azkee / Author & Editor

"A self motivated women with hundreds of challenge. Its all about how to get strength to face the challenge of life and to make dream come true. Arts is the way I motivate myself to be a strong women, remind me to stay positive in all challenge that will come in my life.Learning about realities of life that might comes and never give up."

5 comments:

  1. Tahniah..semoga terus succes ya :)

    ReplyDelete
  2. Sama lah..kita pn kenal red mummy dulu :) All d best dlm bidang blogging

    ReplyDelete
  3. Alahaii..sweet nya blog anak-anak UA tuh. Memang betul antara cabaran untuk kekalkan momentum kite dengan berblog adalah MASA!. Lagi la sekarang bila anak-anak dah bersekolah. Banyak betul kerja nak buat. Memang kadang bila letih, mood pun ke laut kan UA nak menulis? Seronok nya masa kenal ramai blogger tuh. Macam-macam belajar. Nany ni pun struggle gak nak attend blogger event semua. Kadang mmg kena tolak sebab husband takde and tak kose la nak bawak anak-anak . Kang tak fokus..hahahah!

    ReplyDelete
  4. Bila join afb mcm2 kan dpt ilmu. Aina pun sama...

    ReplyDelete
  5. waaaa kak ummul ada bakat terpendam kalo x baca yana xtahu .. keep it up kak ♥

    ReplyDelete

THANKS FOR THE LOVELY COMMENT. SO APPRICIATE IT..

Coprights @ 2016, Blogger Templates Designed By Templateism | Templatelib